Panduan terkini dikemaskini pada

Semakan Keputusan MRSM 2024 Tingkatan 1 & Tingkatan 4 Online

Cara Semak Keputusan MRSM 2024 Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 Online Dan SMS. Bagi pelajar yang telah membuat permohonan kemasukan ke MRSM 2024 Tingkatan Satu (1) dan Tingkatan Empat (4), result keputusan kemasukan akan diumumkan pada 18 Januari 2024. Semakan tawaran boleh dilakukan secara dalam talian bermula melalui portal rasmi Majlis Amanah Rakyat (MARA) .

Semua tarikh adalah tertakluk kepada pengumuman terkini dari Portal Rasmi MARA di bahagian Terkini dan Pengumuman. Sila rujuk tarikh rasmi yang dipaparkan sebagai panduan untuk membuat semakan.

semakan mrsm

Tarikh Semakan Keputusan MRSM 2024 Tingkatan 1 Online

Berikut dikongsikan maklumat semakan keputusan tawaran MRSM Tingkatan 1 2024.

  • Tarikh Semakan Keputusan MRSM Form 1 : 18 Januari 2024 (8 malam)

Semakan Tawaran MRSM 2024 Tingkatan 1

Keputusan kemasukan ke MRSM bagi Tingkatan 1 Tahun 2024 boleh disemak pada 18 Januari 2024. Surat tawaran rasmi boleh dicetak dengan melayari pautan di bawah. Pemohon yang tidak berjaya dan ingin membuat rayuan, boleh membuat rayuan melalui pautan yang sama.

Sila beri maklumbalas penerimaan melalui sistem semakan tawaran.

*WAJIB buat Pengesahan TERIMA / TOLAK dalam tempoh 7 hari . Calon yang tidak membuat pengesahan dalam tempoh yang ditetapkan dianggap MENOLAK TAWARAN MRSM*

Calon tidak berjaya boleh buat rayuan online. Hanya rayuan online sahaja yang akan  dipertimbangkan untuk pengambilan seterusnya jika ada kekosongan.

1. Semakan keputusan Secara Online

Sila klik applikasi semakan di bawah ini yang akan diaktifkan pada tarikh keputusan diumumkan :-

2. Semakan Melalui SMS
Melalui perkhidmatan mySMS : 

  • mara mrsm angka giliran
    dan hantar ke 15888

Tarikh Semakan Keputusan MRSM 2024 Tingkatan 4 Online

Maklumat semakan keputusan tawaran MRSM Tingkatan 4 sesi 2024 adalah seperti berikut

  • Tarikh Semakan Keputusan MRSM Form 4 : 18 Januari 2024 (8 malam)

Semakan Tawaran MRSM 2024 Tingkatan 4

Keputusan tawaran kemasukan ke MRSM bagi tahun 2024 Tingkatan 4 boleh disemak pada 18 Januari 2024. Rayuan akan dibuka kepada pemohon yang tidak berjaya bermula sehingga tarikh yang akan dikemaskini.

Pemohon yang berjaya akan menerima makluman melalui Sistem Perkhidmatan Pesanan Ringkas iaitu SMS. Surat tawaran rasmi boleh dicetak aplikasi semakan tawaran keputusan yang disertakan

WAJIB buat Pengesahan TERIMA/ TOLAK dalam tempoh masa 7 hari. calon yang tidak membuat pengesahan dalam tempoh yang ditetapkan dianggap MENOLAK TAWARAN MRSM. Calon yang tidak berjaya boleh buat rayuan online jika terdapat kekosongan.

Semakan keputusan Secara Online

Sila klik applikasi semakan di bawah ini yang akan diaktifkan pada tarikh keputusan diumumkan :-

e-Rayuan MRSM 2023 Tingkatan 1 & Tingkatan 4

Rayuan bagi yang gagal boleh dibuat secara online. Keputusan rayuan adalah berdasarkan jumlah kekosongan setelah hari pendaftaran pelajar ke MRSM 2023.

Pemohon yang tidak berjaya pada pengambilan pertama akan diberi peluang mengemukakan rayuan secara online. Pemohon perlu mengisi di ruangan Nota dan klik Hantar.

Sekiranya tiada butang pautan rayuan online selepas membuat semakan keputusan, pemohon tidak melepasi syarat kelayakan minima Ujian UKKM dan ibu atau bapa pemohon tersenarai dalam senarai hitam MARA sebagai peminjam atau penjamin.

Sebelum ini, pelajar boleh menulis surat rayuan rasmi kepada Bahagian Pendidikan Menengah MARA.

Semakan Keputusan Rayuan MRSM Tingkatan Satu (1) dan Tingkatan Empat (4) 2023

Menerusi makluman Portal Rasmi MARA, keputusan rayuan KEDUA Kemasukan Ke Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Tahun 2023 boleh disemak bermula dari —- 2023.

  1. Pemohon yang berjaya akan menerima makluman melalui Perkhidmatan Pesanan Ringkas (SMS).
  2. Surat tawaran rasmi boleh dicetak dengan melayari pautan semakan secara online
  3. Pelajar dikehendaki mengesahkan penerimaan/ penolakan selewat-lewatnya pada —- 2023.
  4. Calon-calon yang tidak mengesahkan penerimaan dianggap menolak tawaran ini.

Sebarang pertanyaan atau masalah yang dihadapi sila hubungi Bahagian Pendidikan Menengah MARA di talian 03-2613 4509/ 4531/ 4532/ 4516 atau 03-2613 9070.