Senarai Orang Terkaya Di Malaysia 2015

Panduan terkini dikemaskini pada 19 Oktober 2018 jam 09:18 PM

Senarai Orang Terkaya Di Malaysia 2015
Rate this post

Senarai Terkini Orang Terkaya Di Malaysia 2015. Kedudukan ranking senarai orang terkaya di Malaysia 2015 banyak dipengaruhi oleh faktor kejatuhan harga minyak dan nilai matawang ringgit di pasaran dunia sekarang. Walau bagaimanpun, Tan Sri Robert Kuok dan beberapa hartawan perniagaan tempatan yang selalu tersenarai terus mengekalkan kedudukan masing-masing dalam Senarai Individu Terkaya Malaysia anjuran Forbes yang dipetik oleh BERNAMA.

Robert
Kuok, 91, yang menjalankan perniagaan pelbagai termasuk minyak sawit,
gula, hartanah dan perhotelan terus mengungguli kedudukan teratas bagi
tahun ke-10 berturut-turut. Nilai kekayaan beliau bagaimanapun menyusut
AS$200 juta kepada AS$11.3 bilion (RM40.8 bilion). Mengikut Forbes, Kuok
Group menguasai beberapa syarikat yang tersenarai di Hong Kong,
Malaysia serta Singapura.

Kedudukan kedua adalah milik Tan Sri Ananda Krishnan. Nilai
kekayaan taikun telekomunikasi turut susut sebanyak AS$1.6
bilion kepada AS$9.7 bilion, sebahagiannya akibat kejatuhan saham Bumi
Armada yang juga syarikat perkhidmatan telaga minyak luar pesisir. Aset telekomunikasi mewakili separuh kekayaannya menerusi pemilikannya dalam Maxis, kata Forbes.

terkayamsia2015

Quek
Leng Chan berganjak ke tempat ketiga daripada keempat sebelum ini,
biarpun kekayaannya susut sebanyak AS$800 juta bagi tempoh setahun lalu
kepada AS$5.6 bilion.

Beliau yang memiliki Hong Leong Co,
mempunyai kepentingan dalam pelbagai sektor daripada makanan kepada
kewangan selain pelaburan dalam sektor minyak dan gas (O&G) serta
pegangan dalam firma Indonesia Samudra Energy, syarikat Malaysia Scomi
Energy Services, Alam Maritim Resources dan firma Singapura, Ezion yang
menjadi pembekal sokongan untuk perkapalan dan telaga minyak.

Senarai
terkini Forbes itu turut dibarisi empat muka baharu iaitu taikun
hartanah Khoo Cheng Hai di tempat ke-45 dengan nilai kekayaannya AS$285
juta selepas sahamnya dalam KSL Holdings berlipat ganda; pakar
pembungkusan Lim Teck Meng daripada Scientex (tempat ke-46 dengan
kekayaan AS$280 juta); hartawan fabrikasi minyak-perkapalan Coastal
Contracts Ng Chin Heng (tempat ke-47, AS$275 juta) hartawan hartanah dan
pengasas bersama United Overseas Australia, Kong Chong Soon (tempat
ke-50, AS$240 juta).

Taikun kasino Tan Sri Lim Kok Thay daripada
Genting Group menduduki tempat keempat dengan kekayaan bernilai AS$5.5
bilion, merosot daripada AS$6.5 bilion tahun lalu berikutan
penyederhanaan ekonomi China yang menjejaskan sektor perjudian dan
hiburan rantau ini.

Bagaimanapun, kekayaan yang dimiliki beberapa
hartawan yang tersenarai, terjejas teruk terutama mereka yang memiliki
pelaburan atau berkaitan sektor minyak.

Tan Sri Mokhzani Mahathir
yang juga pelabur dalam firma perkhidmatan minyak dan gas iaitu
SapuraKencana Petroleum, turut menyaksikan kekayaannya susut kepada
AS$700 juta (RM2.5 bilion) berbanding AS$1.2 bilion (RM4.33 bilion),
tahun lalu.

Namun, tidak semua hartawan Malaysia berdepan cabaran sedemikian.

Tan
Sri Lau Cho Kun yang juga taikun kelahiran Sabah, mencecah status
bilionaire dan muncul individu ke-15 terkaya di Malaysia menerusi hasil
perladangan dan perdagangan dengan nilai kekayaannya AS$1.08 bilion
(RM6.5 bilion). Beliau adalah pemegang saham terbesar dalam Hap Seng Consolidated Bhd.

Kekayaan
taikun perisian, Goh Peng Ooi meningkat kira-kira AS$450 juta kepada
AS$1.55 bilion (RM5.6 bilion) dan tersenarai ahli perniagaan kesembilan
terkaya di Malaysia.

Firma miliknya, Silverlake Axis kini membekalkan perisian kewangan kepada 40 peratus bank di serata Asia Tenggara.

Antara
syarat untuk tersenarai tahun ini adalah pemilikan kekayaan minimum
AS$240 juta (RM866 juta), meningkat daripada AS$220 juta (RM794 juta).

Senarai penuh boleh diperolehi di www.forbes.com/malaysia dan edisi terbaharu Forbes Asia. Berikut adalah senarai orang terkaya di Malaysia 2015 :-

1) Robert Kuok – AS$11.3 bilion (RM40.8 bilion)
2) Ananda Krishnan – AS$9.7 bilion (RM35 bilion)
3) Tan Sri Quek Leng Chan (AS$5.6 bilion)
4) Tan Sri Lim Kok Thay (AS$5.5 bilion)
5) Tan Sri Teh Hong Piow (AS$5.4 bilion)
6) Tan Sri Lee Shin Cheng (AS$4.6 bilion)
7) Tan Sri Yeoh Tiong Lay (AS$3 bilion)
8) Tan Sri Syed Mokhtar AlBukhary (AS$2.9 bilion, RM10.5 bilion)
9) Goh Peng Ooi (AS$1.55 bilion) dan
10) Tan Sri Lee Oi Hian serta Datuk Lee Hau Hian AS$1.45 bilion.

KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI