Panduan terkini dikemaskini pada

Statistik Terkini Jumlah Penduduk Malaysia

Berapa jumlah penduduk Malaysia terkini? Berikut adalah statistik terkini penduduk Malaysia yang dikongsikan berapa sumber iaitu dari Department of Statistics Malaysia, Kementerian Sumber Manusia dan PMR Penerangan.

Malaysia terkenal dengan penduduk berbilang kaum seperti Melayu, Cina dan India dan telah mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.

jumlah penduduk malaysia 1

Jumlah Penduduk Malaysia Terkini Tahun 2019

Pada 2019, penduduk Malaysia dianggarkan sebanyak 32.6 juta orang dengan kadar pertumbuhan penduduk tahunan 0.6 peratus.

Anggaran Penduduk Malaysia Tahun 2019

Umur penengah adalah 28.9 tahun

Warganegara berjumlah 29.4 juta orang dan bukan warganegara berjumlah 3.2 juta orang

Bumiputera mewakili 69.3% populasi penduduk Malaysia diikuti oleh Cina sebanyak 22.8%, India 6.9% dan lain-lain 1%.

Untuk statistik yang lengkasp, sila rujuk grafik berikut :-

anggaran penduduk malaysia 2019

Penduduk Malaysia 2018

Penduduk lelaki 2018 melebihi penduduk perempuan iaitu masing-masing 16.7 juta (lelaki) dan 15.7 juta (perempuan). Nisbah jantina bagi tahun 2018 kekal pada 107 lelaki bagi setiap 100 perempuan berbanding 2017.

Peratusan penduduk berumur bawah 14 tahun (umur muda) pada 2018 menurun daripada 24.1 peratus pada 2017 kepada 23.8 peratus. Manakala peratusan penduduk berumur 15–64 tahun (umur bekerja) meningkat daripada 69.6 peratus pada 2017 kepada 69.7 peratus pada 2018. Peratusan penduduk 65 tahun dan lebih (umur tua) pula meningkat daripada 6.3 peratus kepada 6.5 peratus bagi tempoh yang sama. Peningkatan komposisi penduduk umur bekerja dan umur tua memberi kesan kepada peningkatan umur penengah pada 2018 iaitu 28.6 tahun.

jumlah penduduk malaysia terkini

Statistik Terkini Penduduk Malaysia 2014 : Jumlah Penduduk Malaysia Kini 30 Juta Orang Tahun 2014 

Mengikut laporan The Star, sekitar jam 6.43 pada 27 Februari 2014, penduduk Malaysia adalah 29,999,530 rakyat.Namun berdasarkan jangkaan kadar kelahiran di Malaysia iaitu seorang setiap minit, angka 30 juta rakyat dicecah selepas jam 2 pagi tadi.

Dijangkakan, jumlah rakyat Malaysia akan meningkat kepada 38.5 juta menjelang 2040 meliputi 19.6 juta lelaki dan 19 juta perempuan.

Setakat 2010, Bumiputera mencatat peratusan 67.4 peratus daripada jumlah keseluruhan rakyat diikuti Cina (24.6), India (7.3) dan lain-lain (0.7).

Tahun 2010

Menurut laporan BH Online, yang memetik daripada Laporan Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2010, Malaysia kini mempunyai 28.3 juta penduduk dengan bilangan lelaki melebihi wanita. Daripada 28.3 juta, 91.8 peratus adalah warganegara manakala 8.2 peratus adalah bukan warganegara.

Menurut laporan Banci ini juga, penduduk lelaki kini berjumlah 14.56 juta orang manakala wanita pula seramai 13.77 juta orang.

Mengikut statisik mengikut negeri, Selangor mempunyai jumlah penduduk tertinggi di Malaysia dengan 5.46 juta diikuti Johor (3.35 juta) dan Sabah (3.21 juta) manakala negeri yang mempunyai penduduk paling sedikit adalah Wilayah Persekutuan Putrajaya iaitu 72,413 orang dan Wilayah Persekutuan Labuan (86,908).

Negeri yang mempunyai kepadatan penduduk paling tinggi pula ialah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur iaitu 6,891 orang diikuti Pulau Pinang (1,490) dan Wilayah Persekutuan Putrajaya (1,478). Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Putrajaya dengan paras urbanisasi 100 peratus manakala negeri lain yang mencatatkan paras urbanisasi yang tinggi adalah Selangor dan Pulau Pinang, masing-masing dengan 91.4 dan 90.8 peratus. Negeri yang mencatatkan paras urbanisasi yang paling rendah pula adalah Kelantan sebanyak 42.4 peratus diikuti Pahang (50.5 peratus) dan Perlis (51.4).

Daripada 28.3 juta penduduk Malaysia, kumpulan etnik yang terbesar adalah Bumiputera iaitu  merangkumi 67.4 peratus jumlah pendudk, Cina (24.6), India (7.3) dan lain-lain (0.7). Di kalangan warganegara Malaysia, Melayu adalah etnik utama di Semenanjung Malaysia iaitu 63.1 peratus manakala Iban merekodkan 30.3 peratus daripada jumlah keseluruhan rakyat di Sarawak sementara Kadazan/Dusun merekodkan 24.5 peratus di Sabah.