Permohonan & Semakan Keputusan Sekolah Seni Malaysia (SSeM) 2027

Permohonan Sekolah Seni Malaysia 2027 & Semakan Tawaran. Tarikh semakan dan applikasi semakan e-SSeM? Berikut dikongsikan maklumat berkaitan semakan dan permohonan kemasukan ke Sekolah Seni Malaysia (SSeM) ambilan tahun 2027 meliputi tarikh permohonan, semakan sesi serlahan dan semakan keputusan tawaran Tingkatan 1 (Satu).

Berdasarkan kepada tarikh tahun sebelumnya, permohonan akan dibuka sekitar bulan Julai dan semakan tawaran Ke Tingkatan Satu (1) Sekolah Seni Malaysia Ambilan 2027 dijangka boleh dibuat sekitar Januari atau Februari. Pemohon adalah dinasihatkan untuk sentiasa melayari Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk mendapatkan maklumat tarikh rasmi semakan.

Permohonan Sekolah Seni Malaysia (SSeM) & Semakan Keputusan  Tawaran Ambilan Tahun 2027 Online

Pengambilan murid ke Sekolah Seni Malaysia di seluruh Malaysia dilaksanakan setiap tahun melibatkan murid Tingkatan Satu yang akan ditempatkan di empat (4) buah Sekolah Seni Malaysia dan satu (1) buah sekolah menengah yang menawarkan Program Pendidikan Seni.

Lokasi empat (4) buah Sekolah Seni KPM adalah seperti berikut:

  1. Sekolah Seni Malaysia Johor di Bandar Seri Alam, Masai
  2. Sekolah Seni Malaysia Sarawak di Kuching
  3. Sekolah Seni Malaysia Kuala Lumpur di Pudu, K.L
  4. Sekolah Seni Malaysia Perak di Sungai Siput Utara

Sebuah sekolah yang melaksanakan Program Pendidikan Seni iaitu:

  1. SMK Elopura, Sandakan, Sabah

Tempoh Permohonan Sekolah Seni Malaysia 2027

Menerusi makluman Portal Rasmi KPM, tarikh penting permohonan buat panduan pelajar dan ibu bapa yang berminat adalah seperti berikut :-

  • Tarikh Buka : Akan dikemaskini
  • Tarikh Tutup : Akan dikemaskini

Permohonan hanya boleh dibuat secara atas talian atau online di pautan berikut:-

Bagi memastikan urusan permohonan berjalan lancar, mohon membuat semakan dan mengemas kini maklumat murid seperti yang berikut:

Murid Sekolah KPM

Kemas kini, sahkan, dan hantar melalui MOEIS:
https://idme.moe.gov.my

Murid Sekolah Swasta (Daftar KPM)

Kemas kini dan sahkan bersama guru kelas melalui SPATKPM:
https://public.moe.gov.my

Maklumat yang tidak lengkap boleh menyebabkan ralat semasa proses permohonan dilakukan.

Pemohon boleh merujuk kepada dokumen berikut untuk panduan semasa memohon :-

Sebelum memohon, sila pastikan anda memenuhi syarat-syarat berikut :-

Syarat Kelayakan Memohon

Berikut adalah syarat permohonan eSSEM :-

  1. Warganegara Malaysia
  2. Calon mesti daripada sekolah kerajaan, bantuan penuh kerajaan dan sekolah swasta yang berdaftar dengan Kementerian Pendidikan Malaysia
  3. Berbakat dan berpotensi dalam bidang kesenian(Seni Visual/Tari/Teater/Muzik)
  4. Sihat tubuh badan
  5. Hanya permohonan secara ‘Online’ akan diproses

Syarat Kemasukan SSeM

  1. Lulus Uji Bakat
  2. Bersetuju menerima kemasukan ke SSeM yang ditawarkan mengikut bidang yang ditetapkan
  3. Murid yang berjaya wajib tinggal di asrama dan tertakluk kepada peraturan yang ditetapkan
  4. Mengemukakan rekod kesihatan murid
  5. Permohonan akan ditolak sekiranya calon memalsukan sebarang dokumen semasa membuat permohonan

Bidang Kesenian Yang Ditawarkan & Subjek Mata Pelajaran

Bidang kesenian yang ditawarkan adalah seperti berikut:-

  1. Muzik
  2. Tarian
  3. Teater / Seni Lakonan
  4. Seni Visual

Bagi tingkatan 1 – 3, mata pelajaran yang ditawarkan adalah seperti berikut:-

  1. Pendidikan Kesenian – seni muzik
  2. Pendidikan Kesenian – seni tari
  3. Pendidikan Kesenian – seni teater
  4. Pendidikan Kesenian – seni visual
  5. Bahasa Melayu
  6. Bahasa Inggeris
  7. Matematik
  8. Sains
  9. Sejarah
  10. Pendidikan Islam atau Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan
  11. Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan

Bagi tingkatan 4 – 5, mata pelajaran yang ditawarkan adalah seperti berikut :-

Teras:

  1. Bahasa Melayu
  2. Bahasa Inggeris
  3. Sejarah
  4. Matematik Moden
  5. Sains
  6. Pendidikan Islam atau Pendidikan Moral

Elektif Kesenian

  1. Muzik
  2. Tari
  3. Teater
  4. Seni Halus
  5. Komunikasi Visual
  6. Reka Bentuk

Elektif Kemanusiaan

  1. Prinsip Akaun
  2. Perdagangan
  3. Kesusasteraan Melayu

Semakan Tawaran Kemasukan Ke SSeM

Lulus dalam Sesi Serlahan Seni / Uji Bakat adalah merupakan salah satu syarat kemasukan sebelum ditawarkan ke Sekolah Seni Malaysia. Untuk makluman, permohonan kemasukan ke Sekolah Seni Malaysia telah dibuka pada bulan “Akan dikemaskini”.

