Status Halal Roti Sweetie Ditarik Balik JAKIM

Panduan terkini dikemaskini pada 18 Oktober 2018 jam 08:20 PM

Status Halal Roti Sweetie Ditarik Balik JAKIM
Rate this post

Status Halal Roti Jenama Sweetie Ditarik Balik JAKIM. Menurut sumber FB JAKIM, sijil pengesahan halal bagi roti jenama Sweetie keluaran Syarikat Today Bakeries Products (Klang) Sdn. Bhd. telah ditarik balik oleh JAKIM sejak dua bulan lalu. Walau bagaimanapun, penarikan sijil halal tersebut hanya melibatkan produk yang dihasilkan di kilang roti tersebut di Klang, Selangor. Syarikat mempunyai 5 kilang di Malaysia.

Status Halal Roti Jenama Sweetie Ditarik Balik JAKIM

  • Punca sijil halal di tarik balik – Pelanggaran manual dan Standard  Pensijilan Halal Malaysia melibatkan kesalahan-kesalahan kebersihan
sweetie

Semakan ke atas status HALAL roti sweetie di Portal Rasmi Halal Malaysia,  mengesahkan yang sijil HALAL roti jenama Sweetie di kilangnya di Klang telah ditarik balik.

sweetie2

pm468X60