Senarai Peserta Maharaja Lawak Mega 2018 MLM

Panduan terkini dikemaskini pada 16 Oktober 2018 jam 10:57 PM

Senarai Peserta Maharaja Lawak Mega 2018 MLM
Rate this post

Program komedi popular Malaysia terbitan Astro, Maharaja Lawak Mega 2018 (MLM 2018) kembali lagi untuk edisi ke 7 dengan tema “Sarkas”. Program realiti bersiri bersiaran secara langsung ini akan mengabungkan beberapa pelawak lama dan baru berkumpulan dan solo iaitu dua peserta solo serta 4 kumpulan duo dan 8 kumpulan trio.

Nama-nama besar yang tidak bertanding kali ini adalah Kumpulan Sepahtu, Jozan dan Nabil Ahmad. Bekas Juara, Kumpulan Zero dan Bocey bakal kembali menghangatkan MLM 2018 bersama peserta baru iaitu kumpulan Kiut, Abata dan 2B yang merupakan finalis program Gegar Lawak.

maharaja lawak mega live

Senarai Peserta MLM 2018 Maharaja Lawak Mega Astro

Berikut adalah Senarai Peserta Maharaja Lawak Mega 2018 MLM yang bakal bersiaran secara langsung LIVE setiap Jumaat jam 1000 malam bermula 2 November 2018 di Astro Warna 132, Warna HD (saluran 124), Astro GO dan ‘on demand’.

Cabaran MLM 2018 setiap minggu bakal menyaksikan para akan membuat persembahan berdasarkan tema persembahan yang diberikan setiap minggu seperti percutian, duit, muzikal, loghat dan dialek, dikir barat, parodi, kenangan, mata pelajaran sekolah dan banyak lagi.

Nama Peserta MLM 2018 Maharaja Lawak Mega

Berikut adalah senarai 14 peserta MLM 2018 merangkumi 12 peserta kumpulan dan 2 peserta solo.

  • A. Peserta Solo
    • 1. Dany Beler
    • 2. Hilmy Ashley
  • B. Peserta Duo
    • 3. Kumpulan Taman (Tauke & Man Posmen)
    • 4. Shiro (Ajak & Shahrol)
    • 5. Puteh (Ali Mercik & Mamak)
    • 6. 2B (Man & Weera)
  • C. Peserta Trio
    • 7. Bocey (Abam, Achey & Fad)
    • 8. Abata (Wannawala, Alham & Ilham)
    • 9. Joras (Ropie, Joey & Rahim Sepahtu)
    • 10. Kiut (Shendo, Niezam & Tapai)
    • 11. Masin (Mamat Bora, Vicha & Jiggy – Gabungan 3 negara Malaysia, Indonesia & Singapura)
    • 12. Abioso (Ami, Mamad & Sarip – wakil Indonesia)
    • 13. Zero (Atu, Syaiful & Sharif)
    • 14. Chilok (Achok, Kamal Sumbu & Chiwan)

Maklumat Lanjut Maharaja Lawak Mega 2018

Berikut adalah informasi berkaitan MLM 2018 termasuk format pertandingan, hadiah dan jadual siaran langsung.

Format Pertandingan

Masih mengekalkan format permarkahan iaitu 70 % dari juri tetap dan 30 % undian penonton melalui aplikasi TikTok yang akan dibuka secara rasmi pada 2 November 2018 bermula jam 10 malam

Hadiah

  1. Juara : wang tunai RM500,000 beserta trofi
  2. Naib juara (Kedua) : RM250,000
  3. Ketiga : RM150,000
  4. Keempat : RM50,000
  5. Kelima : RM15,000

Waktu Siaran

  1. Setiap Jumaat bermula 2 November 2018 (Jam 1000 malam) selama 14 minggu
  2. Siaran Langsung di Astro Warna (saluran 132), Warna HD (saluran 124), Astro GO dan ‘on demand’

Hos

  • Datuk AC Mizal

Barisan Juri

Barisan tiga juri tetap akan diketahui pada episod pertama MLM 2018. Mereka adalah :-

Semoga Senarai Peserta MLM 2018 Maharaja Lawak Mega ini mampu memberikan persembahan terbaik buat semua peminat program lawak no 1 di Malaysia ini.