Semakan Status Senarai Hitam JPJ Online

Panduan terkini dikemaskini pada 27 Mei 2019 jam 10:11 PM

Semakan Status Senarai Hitam PDRM Dan JPJ Online. Senarai hitam atau senarai blacklist ini mengandungi pesalah / kenderaan yang telah dikenakan saman tetapi masih belum membayar denda selepas satu masa yang ditetapkan oleh pihak berkenaan.

Semak Status Senarai Hitam Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)

Sila hubungi agensi berkenaan untuk mendapat butiran lanjut mengenai saman atau saman yang belum lagi dimasukkan sebagai senarai hitam ini.

Cara buat semakan secara online untuk blacklist kenderaan atau lesen:

Link 1 – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)

Pemandu atau pemilik kenderaan yang disaman atau diberi notis, tetapi tidak membayar kompaun dalam masa 60 hari akan dirujuk ke mahkamah. Sekiranya pemandu atau pemilik kenderaan tidak hadir untuk sebutan kes di mahkamah, maka pemilik kenderaan, kenderaan atau lesen memandu akan disenarai hitamkan sehingga kes berjaya diselesaikan.

Sila pilih Nombor ID dan Nombor Pendaftaran Kenderaan.
(Contoh Format Nombor ID Orang Awam Malaysia – MyKAD : 801121141234 atau KP Lama : A1234567).
Yang bertanda * wajib diisi.

Semakan Secara SMS

Taip JPJ BLACKLIST <No KP atau NO Plat Kenderaan> dan hantar ke 15888

Pembayaran saman secara ONLINE pula boleh di buat melalui :1) rilek.com.my – klik di sini
2) myeg – klik di sini
3) e-services – klik di sini

Untuk semakan saman PDRM dan JPJ pula, anda boleh membuat semakan secara online di link berikut – PDRM & JPJ