Panduan terkini dikemaskini pada

Semakan Keputusan Pengajian Timur Tengah 2020 Online

Semakan Keputusan Permohonan Melanjutkan Pelajaran Ke Timur Tengah Sesi 2020/ 2021 Secara Online. Anda ada membuat permohonan Pengajian Timur Tengah 2020 Online? Keputusan layak memohon ke Timur Tengah (Mesir, Jordan) bagi sesi kemasukan 2020/2021 boleh disemak secara online pada minggu ketiga bulan Februari 2020.

Permohonan kemasukan adalah untuk pelajar lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Agama Tinggi Malaysia (STAM) yang berkelayakan dan berminat untuk melanjutkan Pengajian ke Timur Tengah (Mesir dan Jordan) dalam Program Ijazah Sarjana Muda bagi bidang Perubatan, Pergigian, Farmasi dan Pengajian Islam.

semakan pengajian ke timur tengah

Semakan Keputusan Permohonan Pengajian Timur Tengah 2020 Online

Permohonan bagi lepasan STAM, SPM dan Qiraat adalah secara atas talian dan dibuka pada 21 Januari 2020 (Selasa) jam 2.00 petang.

Pemohon boleh membuat semakan keputusan permohonan bagi Pengajian ke Universiti di Timur Tengah seperti berikut :-

  1. Permohonan bagi lepasan STAM akan ditutup pada 3 Februari 2020 (Isnin) jam 11.59 malam. Pemakluman kepada pelajar yang layak mohon akan diumumkan pada minggu ketiga bulan Februari. Pelajar yang layak perlu memuat naik dokumen-dokumen sokongan yang diperlukan melalui sistem selewat-lewatnya pada 13 Mac 2020 (Jumaat).
  2. Permohonan bagi lepasan SPM dan Diploma Qiraat akan ditutup pada 9 April 2020 (Khamis) jam 11.59 malam. Pelajar yang layak perlu memuat naik dokumen-dokumen sokongan yang diperlukan melalui sistem selewat-lewatnya pada 30 April 2020 (Khamis)
  3. Semakan keputusan bagi pelajar yang membuat permohonan ke Mesir dan Jordan bagi sesi kemasukan 2020/2021 <akan dikemaskini>.

Semakan keputusan layak memohon boleh disemak di :-

Sebarang pertanyaan dan kemusykilan bolehlah merujuk kepada :-

Bahagian Education Malaysia
Jabatan Pendidikan Tinggi
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 4, No.2, Menara 2, Jalan P5/6
Presint 5, 62200 PUTRAJAYA

No. Tel : 03-8870 6627/ 6226
No. Faks. : 03-8870 6853

Tahniah diucapkan kepada mereka yang berjaya dalam Semakan Keputusan Pengajian Timur Tengah 2020 Online.