Semakan PLKN Online SMS Nama Terpilih Dan Penempatan

Panduan terkini dikemaskini pada 4 Januari 2019 jam 07:03 AM

Semakan PLKN Online SMS Nama Terpilih Dan Penempatan
Rate this post

Semakan PLKN Online Dan SMS. Berikut disertakan cara-cara membuat semakan PLKN Nama terpilih dan penempatan untuk PLKN 2017 atau PLKN 2.0 (Kumpulan 1 Siri 14/ 2017). Untuk makluman, modul baru latihan PLKN boleh dirujuk di Modul PLKN 2.0

plknmain

Semakan PLKN Online Dan SMS Nama Terpilih Dan Penempatan

Pemlihan PLKN akan dibuat secara pilihan rawak wajib. Pihak sekolah akan mencalonkan pelajar Tingkatan 5 kepada mereka yang tidak menyambung pelajar ke IPT. Pelajar yang berminat untuk menyertai PLKN secara sukarela pula boleh menghubungi pihak sekolah masing-masing.

  • Untuk makluman, calon yang terpilih untuk menyertai PLKN 2017 akan dihubungi melalui surat rasmi.

Penempatan Pelatih PLKN 2017

Semakan bagi penempatan pelatih PLKN 2017 boleh dibuat di link di bawah ini.

  • Link semakan Klik PLKN 2017 (Siri 14/ 2017)

Berikut dikongsikan tarikh penting dan tempoh masa latihan PLKN Siri 14/ 2017 mengikut kumpulan:-

  • Kumpulan 1 18 Mac sehingga 16 Mei 2017
  • Kumpulan 2 : 15 Julai sehingga 12 September 2017
  • Kumpulan 3 : 30 September sehingga 28 November 2017

Semakan SMS

  • SEMAKAN PENEMPATAN PELATIH

Taip: PLKN KEM [No KP anda] Dan Hantar ke 15888
* Setiap mesej yang dihantar akan dicaj RM0.15.
* Setiap mesej yang diterima akan dicaj RM0.20

Untuk mengetahui perkembangan semasa berkaitan PLKN 2017, anda dinasihatkan melayari Laman Web Rasmi Jabatan Latihan Khidmat Negara di bawah ini atau No. Tel. Call Centre 03-40274747 (Waktu pejabat 8.00 pagi hingga 5.00 petang)

http://www.khidmatnegara.gov.my/

Makluman Pengambilan Pelatih

Semakan PLKN 2016 : Senarai Nama Terpilih Dan Penempatan

Kaedah pengambilan pelatih Program Latihan Khidmat Cemerlang (PLKN) 2.0 pada tahun 2016 akan diberi nafas baru dengan pengambilan di buat secara sukarela seperti diumumkan oleh Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

 

Kementerian Pertahanan akan bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan bagi mengenalpasti pelajar yang tidak dapat menyambung pelajaran ke institusi pengajian tinggi ditawarkan mengikuti PLKN.

“Pelatih yang berminat boleh menawarkan diri melalui portal dalam talian JLKN ataupun melalui kaunter pameran PLKN di peringkat negeri”

Jangkaan seramai 20,000 pelatih dari seluruh negara akan menyertai PLKN 2.0 mulai Mac 2016 yang akan melibatkan sebanyak 81 buah kem PLKN.

Fasa PLKN 2.0

Berikut dikongsikan 2 fasa yang akan dilaksanakan dalam PLKN 2.0 bermula 26 Mac 2016 :-

plkn2fasa

Selamat membuat Semakan PLKN Online SMS Nama Terpilih Dan Penempatan.