Semakan Keputusan Rayuan Matrikulasi 2018 Online

Panduan terkini dikemaskini pada 23 Mei 2019 jam 10:39 PM

Semakan Keputusan Rayuan Matrikulasi 2018 Online Ambilan Kedua. Tahniah kepada mereka yang telah berjaya mendapat tawaran kemasukan Kolej Matrikulasi sesi akademik 2018/ 2019. Keputusan tawaran Matrikulasi ambilan kedua akan diumumkan pada 31 Mei 2018 bermula jam 1200 tengahari hingga 10 Jun 2018.

Kepada pemohon yang gagal mendapat tawaran pertama, inilah peluang kedua untuk mereka memasuki Program Matrikulasi KPM sesi 2018-2019.

semakan rayuan matrikulasi

Semakan Keputusan Rayuan Matrikulasi 2018 Online

Pemohon yang telah membuat permohonan rayuan Matrikulasi, semakan keputusan  rayuan kemasukan ke Kolej Matrikulasi boleh di buat bermula 31 Mei 2018 dengan menggunakan salah satu daripada kaedah berikut :-

  • Talian telefon pejabat atau talian bantuan – 03 8884 4083 pada waktu pejabat bermula 8.30 pagi hingga 4.30 petang.
  • Semakan dalam laman sesawang Kementerian Pelajaran Malaysia @ www.moe.gov.my atau di applikasi semakan RAYUAN
  • SMS dengan menaip MOE <jarak> MAT <jarak> NO. K.P dan hantar kepada
    15888.
  • Sila rujuk Soalan Lazim (FAQ) Permohonan Matrikulasi di FAQ untuk maklumat lanjut

Sekalipun anda gagal mendapat tawaran Matrikulasi, ada beberapa lagi cara untuk anda meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi seperti memasuki Tingkatan 6, Program Asasi IPTA, Diploma dan sebagainya. Apa kelebihan setiap bidang boleh dilayari di Perbezaan Pendidikan. Pelajar yang menunggu keputusan permohonan kemasukan UPU ke IPTA/ Politeknik, anda boleh membuat semakan rayuan pada bulan Jun 2018.

  • * SEMAKAN KEPUTUSAN UPU SESI 2018/ 2019 ONLINE DI SEMAKAN UPU
Selamat membuat semakan keputusan Rayuan Matrikulasi secara Online. Semoga anda berjaya dalam rayuan Matrikulasi 2018 nanti.