Panduan terkini dikemaskini pada

Senarai Jawatan Kerajaan Lulusan SPM Dan Sijil

Senarai Jawatan Kosong Kerajaan Yang Boleh Dimohon Oleh Lulusan SPM Dan Sijil. Anda seorang lepasan SPM dan berminat untuk memohon bekerja di perkhidmatan awam atau kerajaan (SPA)? Sebagai panduan, berikut dikongsikan senarai jawatan yang ditawarkan dan boleh dimohon di perkhidmatan awam untuk pelajar lepasan SPM/ Sijil.

Pelajar yang ingin melanjutkan pelajar ke pengajian tinggi melalui UPU Online/ sebagainya boleh mengenalpasti apakah program pengajian yang bersesuaian dengan membuat perbandingan jawatan dalam kerajaan sebagai asas.

spa suruhanjaya perkhidmatan awam

Permohonan Jawatan Kosong Kerajaan Secara Online (Lepasan SPM/ Sijil)

Untuk makluman, permohonan memasuki perkhidmatan awam persekutuan hendaklah dibuat secara online di Pendaftaran Pekerjaan Dalam Perkhidmatan Awam (SPA8i). Senarai jawatan kosong yang boleh dipohon adalah mengikut kelulusan/ kelayakan seperti berikut :-

  1. Ijazah/ Sarjana/ PHD
  2. Diploma. STP/ STPM/ STAM/HSC
  3. SPM SPMV SPM (V) & Sijil
  4. PMR
  5. Kelayakan Bakat
  6. Latihan Separa Perubatan
  7. Suruhanjaya Pasukan Polis

Senarai Jawatan Kerajaan Yang Boleh Dipohon Oleh Lulusan SPM/ Sijil

Bekerja di sektor awam adalah idaman hampir semua orang oleh kerana ianya menjanjikan kerjaya yang stabil serta selamat. Berikut adalah senarai jawatan yang terdapat dan boleh dipohon oleh calon lepasan SPM/ SPMV/ SPM (V) dan Sijil.

BIL JAWATAN BIL JAWATAN BIL JAWATAN
1 Juruaudio Visual Gred N19 26 Pembantu Keselamatan Gred KP19 51 Pembantu Perpustakaan Gred S19
2 Jurubahasa Gred L19 27 Pembantu Kesihatan Awam Gred U19 52 Pembantu Pertahanan Awam Gred KP19
3 Jurulatih Kawad Gred S19 28 Pembantu Laut Gred A19 53 Pembantu Setiausaha Pejabat Gred N19
4 Jururawat Masyarakat Gred U19 29 Pembantu Makmal Gred C19 54 Pembantu Syariah Gred LS19
5 Juruteknik Komputer Gred FT19 30 Pembantu Makmal Filem Gred C19 55 Pembantu Tadbir (Kewangan) Gred W19
6 Juruteknik Perubatan Gred U19 31 Pembantu Meteorologi Gred C19 56 Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N19
7 Laskar Kelas II Maritim Gred XA1 32 Pembantu Muzium Gred S19 57 Pembantu Tadbir (Undang-Undang) Gred L19
8 Merinyu Tali Air Gred J19 33 Pembantu Pegawai Latihan Gred E19 58 Pembantu Veterinar / Penolong Pegawai Veterinar (Skim Perkhidmatan Bersepadu)
9 Pegawai Bomba Gred KB19 34 Pembantu Pegawai Latihan Vokasional / Penolong Pegawai Latihan Vokasional / 59 Pemeriksa Cap Jari Gred N19
10 Pegawai Imigresen Gred KP19 Pegawai Latihan Vokasional (Skim Perkhidmatan Bersepadu) 60 Pemeriksa Kereta Motor Gred A19
11 Pegawai Khidmat Pelanggan Gred N19 35 Pembantu Pembangunan Masyarakat Gred S19 61 Pengajar Membalak Gred G19
12 Pegawai Penjara Gred KX19 36 Pembantu Pembedahan Pergigian Gred U19 62 Pengawal Keselamatan Gred KP11
13 Pelukis Pelan (Kejuruteraan Awam) Gred JA19 37 Pembantu Pemeriksa Kilang dan Jentera Gred J19 63 Peniup Kaca Gred N19
14 Pelukis Pelan (Seni Bina) Gred JA19 38 Pembantu Pemuliharaan Gred S19 64 Penjaga Jentera Elektrik Gred J19
15 Pembantu Akauntan Gred W19 39 Pembantu Pendaftaran Gred KP19 65 Penyelia Asrama Gred N19
16 Pembantu Antidadah Gred S19 40 Pembantu Penerangan Gred S19 66 Penyelia Jurupakaian Gred N19
19 Pembantu Arkib Gred S19 41 Pembantu Penerbitan Gred N19 67 Renjer Hutan Gred G19
18 Pembantu Belia dan Sukan Gred S19 42 Pembantu Penguasa Kastam Gred W19
19 Pembantu Ehwal Ekonomi Gred E19 43 Pembantu Penguatkuasa Gred KP19
20 Pembantu Geosains Gred C19 44 Pembantu Penilaian Gred W19
21 Pembantu Hal Ehwal Islam Gred S19 45 Pembantu Penyediaan Makanan Gred N19
22 Pembantu Hidupan Liar (Skim Perkhidmatan Bersepadu) 46 Pembantu Penyelidik Gred Q19
23 Pembantu Juruaudit Gred W19 47 Pembantu Penyelidik Sosial Gred N19
24 Pembantu Kemahiran Gred H19 48 Pembantu Perangkaan Gred E19
25 Pembantu Kesatria Gred S19 49 Pembantu Perhubungan Perusahaan Gred S19
50 Pembantu Perikanan Gred G19

Syarat Kelayakan Permohonan Lulusan SPM

Menurut Portal Rasmi SPA, calon yang memohon jawatan dari kelayakan masuk SPM dan untuk tujuan pelantikan ke perkhidmatan awam, pemohon perlu memiliki sekurang-kurangnya keputusan berikut:

  1. Lulus enam mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu, dengan dua daripada mata pelajaran adalah di peringkat Kepujian dan selebihnya peringkat Lulus dalam satu peperiksaan; atau
  2. Lulus enam mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu, dengan dua mata pelajaran adalah di peringkat Kepujian dan selebihnya peringkat Lulus yang dikumpulkan dalam dua peperiksaan dalam tempoh tiga tahun berturut-turut; dan
  3. Memenuhi syarat kelayakan Bahasa Melayu iaitu Kepujian dan subjek-subjek tertentu seperti mana yang disyaratkan dalam skim perkhidmatan.

Bagi anggota polis atau tentera yang memohon jawatan seperti di bawah, syarat-syarat di atas dikecualikan tetapi mengambil kira sekurang-kurangnya berpangkat seperti yang dinyatakan:

  • Pembantu Keselamatan Gred KP19 : Konstabel atau Prebet atau yang setaraf dengannya
  • Pembantu Pertahanan Awam Gred KP19 : Konstabel atau Prebet atau yang setaraf dengannya
  • Pembantu Kesatria Gred S19 : Koperal
  • Pembantu Penguat Kuasa Gred KP19 : Konstabel atau Prebet atau yang setaraf
  • Pegawai Bomba Gred KB19 : Prebet yang mempunyai pengalaman berkhidmat sebagai Aerofireman Driver Class 1

Semoga Senarai Jawatan Kerajaan yang ditawarkan untuk Lulusan SPM Dan Sijil ini boleh dijadikan panduan sebelum memohon.