Siaran Langsung Konsert Gegar Vaganza 2018 GV5

Panduan terkini dikemaskini pada 18 November 2018 jam 11:30 PM

Rancangan hiburan popular Gegar Vaganza (GV) kembai lagi menemui penonton dengan mamsuki musim kelima (5) untuk tahun 2018. GV5 kali ini menampilkan sedikit kelainan dimana 3 penyanyi berkumpulan adalah diantara peserta yang menyertai program realiti hiburan yang bermula pada 30 September 2018.

Gegar Vaganza 2018 masih mengekalkan format sebelumnya di mana khidmat juri profesional digunakan bagi menilai persembahan para peserta berdasarkan tema mingguan yang telah diberikan.

gegar vaganza 2018 gv5

Live Streaming Gegar Vaganza 2018 (GV5)

Berikut adalah maklumat program rancangan hiburan GV5 yang memaparkan maklumat jadual siaran langsung GV5, juri profesional, penaja, hos, sistem pemarkahan dan hadiah.

Penaja GV5 adalah D’Herbs dan penaja bersama adalah Cuckoo dan Adabi.

Jadual Siaran Langsung GV5

Konsert Gegar Vaganza musim kelima (GV5) akan bersiaran selama 8 minggu bermula dari 30 September 2018, setiap hari Ahad jam 900 malam secara langsung dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

GV5 akan disiarkan secara langsung (LIVE) menerusi saluran Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123) bermula jam 9:00 malam setiap minggu).

Juri Tetap

Dua juri tetap Gegar Vaganza 2018 adalah Dato’ Ramli MS dan Datuk Khadijah Ibrahim. Seorang juri jemputan akan diundang khas sebagai juri profesional ketiga.

Hos (Pengacara)

Nabil Ahmad dan Jihan Muse adalah kekal sebagai pengacara Gegar Vaganza 5 (GV5) tahun 2018.

Sistem Pemarkahan

Kesemua peserta GV5 akan dinilai sepenuhnya melalui sistem pemarkahan 100% oleh pihak juri berdasarkan kepada kriteria yang telah ditetapkan. Peserta yang mendapat markah paling rendah pada setiap minggu akan tersingkir dari persaingan bagi minggu berikutnya.

Senarai Peserta Gegar Vaganza 2018 (GV5)

Berikut adalah senarai 12 peserta Gegar Vaganza 2018 :-

A. Penyanyi Lelaki

  • 1. Shafie (Rio)
  • 2. Zamani

B. Penyanyi Wanita

  • 3. Amelina
  • 4. Dia Fadila
  • 5. Farah Wahida
  • 6. Hetty Sarlene
  • 7. Maya Matahari
  • 8. Noryn Aziz
  • 9. Safura Yaacob

C. Penyanyi Berkumpulan

  • 10. Kumpulan Elite
  • 11. Kumpulan Forteen
  • 12. Billy Zulkarnain

Senarai Tugasan Dan Keputusan Penyingkiran Mingguan GV5

Berikut adalah senarai tugasan/ lagu dan keputusan artis yang tersingkir pada setiap minggu dari minggu pertama sehingga minggu akhir (Final) :-

Senarai Hadiah Gegar Vaganza 2018

Berikut adalah senarai hadiah kemenangan berdasarkan kedudukan peserta :-

  1. Juara – RM100,000
  2. Naib Juara –RM50,000
  3. Ketiga –RM30,000
  4. Keempat – RM20,000
  5. Kelima – RM15,000
  6. Keenam – RM10,000

Kesemua finalis akan menerima sebuah trofi serta hadiah sampingan lain daripada pihak penaja selain wang tunai.

Selamat menyaksikan Live streaming Gegar Vaganza 2018 GV5. Siapakah yang bakal dinobatkan sebagai juara dan mengikut jejak juara-juara sebelumnya iaitu Ayai, Siti Nordiana, Azharina dan Aishah?