Semakan Keputusan MUET Sesi 2 Julai 2018 Online Dan SMS

Panduan terkini dikemaskini pada 23 Mei 2019 jam 04:59 PM

July 2018 MUET result atau sesi 2? Kepada calon yang telah menduduki peperiksaan MUET sesi Julai, tarikh semakan keputusan MUET Sesi 2 Julai 2018 (result muet july 2018) adalah pada satu tarikh di bulan September 2018  mulai jam 1001 pagi. Tarikh rasmi akan diumumkan di Portal Rasmi MPM.

Keputusan peperiksaan MUET boleh disemak secara online dan SMS melalui laman web Majlis Peperiksaan Malaysia. Calon yang kurang berpuas hati dengan keputusan MUET yang diperoleh boleh juga membuat rayuan penyemakan semula keputusan secara online di portal MPM.

muet sesi 2 2018

Semakan Keputusan MUET Julai 2018 Secara Online Dan SMS (Sesi 2)

Berdasarkan kepada tarikh keputusan tahun-tahun yang lepas, Portal Rasmi Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) akan mengumunkan tarikh rasmi keputusan MUET Julai 2018 pada

  • Tarikg Rasmi : 14 September sehingga 13 Oktober 2018
    • Keputusan MUET sesi 2 Julai 2018 boleh disemak mulai jam 1001 pagi.

Semakan keputusan MUET sesi Julai 2018 boleh disemak menerusi kaedah secara online dan SMS iaitu seperto berikut :-

Semakan MUET Julai (Sesi 2) melalui SMS

taip MUET [jarak] RESULT [jarak] No. K/P dan hantar ke 15888 

Semakan melalui SMS adalah dikenakan caj penghantaran sebanyak RM0.15 manakala caj penerimaan pula adalah sebanyak RM0.20 (Tidak termasuk GST). Perkhidmatan disediakan untuk penggunan Celcom, Maxis, Digi, U Mobile, Webe dan Tune Talk.

Semakan MUET Julai online (Sesi 2)

Keputusan MUET juga boleh disemak secara On-Line di pautan berikut:-

Rayuan Semakan Semula Keputusan MUET

Calon yang ingin membuat rayuan penyemakan semula keputusan MUET, boleh merayu seperti panduan dan syarat berikut :-

  1. Calon yang kurang berpuas hati dengan keputusan MUET yang diperoleh boleh membuat rayuan penyemakan semula keputusan secara online di portal MPM http://www.mpm.edu.my atau url http://webmpm1.mpm.edu.my/muet_ss/.
  2. Yuran bagi rayuan penyemakan semula keputusan MUET adalah sebanyak RM70.00. Calon boleh membuat pendaftaran dengan cara membeli nombor PIN MEC di Bank Simpanan Nasional. Calon juga boleh membuat pembayaran secara online iaitu melalui FPX (dikenakan caj tambahan sebanyak RM2.00) atau melalui Kad Kredit/Kad Debit (dikenakan caj tambahan RM2.50).
  3. Tarikh tutup permohonan rayuan penyemakan semula ini ialah seminggu selepas tarikh keputusan ujian MUET diumumkan bagi setiap sesi.
  4. Keputusan rayuan penyemakan semula keputusan ujian MUET boleh disemak di portal MPM http://www.mpm.edu.my selepas18 hari permohonan lengkap diterima di MPM (hari bekerja). MPM akan mengeluarkan Sijil MUET baharu kepada calon yang berubah keputusan keseluruhan sahaja.

Tahniah kepada yang berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan MUET sesi 2 Julai 2018.