Semakan Keputusan Matrikulasi Sesi 2019/ 2020 Online

Panduan terkini dikemaskini pada 24 Mei 2019 jam 01:02 AM

Semakan Tawaran Matrikulasi Sesi 2019/ 2020 Secara Online. Perhatian buat pelajar SPM 2018 yang telah membuat permohonan Program Matrikulasi KPM Kementerian Pendidikan Malaysia sesi kemasukan 2019/ 2020. Anda pasti berdebar-debar menunggu keputusan tawaran kemasukan ke Kolej Matrikulasi.

Untuk makluman, Semakan tawaran keputusan Matrikulasi KPM mereka yang berjaya akan dikeluarkan dalam masa 30 hari bekerja selepas keputusan SPM 2018 diumumkan secara rasmi. Pada tahun lepas, keputusan Matrikulasi telah diumumkan pada 24 April 2018.

semakan matrikulasi

Semakan Keputusan Matrikulasi 2019 Online Dan SMS

Berikut dikongsikan cara membuat semakan Matrikulasi 2019 secara online dan SMS meliputi tarikh semakan, applikasi online dan rayuan matrikulasi 2019. Pelajar adalah disarankan utuk merujuk kepada Portal Rasmi KPM untuk mendapatkan tarikh semakan terkini.

Berikut adalah cara-cara membuat semakan tawaran keputusan Matrikulasi 2018 secara online dan SMS :-

1. Semakan Online

  • Tarikh semakan tawaran Matrikulasi 2019 : – April 2019 mulai jam 1201 tengahari hingga – Mei 2019, jam 1159 malam
  • Link applikasi semakan : KLIK TAWARAN MATRIKULASI
  • Tarikh pendaftaran bagi pelajar baru adalah tertera dengan jelas pada surat tawaran
  • Pemohon perlu melayari laman sesawang semakan kerana calon yang berjaya perlu mencetak surat tawaran dan dokumen untuk dibawa semasa mendaftar di kolej matrikulasi.

2. Semakan Melalui SMS

Tawaran Matrikulasi boleh juga disemak melalui Semakan SMS dengan menaip:-

  • MOE<jarak>MAT<jarak>NO.K.P dan hantar kepada 15888
  • *Caj perkhidmatan 15 sen akan dikenakan untuk setiap penghantaran dan 20 sen untuk penerimaan

3. Panggilan Telefon

Pemohon boleh menghubungi Talian telefon pejabat atau bantuan di 03 8884 4083 pada waktu pejabat bermula 8.30 pagi hingga 4.30 petang.

Rayuan Matrikulasi 2019 Online

Permohonan Rayuan boleh dilakukan secara online bermula dari tarikh keputusan diumumkan. Rayuan boleh dibuat sebaik sahaja anda mengetahui anda tidak mendapat tawaran kemasukan ke Program Matrikulasi KPM. Rayuan Matrikulasi boleh dibuat melalui kaedah berikut :-

1. Rayuan Secara Online

Sila rujuk Rayuan Matrikulasi sebagai panduan. Applikasi rayuan : Klik applikasi sama semakan keputusan Matrikulasi

2. Datang Ke Bahagian Matrikulasi

Pemohon boleh datang sendiri bersama salinan keputusan SPM yang disahkan ke Bahagian Matrikulasi KPM untuk membuat rayuan.

3. Tulis Surat Rayuan Kemasukan Matrikulasi

Pemohon boleh menulis surat permohonan rayuan secara rasmi seperti contoh surat rayuan Matrikulasi di SURAT RAYUAN. Pemohon perlu melampirkan satu salinan keputusan SPM dan kad pengenalan yang disahkan.

Semakan Keputusan Rayuan Matrikulasi 2019

Pemohon yang merayu boleh membuat semakan keputusan rayuan Matrikulasi 2019 pada :-

  • – Mei 2019 bermula jam 1201 tengahari
  • Tarikh yang tepat akan dikemaskini selepas pengumuman rasmi daripada KPM

Soalan Lazim (FAQ) Kemasukan Matrikulasi Dan Cara Hubungi

Soalan lazim atau FAQ mengenai tawaran Matrikulasi boleh dirujuk di Matriks. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghubungi Talian telefon pejabat atau talian bantuan – 03 8884 4083/4040/4036 pada waktu pejabat bermula 8.30 pagi – 4.30 petang.

Selamat membuat semakan Matrikulasi 2019. Diucapkan selamat berjaya buat semua pemohon kemasukan ke Matrikulasi sesi 2019/ 2020. Moga and berjaya mendapat tawaran kemasukan yang diinginkan.