Semakan Keputusan ILP, ADTEC Dan JMTI 2019 Online

Panduan terkini dikemaskini pada 24 Mei 2019 jam 12:49 AM

Semakan Keputusan Tawaran Permohonan ILP, ADTEC Dan JMTI 2019 Online. Anda ada membuat permohonan ke ILJTM sesi Januari 2019 (Institut Latihan Jabatan Tenaga Manusia)? Semakan Keputusan Tawaran ke ILJTM yang meliputi ILP, ADTEC dan JMTI boleh dibuat secara online di Portal Rasmi Jabatan Tenaga Manusia, Kementerian Sumber Manusia.

Untuk makluman, kini terdapat 32 buah Institusi Latihan Jabatan Tenaga Manusia di bawah seliaan JTM iaitu 8 ADTEC, 1 JMTI dan 23 ILP.

Semakan Keputusan ILJTM ILP ADTEC JMTI

Semakan Keputusan ILP, ADTEC Dan JMTI 2019 Online

Berikut disertakan cara-cara membuat semakan keputusan kemasukan. tawaran ke ILJTM secara online.

  • Disember 2018 (Applikasi semakan diaktifkan selepas jam 200 petang)
    • Tarikh yang tepat akan dikemaskini selepas diumumkan secara rasmi oleh Portal Jabatan Tenaga Manusia (JTM)
  • Sila Klik untuk semakan ILP, ADTEC & JMTI Online
    • Sila Masukkan No. Kad Pengenalan/ My Kad dan Klik Butang Semakan
    • Pastikan anda memasukan no maklumat No. Kad Pengenalan yang betul

Tarikh Penting Permohonan ILJTM Sesi Januari 2019

Berikut adalah tarikh penting permohonan dan semakan keputusan kemasukan ke ILJTM sesi Januari 2019 yang akan dikemaskini dari masa kesemasa.

  1. Oktober 2018 : Sistem Permohonan Online dibuka
  2. November 2018 : Sistem Permohonan Online ditutup
  3. November 2018 : Semakan Panggilan Temuduga (kursus bertanda #)
  4. November 2018 : Sesi Temuduga (kursus bertanda #)
  5. Disember 2018 : Hebahan Keputusan Permohonan
  6. Disember 2018 : Tarikh Akhir Maklum Balas Tawaran
  7. Januari 2019 : Pendaftaran Pelajar Baru Sesi Januari 2019

Cara Buat Permohonan Ke ILP, ADTEC Dan JMTI

Untuk memohon ke ILJTM, permohonan secara online akan dibuka dua kali setahun iaitu pada sesi Januari dan sesi Julai. Berikut dikongsikan maklumat am yang dikongsikan dari Portal Rasmi JTM, apa itu ILJTM, senarai lokasi dan kemudahan/ kursus yang disediakan.

Apa Itu ILJTM?

Institusi Latihan Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM) ditubuhkan bertujuan menyediakan dan melaksanakan program latihan kemahiran pra-pekerjaan bagi memenuhi keperluan sektor perindustrian negara. ILJTM terdiri daripada:

  • (a) 24 buah Institut Latihan Perindustrian (ILP);
  • (b) 8 buah Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC); dan
  • (c) Sebuah Institut Teknikal Jepun-Malaysia (JMTI).

Kursus yang ditawarkan di ILJTM adalah kursus-kursus teknikal di peringkat Sijil, Sijil Lanjutan,Diploma dan Diploma Lanjutan. Objektif utama ILJTM adalah untuk melahirkan tenaga manusia yang optimum melalui program latihan kemahiran perindustrian.

ILJTM menyediakan pelbagai kemudahan di setiap institusi latihan antaranya ialah kemudahan asrama, makanan, dewan kuliah, makmal, bengkel latihan, kemudahan sukan, surau, kantin, makmal komputer, perpustakaan dan sebagainya.

Senarai ILJTM Mengikut Negeri

Berikut adalah senarai nama institusi ILJTM mengikut negeri :-

  • Wilayah Persekutuan:ILP Kuala Lumpur, ILP Labuan
  • Selangor: ILP Kuala Langat, ADTEC Shah Alam
  • Negeri Sembilan: ILP Pedas
  • Pulau Pinang: ILP Kepala Batas, ILP Arumugam Pillai Nibong Tebal, ILP Perai, JMTI
  • Kedah: ILP Jitra, ADTEC Kulim
  • Perak: ILP Ipoh, ADTEC Taiping
  • Perlis: ILP Kangar
  • Kelantan: ILP Kota Bharu
  • Terengganu: ILP Kuala Terengganu, ILP Marang & ADTEC Kemaman
  • Pahang: ILP Kuantan,ILP Anjung Muadzam Shah & ADTEC Jerantut
  • Johor: ILP Mersing, ILP Ledang, ILP Pasir Gudang, ADTEC Batu Pahat
  • Melaka: ILP Bukit Katil, ILP Selandar, ADTEC Melaka
  • Sabah: ILP Kota Kinabalu, ILP Sandakan
  • Sarawak: ILP Kota Samarahan, ILP Miri & ADTEC Bintulu

Semoga panduan panduan dan Semakan Tawaran ILP, ADTEC Dan JMTI sesi Januari 2019 Online ini bermanfaat buat mereka yang berminat untuk menyambung pengajian ke ILJTM.