Terkini : Harga rokok tahun 2025. Kadar duti eksais ke atas rokok dinaikkan sebanyak dua sen bagi setiap batang bermula 1 November 2025. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, ketika membentangkan Belanjawan 2026 di Dewan Rakyat berkata, langkah tegas ini adalah bagi mengurangkan prevalens perokok di negara ini.
Pelarasan kadar duti itu turut melibatkan beberapa produk tembakau lain bagi menyokong pelaksanaan Agenda Nasional Malaysia Sihat. Cigars, cheroots dan cigarillos naik RM40 sekilogram dan produk heated tobacco naik RM20 sekilogram kandungan tembakau.
Kerajaan pada masa turut mengumumkan pengecualian duti import dan cukai jualan bagi produk terapi gantian nikotin dilanjutkan sehingga 31 Disember 2027 serta diperluas kepada produk nicotine mist dan nicotine lozenges.
Langkah ini bertujuan memberi alternatif lebih selamat kepada perokok yang berhasrat menghentikan tabiat merokok, sejajar dengan matlamat kerajaan memperkukuh kesihatan awam.
Dalam usaha menggalakkan gaya hidup sihat, kerajaan turut meningkatkan kadar duti eksais bagi produk minuman keras sebanyak 10 peratus, juga berkuat kuasa mulai 1 November 2025.
2018 : Viral rokok akan naik harga lagi susulan pelaksanaan Cukai Jualan Dan Perkhidmatan (SST) pada 1 September 2018. Bermula 5 September 2018, jenama rokok termasuk beberapa jenama popular di pasaran akan mengalami kenaikan harga di pasaran.
JT International Bhd (JTI Malaysia) pada 30 Ogos 2018 telah mengumumkan bahawa harga bagi semua jenama yang diedarkan oleh mereka di Malaysia akan meningkat susulan penguatkuasaan SST. Untuk rekod, harga rokok tidak disemak semula selepas GST berkadar sifar pada Jun lepas susulan arahan daripada Kementerian Kewangan dan Kementerian Kesihatan.
Tahun 2025
Harga pada bulan Oktober 2025.
Harga Rokok Naik Susulan Pelaksanaan SST 2018
Berikut di antara jenama rokok yang akan naik harga bermula Rabu, 5 September 2018 :-
- Dunhill
- Benson & Hedges
- Kent
- Lucky Strike
- Pall Mall
Bermula 5/9/2018
Harga baru sekotak Dunhill adalah RM17.50 naik 0.50 sen ; Benson and Hedges (RM17.50); Pall Mall (RM16.00); Kent (RM17.50); Peter Stuyvesant (RM16.00); Mevius (RM17.50); dan Winston (RM16.00).
Maklumat lanjut sila rujuk kepada grafik dibawah untuk melihat senarai harga rokok terkini di pasaran Malaysia berdasarkan jenama rokok.
Bermula 21/9/2018
Harga ro kok Dunhill terkini selepas penurunan sebanyak 0.50 sen (kembali ke harga asal RM17.00 sekotak) bermula 21 September 2018 :-
Harga ro kok di bawah JT International Trading Sdn Bhd (JTI Malaysia) :-
Maklumat harga rokok terkini naik akan dikemaskini dari masa kesemasa