Semakan Keputusan Politeknik Premier Konvensional Metro Online

Panduan terkini dikemaskini pada 24 Mei 2019 jam 12:53 AM

Semakan Keputusan Tawaran Kemasukan Ke Politeknik Secara Online. Berikut disertakan link semakan keputusan kemasukan ke Politeknik yang boleh disemak secara online. Pasti ramai yang berdebar-debar menanti samada keputusan permohonan mereka berjaya atau tidak.

Kelebihan menyambung pengajian di Politeknik adalah ianya institusi milik penuh kerajaan di mana lokasi terdapat di seluruh Malaysia. Program Politeknik juga diiktiraf dan yuran yang dikenakan adalah berpatutan. Disamping itu, lulusan Politeknik berpeluang cerah mendapat pekerjaan disamping dapat menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi ke universiti awam dan sebagainya.

Semakan Keputusan Politeknik

Semakan Keputusan Kemasukan Ke Politeknik 2018 Online

Semakan keputusan ke Politeknik yang dikongsikan ini adalah untuk Program Diploma/ Diploma Lanjutan/ Pra Diploma Sepenuh Masa Politeknik Sesi Jun, September dan Disember 2018 yang mengandungi tarikh penting seperti berikut:-

Applikasi Semakan

Semakan Panggilan Temuduga

Untuk calon-calon yang memohon program Diploma Kejuruteraan Penyenggaraan Pesawat & Diploma Kejuruteraan Perkapalan sahaja

  • Akan dikemaskini

Keputusan Permohonan Kemasukan ke Program Sarjana Muda Politeknik Sesi September 2018  

  • 6 Ogos 2018 (Isnin) bermula jam 5.00 petang

Kemasukan ke Program Diploma Sepenuh Masa

  • 26 Oktober 2018 (Jumaat)

Kemasukan ke Program Diploma Separa Masa (KSS)

  • Umum keputusan pra tawaran : 2 November 2018 (Jumaat)
  • Cetakan surat tawaran : 9 November 2018 (Jumaat)

Sijil Kolej Komuniti

  • Keputusan permohonan : 26 Oktober 2018

Cara Hubungi Politeknik

Bahagian Pengambilan Pelajar,
Jabatan Pendidikan Politeknik Dan Kolej Komuniti,
Aras 4, Galeria PjH,
Jalan P4W, Persiaran Perdana,
Presint 4, 62100 Putrajaya.
Telefon: 03-8888 2611/2527/2830/3010/3919/3302/3236/2680
Faks : 03-8888 2733

Semoga pemohon yang telah membuat permohonan kemasukan ke Politeknik boleh merujuk tarikh penting ini sebagai panduan untuk mengetahui status permohonan mereka. Pelajar adalah dinasihatkan untuk melayari Portal Rasmi Bahagian Pengambilan Pelajar Politeknik untuk mendapatkan maklumat yang tepat dan sahih.