Semakan Keputusan MRSM 2019 Tingkatan 4 Online

Panduan terkini dikemaskini pada 24 Mei 2019 jam 01:42 AM

Cara Semak Keputusan MRSM 2019 Tingkatan 4 Online Dan SMS. Bagi pelajar yang telah membuat permohonan kemasukan ke MRSM 2019 Tingkatan Empat (4), result keputusan kemasukan akan diumumkan secara online pada hari Jumaat, 28 Disember 2018. Tahun lepas ianya telah diumumkan pada 22 Januari 2018.

Pengumuman akan dibuat melalui Portal Rasmi Majlis Amanah Rakyat (MARA) di link www.mara.gov.my

MRSM

Semakan Keputusan MRSM 2019 Tingkatan 4 Online

Keputusan kemasukan pelajar ke MRSM boleh disemak secara online seperti berikut :-

  1. Keputusan boleh disemak mulai hari Isnin : 28 Disember 2018
  2. Pelajar yang berjaya akan menerima SMS
  3. Surat tawaran MRSM rasmi boleh dicetak applikasi semakan tawaran keputusan yang disertakan
  4. Pemohon yag tidak berjaya dan ingim membuat permohonan rayuan boleh berbuat demikian di sistem applikasi semakan yang sama
  5. Pemohon yang berjaya dikehendaki MENGESAHKAN penerimaan atau penolakkan dalam tempoh 7 *tujuh) hari. Calon yang tidak mengesahkan penerimaan dianggap telah menolah tawaran kemasukan
  6. Tarikh pendaftaran kemasukan pelajar adalah pada 14 Januari 2019
  7. Semakan boleh dibuat melalui link semakan seperti di bawah
Tingkatan 4
https://cms.mrsm.edu.my/ola/checkStatusF4.jsp

Semakan Melalui SMS

Melalui perkhidmatan mySMS : mara <jarak> mrsm <jarak> angka giliran dan hantar ke 15888

e-Rayuan MRSM 2018 Tingkatan 4

Rayuan bagi yang gagal boleh dibuat secara online. Keputusan rayuan adalah berdasarkan jumlah kekosongan setelah hari pendaftaran pelajar ke MRSM 2019.

Pemohon yang tidak berjaya pada pengambilan pertama akan diberi peluang mengemukakan rayuan secara online. Namun, keputusan rayuan adalah berdasarkan jumlah kekosongan setelah hari pendaftaran pelajar ke MRSM 2019.Sekiranya tiada butang pautan rayuan online selepas membuat semakan keputusan, pelajar boleh menulis surat rayuan rasmi kepada Bahagian Pendidikan Menengah MARA.

Begitulah seterusnya proses permohonan rayuan sehingga semua tempat pelajar MRSM telah dipenuhi.

Semakan Keputusan Rayuan MRSM Tingkatan 4 2019

Menerusi makluman Portal Rasmi MARA, keputusan rayuan KEDUA Kemasukan Ke Tingkatan 4 Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Tahun 2019 boleh disemak bermula — Februari 2019.

  1. Pemohon yang berjaya akan menerima makluman melalui Perkhidmatan Pesanan Ringkas (SMS).
  2. Surat tawaran rasmi boleh dicetak dengan melayari pautan semakan secara online
  3. Pelajar dikehendaki mengesahkan penerimaan/ penolakan selewat-lewatnya pada — Februari 2019. Calon-calon yang tidak mengesahkan penerimaan dianggap menolak tawaran ini.

Sebarang pertanyaan atau masalah yang dihadapi sila hubungi Bahagian Pendidikan Menengah MARA di talian 03-2691 5111 sambungan 3331/ 3392/ 3394/ 3764/ 3765/ 3766.