Semakan Panggilan Temuduga IPG 2018 Online

Panduan terkini dikemaskini pada 13 Oktober 2018 jam 01:09 PM

Semakan Panggilan Temuduga IPG 2018 Online
Rate this post

Semakan Panggilan Temuduga IPG 2018 Program Guru KPM Online. Umum sedia maklum yang Permohonan Calon Guru IPG PISMP 2017 telah di tutup pada 28 Mac 2018. Untuk pemohon, terdapat beberapa aktiviti yang perlu ditempuhi selepas dapat diterima untuk kemasukan ke Institut Pendidikan Guru (IPG) dahulunya Maktab Perguruan. Semakan Panggilan Temuduga IPG 2018 Online akan dibuat selepas permohonan IPG ditutup serta Ujian kelayakan Calon Guru atau
UKCG diadakan.

Semakan Panggilan Temuduga IPG 2018 Online

Menurut Kalendar Aktiviti IPG 2018, tarikh semakan nama yang berjaya di panggil temuduga dijangka boleh di semak secara online dari 9 Mei hingga 15 Mei 2018. Tarikh temuduga pula adalah dari 13 hingga 18 Mei 2018.

Tarikh rasmi dan link semakan akan dikemaskini dari masa kesemasa selepas pengumuman rasmi dari KPM.

  • Applikasi Semakan
  • Semakan bagi  calon PISMP – https://pismp.moe.gov.my/
  • Klik Panduan Temuduga IPG untuk mendapatkan tip-tips buat pemohon semasa menghadiri temuduga
SEMAKANTEMUDUGAIPGONLINE

Tarikh Penting Temuduga IPG 2018

Berikut dikongsikan tarikh-tarikh penting sebelum dan selepas panggilan Temuduga diadakan :-

A. Tarikh Permohonan Ditutup

  • 28 Mac 2018 – Permohonan ditutup (pindaan atau perubahan maklumat permohonan boleh dibuat sehingga tarikh tutup)

B. Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG)

  • 9 hingga 17 April 2018 – Semakan nama calon berjaya untuk menduduki UKCG
  • April 2018 – Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) 

C. Temuduga IPG 2018

  • Mulai 9 Mei 2018 sehingga 15 Mei 2018 – Semakan nama yang berjaya di temuduga secara dalam talian. (Pemohon yang berjaya dikehendaki mencetak Surat Panggilan Temu Duga, Borang butiran Diri di laman sesawang KPM)
  • 13 Mei hingga 18 Mei 2018 – Pelaksanaan Sesi temuduga. (Sila bawa bersama Surat Panggilan Temu Duga, borang butiran
    Diri yang telah dilengkapkan dan Sijil Akakdemik/Kokurikulum)

Semakan IPG 2018 (Calon Berjaya) Dan Pendaftaran

  • 13 Jun hingga 24 Jun 2018 – Semakan tawaran calon yang berjaya ke IPG 2017. Calon dikehendaki mencetak surat tawaran sementara melalui laman sesawang KPM manakala Surat Tawaran Rasmi boleh didapati selepas melapor diri.
  • 26 Jun 2018 – Pendaftaran calon di IPG

Tahniah kepada mereka yang berjaya untuk dipanggil untuk temuduga IPG. Anda semakin hampir untuk berjaya mendapat tawaran kemasukan dalam permohonan IPG 2018 Online.