Siaran Langsung JDT Vs Kedah Piala Sumbangsih 2017

Panduan terkini dikemaskini pada 24 Mei 2019 jam 06:11 PM

Live Streaming JDT Vs Kedah Piala Sumbangsih 2017. Saingan Liga Super Malaysia 2017 akan memulakan tirai menerusi perlawanan Piala Sumbangsih 2017. Perlawanan diantara JDT vs Kedah adalah untuk merebut Piala Sultan Haji Ahmad Shah yang juga merupakan perlawanan pertama Liga Super 2017. Perlawanan akan berlangsung di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, hari Jumaat, 20 Januari 2017 bermula jam 900 malam. Siaran langsung perlawanan akan disiarkan di TV3.

jdtvskedahpialasumbangsih2017

Siaran Langsung JDT Vs Kedah Piala Sumbangsih 2017

Kedua-dua pasukan merupakan antara pasukan yang dijangka membuat cabaran dalam merangkul Juara Liga Super 2017 selain Pahang, Felda United, Kedah dan Perak. Perlawanan ini dijanga sengit dimana JDT pastinya akan mensasarkan Piala Sumbangsih sebagai piala pertama mereka dalam musim Liga Malaysia yang semakin mencabar. Kedah yang masih segar dengan kemenangan sebagai Juara Piala Malaysia 2016 pasti turun dengan harapan menewaskan JDT di Larkin.

Jadual, Keputusan Dan Carta Kedudukan Liga Super 2017 Malaysia 

Untuk maklumat lanjut mengenai Liga Super 2017 dan Liga Premier yang merangkumi update tentang jadual perlawanan, jadual siaran langsung dan keputusan terkini, sila layari link di bawah ini :

  1. Jadual lengkap, Keputusan terkini dan carta kedudukan
  2. Jadual Siaran Langsung Liga Malaysia 2017
  3. Keputusan Liga Premier 2017

Senarai Juara/ Pemenang Piala Sumbangsih

Berikut adalah senarai pemenang atau juara Liga Sumbangsih dari tahun 2000 hingga 2016:-

  • 2017 : Kedah (Juara) & JDT (Naib Juara)
  • Tahun 2016 : JDT (Juara) & Selangor (Naib Juara)

table.tableizer-table {
font-size: 12px;
border: 1px solid #CCC; font-family: Verdana, Verdana, Geneva, sans-serif;
}
.tableizer-table td {
padding: 4px;
margin: 3px;
border: 1px solid #ccc;
}
.tableizer-table th {
background-color: #FD1657;
color: #FFF;
font-weight: bold;
}

 

TahunJuara. PemenangNaib juaraKeputusan Jaringan Gol
2015JohorPahang2-0
2014PahangLions XII1-0
2013ATMKelantan1-1 (4-3 penalti)
2012Negeri SembilanKelantan2-1
2011KelantanSelangor2-0
2010SelangorNegeri Sembilan2-1
2009SelangorKedah4-1
2008PerlisKedah0-0 (6-5 penalti)
2007PerlisPahang2-1
2006PerakSelangor4-2
2005PerakPerlis2-2 (4-2 penalti)
2004MPPJ SelangorNegeri Sembilan4-2
2003Pulau PinangSelangor1-0
2002SelangorTerengganu2-1
2001TerengganuPerak4-0
2000Kuala LumpurBrunei1-1 (4-3 penalti)

Tumpuan peminat tempatan kini terarah ke aksi Liga Premier dan Liga Super 2017 yang telah diswastakan bermula tahun 2016 ini. Apa yang pasti, saingan hebat bakal ditampilkan pasukan bertanding menerusi pelaburan mencecah jutaan ringgit bagi merangkul kejuaraan.

Keputusan JDT Vs Kedah 20 Januari 2017

Saksikan perlawanan JDT vs Kedah secara LIVE STREAMING DI saluran Media Prima (TV3).  Selamat menonton perlawanan siaran langsung Liga Super 2017.

  • JDT 1 vs 1 Kedah (Safiq Rahim min 40 – PEN & Baddrol Bakhtiar min 63))
  • Kedah menang sepakan penalti 5 – 4

Kesebelasan Pemain 2017 (JDT vs Kedah)

JDT: Farizal Marlias, Azammuddin Akil, Amirul Hadi Zainal, Marcos Antonio, Aidil Zafuan, Safiq Rahim (C), Hazwan Bakri, Brian Ferreira, Gonzalo Cabrera, S. Kunanlan, Fazly Mazlan

Simpanan: Haziq Nadzli, Shakir Shaari, Mahali Jasuli, J. Barreles, Azrif Nazrulhaq, Fadhli Shas, Safawi Rasid

KEDAH: Abdul Hadi Hamid, Syawal Nordin, Zachary Michael Anderson, Baddrol Bakhtiar (C), Liridon Krasniqi, Ken Ilsø Larsen, Sandro da Silva Mendonça, Akram Mahinan, Ahmad Fakri Saarani, Rizal Ghazali, Asri Mardzuki

Simpanan: Farhan Abu Bakar, Fitri Omar, Osman Mohd Yusof, Khairul Helmi Johari, Amirul Hisyam Awang Kechik, Farhan Roslan, Hanif Mat Dzahir

Juara Piala Sumbangsih 2017

Perlawanan ditentukan melalui sepakan penalti selepas JDT dan Kedah terikat 1-1 dalam masa penuh permainan. Tiada masa tambahan diberikan.

  • JDT 1 – 1 Kedah (Keputusan masa penuh permainan)

Sepakan penalti 

  • JDT 4 – 5 Kedah
  • Brian Fereira JDT gagal menyempurnakan penalti

Tahniah buat Kedah yang menjadi Juara Piala Sumbangsih 2017 buat kali ketiga.