Live Streaming AJL 33 Anugerah Juara Lagu 2019

Panduan terkini dikemaskini pada 23 Mei 2019 jam 02:39 PM

Siaran Langsung AJL 33 Anugerah Juara Lagu TV3. AJL 33 Konsert akhir akan kembali lagi. Kemuncak Anugerah Juara Lagu 33 (Final AJL33) bakal berlangsung pada Ahad, 3 Februari 2019 secara langsung jam 9 malam dari Axiata Arena Bukit Jalil, Kuala Lumpur. 12 finalis/ lagu akan bersaing untuk dinobatkan sebagai Juara Lagu AJL, anugerah muzik berprestij yang memartabatkan penyanyi, penulis lirik dan komposer di Malaysia.

AJL kali ke 33 masih mengekalkan Alif Satar dan Sherry Alhadad sebagai hos dengan tema kali ini adalah Galaksi. AJL 33 membariskan finalis hebat seperti Hael Husaini, Dayang Nurfaizah, Misha Omar, Siti Sarah Raissuddin, Altimet, Haqiem Rusly, Syamel, Ara Johari, selain Kaer dan Amylea.

ajl33

Siaran Langsung Anugerah Juara Lagu 33 (AJL33) 3 Februari 2019

Berikut adalah maklumat penting mengenai Live Streaming AJL33 yang bakal dipancarkan secara langsung oleh TV3 :-

  • Hos AJL33 : Sherry Alhadad & Alif Satar
  • Tema “Galaksi”
  • Live Streaming Di Tonton dan Youtibe TV3
  • Masa : 830 malam hingga 1200
  • Tempat : Axiata Arena, Bukit Jalil

Senarai Finalis AJL33

Berikut adalah senarai peserta akhir AJL 33 yang akan bertanding di pentas Anugerah Juara Lagu ke 33 pada tarikh 3 Februari 2019. Senarai finalis telah diumumkan selepas tamat peringkat separuh akhir ketiga pada 23 November 2018.

  1. Siti Sarah : Semakin
  2. Ara Johari : Bunga
  3. Syamel : Kau Pun Sama
  4. Misha Omar : Sampai Bila
  5. Hael Husaini & Dayang : Haram
  6. Khai Bahar : Luluh
  7. Altimet : Bunga
  8. Haqiem Rusli ft Amanra : Jatuh Bangun
  9. Amylea X Kaer : Tak Pernah Hilang
  10. Hael Husaini : Hajat
  11. Sufian Suhaimi : Di Matamu
  12. Siti Nordiana & Jaclyn Victor : Nisan Cinta

Senarai Hadiah Pemenang AJL 33

Berikut adalah senarai hadiah yang akan dimenangi oleh pemenang AJL 33 kali ini.

  • Juara AJL33 : trofi, hadiah wang tunai sebanyak RM50,000
  • Naib juara : Wang tunai RM35,000
  • Tempat ketiga : Wang tunai RM20,000.
  • Kategori vokal terbaik – Wang tunai RM12,000
  • Persembahan terbaik – RM12,000

Moga persembahan AJL 2019 kali ini lebih hebat dan sengit. Tahniah kepada mereka yang berjaya.