Senarai Kelayakan Yang Diiktiraf Oleh Badan Profesional Di Malaysia

Panduan terkini dikemaskini pada 29 Oktober 2018 jam 11:40 PM

Senarai Kelayakan Yang Diiktiraf Oleh Badan Profesional Di Malaysia
Rate this post

badanpro

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah mengeluarkan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 8 Tahun 2002 bertajuk “Senarai Kelayakan yang Diiktiraf oleh Kerajaan Yang Perlu Digunakan Dalam Urusan Pelantikan Ke Dalam Perkhidmatan Awam”. Pekeliling berkenaan memaklumkan perlunya Pihak Berkuasa Melantik (PBM) menyemak status pengiktirafan kelayakan calon-calon dalam urusan pelantikan ke jawatan-jawatan dalam Perkhidmatan Awam seperti yang disyaratkan dalam skim-skim perkhidmatan.

Senarai Kelayakan Yang Diiktiraf Oleh Badan Profesional Malaysia

Bagi pengiktirafan kelayakan Ijazah Pertama yang melibatkan badan profesional, sila rujuk senarai akreditasi yang diiktiraf oleh Kerajaan sebagai setaraf dengan kelayakan profesional oleh lembaga profesional yang berkaitan seperti berikut:

  • Lembaga Arkitek Malaysia
  • Lembaga Juru Ukur Bahan Malaysia
  • Lembaga Jurutera Malaysia
  • Lembaga Juruukur Tanah
  • Lembaga Penilai, Pentaksir & Ejen Harta Tanah
  • Lembaga Perancang Bandar Malaysia
  • Majlis Perubatan Malaysia (MMC)
  • Majlis Pergigian Malaysia
  • Lembaga Farmasi Malaysia
  • Majlis Optik Malaysia
  • Lembaga Kelayakan Profesyen Undang-undang
  • Institut Akauntan Malaysia