Semakan Penyata dan Bayaran Balik Pinjaman Pelajaran Melalui FPX

Panduan terkini dikemaskini pada 25 Ogos 2019 jam 05:08 PM

Sistem ini menyediakan perkhidmatan Semakan Penyata dan Bayaran Balik Pinjaman Pelajaran (KPM) melalui FPX bagi semua program dibawah tajaan Kementerian Pendidikan Malaysia.

Financial Process Exchange (FPX) adalah kaedah pembayaran secara online yang diperkenalkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi bagi mempermudahkan urusan pembayaran balik pinjaman pelajaran oleh pemegang akaun perbankan internet bank-bank yang terlibat. FPX diuruskan oleh FPX Payment Gateway Sdn.Bhd, anak syarikat Malaysia

Cara Semak Penyata dan Bayaran Balik Pinjaman Pelajaran

OBJEKTIF
 Menyediakan kemudahan saluran bayaran secara online yang mudah dicapai pada bila-bila masa kepada Peminjam

 Menyediakan kemudahan menyemak baki pinjaman kepada Peminjam.

Semakan Penyata dan Bayaran Balik Pinjaman Pelajaran

Bayaran Balik melalui FPX boleh dilakukan kepada peminjam yang mempunyai akaun bank berkenaan :

1. BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD
2. CIMB BANK BERHAD
3. MAYBANK2U
4. HONG LEONG BANK
5. MAYBANK2E.NET
6. PUBLIC BANK BERHAD

CARA BUAT PEMBAYARAN MELALUI FPX

– Log masuk aplikasi menggunakan nombor kad pengenalan peminjam (Cth : 880506065487)
– Pilih Program Pengajian
– Klik BAYARAN BALIK dan masukkan amaun pembayaran. Klik BAYAR
– Klik TERUSKAN. Sila pastikan pop-up blocker telah dinyahaktif
– Log masuk akaun perbankan internet yang dipilih dan ikut arahan yang diberi. Pastikan anda tidak menutup sebarang tetingkap yang dipaparkan
– Transaksi anda adalah berjaya sebaik sahaja memperoleh resit dari pihak bank
– Sebagai bukti pembayaran, sila cetak resit rasmi Kementerian Pengajian Tinggi sebagai bukti pembayaran.

APPLIKASI SEMAKAN PENYATA DAN BAYARAN BALIK PINJAMAN PELAJARAN MELALUI FPX 

KLIK https://biasiswa.moe.gov.my/sila_fpx/home.php

Manual Pengguna