Panduan terkini dikemaskini pada

Sistem Gred Pemarkahan Bagi UPSR, PT3 dan SPM Terkini

Gred Markah UPSR, PT3 dan SPM Terkini. Berikut adalah skala gred standard yang digunapakai oleh semua sekolah dalam SAPS untuk rujukan semua. Semoga Sistem Gred Pemarkahan Bagi UPSR, PT3 dan SPM Terkini ini dapat membantu dalam proses pembelajaran yang cemerlang untuk anak anda. Juga dikongsikan gred pemarkahan lama untuk perbandingan di bawah ini.

Untuk makluman, semakan keputusan peperiksaan secara online boleh di semak di SAPS Ibu Bapa. Ianya akan memaparkan slip keputusan dan markah peperiksaan pelajar di mana semakan hanya boleh dibuat untuk semakan keputusan peperiksaan bagi sekolah rendah (Darjah 1 hingga 6) serta sekolah menengah (Tingkatan 1 hingga 5).

saps markah

 

Sistem Gred Markah UPSR, PT3 dan SPM Terkini

Terdapat perubahan dalam sistem gred baru pemarkahan peperiksaan dan ujian persekolahan tahun 2016 seperti makluman dari Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS).

Julat Gred Markah Baru Peperiksaan Dan Ujian 

Perubahan dalam julat gred ini melibatkan tiga peringkat pembelajaran iaitu :-

  • Julat Gred Sekolah Rendah (SR) 2016 : UPSR
  • Julat Gred Menengah Rendah (MR) 2016 : PT3
  • Julat Gred Menengah Atas (MA) 2016 : SPM

 

A) Julat Gred Markah Sekolah Rendah (SR) 2016 : UPSR

Berikut adalah Julat Markah, gred untuk Sekolah Rendah 2016 seperti berikut :-

 

Julat Markah/ Gred / Catatan

 

  • 80 – 100 : A : Cemerlang
  • 65 – 79 : B : Baik
  • 50 – 64 : C : Memuaskan
  • 40 – 49 : D : Mencapai Tahap Minimum
  • 0 – 39 : E : Belum Mencapai Tahap Minimum
  • TH : TH : Tidak Hadir

 

gred markah sekolah rendah 2016

B) Julat Gred Markah Menengah Rendah (MR) 2016
: PT3

Berikut adalah Julat Markah, gred untuk Menengah Rendah 2016 seperti berikut:-

 

Julat Markah/ Gred / Catatan

 

  • 85 – 100 : A : Cemerlang
  • 70 – 84 : B : Kepujian
  • 60 – 69 : C : Baik
  • 50 – 59 : D : Memuaskan
  • 40 – 49 : E : Mencapai Tahap Minimum
  • 0 – 39 : F : Belum Mencapai Tahap Minimum
  • TH : TH : Tidak Hadir

 

gred markah menengah atas 2016

 

C) Julat Gred Markah Menengah Atas (MA) 2016 : SPM

Berikut adalah Julat Markah, gred untuk Menengah Atas 2016 seperti berikut :-

Julat Markah/ Gred / Catatan

 

  • 90 – 100 : A + : Cemerlang Tertinggi
  • 80 – 89 : A : Cemerlang Tinggi
  • 70 – 79 : A – : Cemerlang
  • 65 – 69 : B + : Kepujian Tertinggi
  • 60 – 64 : B : Kepujian Tinggi
  • 55 – 59 : C + : Kepujian Atas
  • 50 – 54 : C : Kepujian
  • 45 – 49 : D : Lulus Atas
  • 40 – 44 : E : Lulus
  • 0 – 39 : G : Gagal
  • TH : TH : Tidak Hadir

 

gred markah menengah atas 2016

 

GRED PEMARKAHAN LAMA

Berikut dikongsikan sistem gred pemarkahan lama sebagai panduan dan perbandingan buat pelajar semua:-

SKALA GRED SEKOLAH RENDAH (DARJAH 1 HINGGA 6)

 

SAPS

 

SKALA GRED MENENGAH RENDAH (TINGKATAN 1, 2 DAN 3) 

SAPS

SKALA GRED MENENGAH ATAS (TINGKATAN 4 & 5) 

 

SAPS

SISTEM GRED SPM

 

gred spm

Melalui sistem baru itu, pelajar yang mendapat A akan dikategorikan kepada A+, A dan A- dengan merit masing-masing 18,16, dan 14.

Gred 3B ditukar kepada  B+ dengan merit 12, 4B kepada B(10), 5C kepada C+ (lapan), 6C kepada C (enam), 7D kepada D (empat), 8E kepada E (DUA) dan 9G kepada G dengan merit sifar.

Semoga Sistem Gred Pemarkahan Bagi UPSR, PT3 dan SPM Terkini ini mampu meningkatkan lagi tahap pembelajaran
pelajar dalam menghadapi peperiksaan awam 2016 nanti.

Sumber SAPS