Untuk panduan pemohon, Semakan Sesi Serlahan Seni & Tawaran Kemasukan Permohonan Ke Tingkatan Satu (1) Sekolah Seni Malaysia Ambilan 2027 boleh disemak seperti berikut :-

  • SEMAKAN LOKASI SESI SERLAHAN SENI/ UJIBAKAT BAGI PENGAMBILAN MURID TINGKATAN 1 SESI AKADEMIK 2027 BOLEH DISEMAK MULAI 10 SEPTEMBER (KHAMIS) HINGGA 20 SEPTEMBER 2026 (AHAD).

Status permohonan masuk ke Sekolah Seni Malaysia atau Program Pendidikan Seni, boleh disemak pada bulan “Akan dikemaskini” (tarikh adalah tertakluk kepada perubahan)

* Tarikh RASMI selepas pengumuman rasmi dari KPM

  • Applikasi Semakan : Sila klik essem

Pada sistem permohonan atas talian (online), sekiranya permohonan anda diterima,

  • a. klik butang “TERIMA” sebagai pengesahan penerimaan;
  • b. klik butang “CETAK” untuk mendapatkan surat tawaran, borang-borang berkaitan dan senarai keperluan pendaftaran.

Rayuan Kemasukan Murid

Untuk mereka yang gagal mendapat tawaran, rayuan boleh dibuat dalam tempoh dua (2) minggu selepas keputusan tawaran ke Sekolah Seni Malaysia atau Program Pendidikan Seni diumumkan secara rasmi.

Rayuan boleh dibuat secara dalam talian (online) melalui laman sesawang https://essem.moe.gov.my. Dan keputusan rayuan dapat diketahui dua minggu selepas tarikh pendaftaran murid tingkatan satu di Sekolah Seni Malaysia atau Program Pendidikan Seni. Ianya boleh disemak secara dalam talian (online) melalui laman sesawang https://essem.moe.gov.my.

Hal Ehwal Murid

Berikut adalah soalan lazim berkaitan “Hal Ehwal Murid” :-

1. Saya telah berhubung dengan pihak Sekolah Seni Malaysia Johor dan dimaklumkan ada kekosongan di sana. Bolehkah saya daftarkan anak saya di sekolah tersebut?

Tidak. Penempatan murid di Sekolah Seni Malaysia atau Program Pendidikan Seni, dibuat oleh pihak Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian dengan kelulusan Pengarah.

2. Adakah murid Sekolah Seni Malaysia atau Program Pendidikan Seni, berpeluang menerima mana-mana biasiswa atau bantuan kewangan?

Murid Sekolah Seni Malaysia atau Program Pendidikan Seni, yang layak, berpeluang menerima bantuan Biasiswa Kecil Persekutuan (BKP), Kumpulan Wang Pelajar Miskin (KWAPM) atau lain-lain bentuk bantuan yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia mahupun pihak Badan Bukan Kerajaan (NGO).

3. Adakah murid Sekolah Seni Malaysia atau Program Pendidikan Seni boleh pergi ke kelas tambahan kesenian di luar sekolah?

Tidak. Kebenaran ke kelas tambahan kesenian bergantung kepada pertimbangan dan kelulusan Pengetua.

4. Adakah murid Sekolah Seni Malaysia atau Program Pendidikan Seni boleh melibatkan diri dengan program atau aktiviti yang dianjurkan oleh agensi luar atau Kementerian lain?

Murid boleh melibatkan diri dalam program atau aktiviti yang dianjurkan oleh agensi luar atau Kementerian lain dengan kebenaran Pengetua.

5. Bolehkah murid Sekolah Seni Malaysia atau Program Pendidikan Seni memohon berpindah keluar sekolah pada bila-bila masa sepanjang tempoh pengajian (Tingkatan 1– 5)?

Boleh, namun tidak digalakkan.

6. Bagaimanakah cara permohonan berpindah keluar sekolah dibuat?

Ibu bapa atau penjaga perlu mengemukakan surat permohonan pertukaran sekolah kepada Pengetua.

7. Bolehkah murid-murid Sekolah Seni Malaysia atau Program Pendidikan Seni berpindah ke sekolah seni yang lain?

Tidak boleh.

8. Bolehkah murid-murid Sekolah Seni Malaysia atau Program Pendidikan Seni pulang ke rumah setiap minggu?

Tidak boleh. Murid-murid hanya dibenarkan pulang bermalam di rumah hanya sekali dalam sebulan.

Maklumat Lanjut (Cara Hubungi)

Sebarang pertanyaan berkaitan pendaftaran, sila hubungi:

  • No tel pertanyaan : 03-8872 1616 / 03-8884 1012 atau emel ke mohonssem@moe.gov.my

Atau emelkan pertanyaan ke :

  • Email : mohonssem@moe.gov.my

Selamat membuat Permohonan Sekolah Seni Malaysia (SSeM) dan semakan keputusan tawaran secara online. Semoga anda berjaya dalam permohonan kemasukan ke Sekolah Seni Malaysia (SSM) 2026 nanti.

Rel : tingkatan 1 sekolah seni, kemasukan ke sekolah seni malaysia ssem 2025, seni malaysia 2025 online, lulus dalam tempoh dua 2 minggu selepas keputusan tawaran ke sekolah seni malaysia ssem 2025, rayuan boleh dibuat dalam tempoh dua 2 minggu selepas keputusan tawaran ke sekolah seni malaysia ssem 2025,

Kongsi Panduan

Panduan Malaysia Editor

Panduan Malaysia Editor