Semakan Keputusan IPG 2018 Online

Panduan terkini dikemaskini pada 24 Mei 2019 jam 01:02 AM

Semakan Keputusan Tawaran IPG 2018 Online. Billakah tarikh semakan keputusan IPG 2018 diumumkan? Umum sedia maklum yang Permohonan Calon Guru IPG PISMP 2018 dahulunya Maktab Perguruan telah di tutup pada 28 Mac 2018. Pemohon pasti menunggu dengan penuh debaran samada permohonan mereka berjaya atau tidak dalam mengejar impian menjadi guru atau cikgu.

Oleh itu, nantikan Semakan Keputusan IPG 2018 (PISMP) Online yang akan diumumkan pada 13 Jun 2018 menurut Kalendar Aktiviti Permohonan IPG 2018.

SemakanKeputusanIPG2018

Untuk peringatan kepada pemohon semua, sila buat persediaan secukupnya bagi menghadapi Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) dan temuduga seperti panduan di link yang dikongsikan di bawah ini.

  • Panduan Ujian Kelayakan Calon Guru, klik UKCG
  • Contoh Soalan UKCG – INSAK

Semakan Keputusan IPG 2018 Online (PISMP)

Mengikut kalendar aktiviti Program PISMP 2017, terdapat beberapa langkah yang perlu dilalui sebelum pemohon diterima atau layak untuk memasuki IPG seperti berikut :-

  • 9 hingga 17 April 2018 – Semakan nama calon berjaya untuk menduduki UKCG
  • April 2018 – Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG).
  • 9 Mei hingga 15 Mei 2018 – Semakan nama yang berjaya di temuduga secara dalam talian. (Pemohon yang berjaya dikehendaki mencetak Surat Panggilan Temu Duga, Borang butiran Diri di laman sesawang KPM)
  • 13 Mei hingga 18 Mei 2018 – Pelaksanaan Sesi temuduga IPG. (Sila bawa bersama Surat Panggilan Temu Duga, borang butiran
    Diri yang telah dilengkapkan dan Sijil Akademik/Kokurikulum)
  • 13 Jun 2018 – Semakan tawaran calon yang berjaya ke IPG 2018. Calon dikehendaki mencetak surat tawaran sementara melalui laman sesawang KPM manakala Surat Tawaran Rasmi boleh didapati selepas melapor diri.
  • 26 Jun 2018 – Pendaftaran calon di IPG. (Calon yang melapor diri boleh mendapatkan Surat Tawaran Mengikuti Pengajian di IPG yang ditetapkan selepas pendaftaran)

Cara Buat Semakan Keputusan IPG 2018 Online

Link applikasi semakan nama calon yang berjaya menduduki UKCG dan semakan tawaran yang berjaya ke IPG 2017 akan diumumkan di : –
  • Applikasi Semakan bagi  calon PISMP : https://pismp.moe.gov.my/
  • Isi No Kad Pengenalan dan Kata Laluan
  • Tarikh semakan mulai 13 Jun hingga 24 Jun 2018
  • Tarikh adalah tertakluk kepada sebarang perubahan, Tarikh rasmi dan link semakan akan dikemaskini dari masa kesemasa selepas pengumuman rasmi dari KPM.

Cara Hubungi IPG

Sila hubungi alamat berikut dan no telefon sekiranya ada sebarang pertanyaan berkaitan dengan permohonan :

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
ARAS 1 – 3, BLOK 2250, JALAN USAHAWAN 1
63000 CYBERJAYA, SELANGOR.

No. Telefon : 03-8312 6720/6723/6730/6731/6758/6768/6769

Selamat membuat Semakan Keputusan IPG 2018 Online dan semoga anda semua berjaya memasuki profesion perguruan yang sungguh mulia ini. Tahniah kepada pemohon yang berjaya mendapat tawaran kemasukan ke IPG.