Panduan terkini dikemaskini pada

Senarai Aliran Dan Mata Pelajaran Sekolah Menengah Lepasan PT3

Senarai Aliran Dan Mata Pelajaran Sekolah Menengah Lepasan PT3. Pemilihan aliran tingkatan untuk pelajar lepasan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) bergantung kepada keputusan PT3 anda. Faktor lain dalam menentukan pemilihan aliran Tingkatan 4 adalah kemampuan, minat pelajar dan tunjuk ajar/minta pendapat  guru. Jadi secara dasarnya, keputusan peperiksaan adalah Syarat utama kelayakan dalam pemilihan aliran ke Tingkatan 4.

Pendidikan sekolah menengah selepas tamat pendidikan sekolah rendah (selepas Tingkatan 1 hingga 3) iaitu selepas peperiksaan PT3 (dahulunya PMR) adalah Pendidikan Menengah Atas (Tingkatan 4 hingga Tingkatan 5).

Aliran Dan Pakej Mata Pelajaran Sekolah Menengah Lepasan PT3 1

Senarai Pakej Mata Pelajaran Sekolah Menengah Atas (STEM Dan Sastera & Kemanusiaan)

Kementerian Pendidikan (KPM) ada menawarkan pakej mata pelajaran kepada pelajar sekolah menengah di tingkatan 4 dan 5 apabila penggal persekolahan 2020 di buka Januari ini. Pelajar perlu mengambil pakej yang bersesuaian dengan mereka mengikut keputusan PT3, penilaian di sekolah dan keputusan ujian psikometrik.

Terdapat sedikit perubahan yang dibuat oleh KPM ke atas sistem sediada dimana sistem baharu iaitu KSSM Menengah Atas 2020 memberikan 4 pilihan pakej buat pelajar untuk memilih yang nerupakan kombinasi mata pelajaran teras dan elejtif. Walau bagaimanapun, penawaran mata pelajaran elektif adalah bergantung kepada sama ada sesebuah sekolah memiliki guru atau kemudahan untuk menawarkan mata pelajaran tersebut.

Pakej Mata Pelajarn Yang Ditawarkan

Pilihan pakej yang diberikan adalah seperti berikut :-

1) Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik Pakej (STEM) 1:

    • Mata pelajaran teras, tiga mata pelajaran sains tulen dan matematik tambahan. Pelajar boleh menambah sehingga empat mata pelajaran elektif lain, termasuk bahasa.

pakej stem 1 2

2) Pakej STEM 2

    • Mata pelajaran teras, dua mata pelajaran sains tulen, matematik tambahan, sekurang-kurangnya satu sains gunaan atau elektif bukan sains.

pakej stem 2 1

3) Pakej STEM 3

    • Mata pelajaran teras, dua sains gunaan atau elektif teknikal atau elektif vokasional.

pakej stem 3 1

4) Kemanusiaan dan Sastera

    • Mata pelajaran teras dan elektif dari subjek bahasa, pendidikan Islam, sastera dan kemanusiaan dan / atau satu STEM elektif. (Subjek vokasional tidak termasuk dalam STEM elektif.)

pakej sastera dan kemanusiaan 1

Senarai Mata Pelajaran

Berikut adalah senarai mata pelajaran atau subjek untuk sekolah menengah dari Tingkatan 1 hingga 5.

1) Mata Pelajaran Teras

  1. Bahasa Melayu
  2. Bahasa Inggeris
  3. Matematik
  4. Sejarah
  5. Sains (kecuali pelajar yang mengambil mata pelajaran sains tulen)
  6. Pendidikan Islam atau Moral (kecuali pelajar yang mengambil mata pelajaran Penhajian Islam yang berkaitan)

mata pelajaran teras 1

2) Mata Pelajaran Wajib

  • Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan

3) Mata Pelajaran Elektif

  • Maksimum mana-mana LIMA mata pelajaran elektif

*Ianya tidak terpakai untuk murid di Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan murid yang mengambil Kurikulum Bersepadu Dini (KBD) dan Kurikulum Bersepadu Tahfiz (KBT)

mata pelajaran elektif 1 mata pelajaran elektif 2 1

Semoga Senarai Aliran Dan pakej Mata Pelajaran Sekolah Menengah Lepasan PT3 ini dapat memberikan sedikit panduan kepada pelajar dalam memilih aliran yang betul untuk Tingkatan 4 nanti.