Panduan terkini dikemaskini pada

Contoh Surat Pengesahan Majikan/ Jawatan

Pengesahan majikan bermaksud pengesahan terhadap seseorang pekerja yang bekerja di sesebuah syarikat yang antara lain memaparkan maklumat pekerja, jumlah gaji, jawatan, tempoh berkhidmat dan sebagainya. Manakala pengesahan jawatan atau pelantikan adalah satu proses pengesahan lantikan seseorang pekerja (job confirmation) yang bersetuju untuk menerima tawaran pekerjaan ke jawatan tetap dan telah memenuhi syarat-syarat tawaran pekerjaan. Pengesahan jawatan biasanya dalam tempoh sebulan hingga 6 bulan dan lebih lama bergantung kepada ‘performance’ pekerja. Secara amnya, kedua-dua surat ini hampir sama bergantung kepada definasi sesebuah syarikat.

Surat pengesahan majikan diperlukan oleh sekolah untuk mereka yang tidak mempunyai penyata gaji atau ingin membuat pinjaman kepada bank atau institusi kewangan bagi tujuan membeli rumah atau kenderaan.

surat pengesahan jawatan

SURAT PENGESAHAN JAWATAN & MAJIKAN

Berikut dikongsikan contoh surat meliputi surat pengesahan jawatan buat panduan semua.

Contoh 1

PENGURUS
XXXXXXX SDN BHD
Poskod, Batu Pahat, Johor

Tuan,

PER : PENGESAHAN JABATAN
Nama :  XXXXXX Bt XXXXXXXX
No. K/P : XXXXXX-XX-XXXX

Adalah diperakui dan disahkan bahawa penama di atas adalah kakitangan kami yang berjawatan sebagai Eksekutif (Pentadbiran). Kami dengan ini mengesahkan perkara-perkara berikut :

I. Telah berkhidmat selama 10 tahun.
II. Taraf jawatan TETAP dan disahkan dalam jawatan pada tahun 2006.
III. Gaji : RMxxx
IV. Elaun Tetap : RMxxx
V. Beliau bukan seorang bankrap dan tiada terdapat sebarang hukuman/ dakwaan terhadap beliau. Beliau juga bebas dari sebarang tindakan disiplin atau menunggu sebarang tindakan Jabatan atau perbicaraan di mana-mana mahkamah.

MAJIKAN

Nama :
Jawatan :
Tarikh :

Contoh 2

Ruj.
Tuan:
Ruj.
Kami:
Tarikh     :

Setiausaha
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam
Malaysia
Bahagian Perkhidmatan
Aras 8, Blok C7, Kompleks C
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62520
PUTRAJAYA

Tuan,

SURAT PENGESAHAN JAWATAN DAN BUTIR-BUTIR PERKHIDMATAN

Dengan ini disahkan bahawa penama di bawah merupakan pegawai kami di Syarikat
………………………………………………..
Berikut adalah butir-butir perkhidmatan beliau:

1.         Nama                                     :

2.         No. Kad Pengenalan          :

3.         No. Pekerja/No. Gaji            :

4.         Tarikh Mula Berkhidmat     : (hh/bb/tt)
5.         Tarikh Meletak Jawatan      : (hh/bb/tt)

6.         Jawatan                                 :

7.         Bahagian                              :
8.         Status Jawatan                    : (Tetap/Kontrak/Sementara/Sambilan)

9.         Gaji Pokok                          :

10.       Gaji Pokok (termasuk elaun)                :

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

(Nama Pegawai Yang Mengesahkan)
Nama dan
cop syarikat.

Contoh 3

Tarikh: XXXXXXXXXX
Kepada yang berkenaan,

Tuan/Puan,

Per : PENGESAHAN PEKERJA XX NAMA XX

Adalah disahkan bahawa pekerja di atas, NAMA, No kad pengenalan : NO KP adalah pekerja di syarikat kami dan telah bertugas sejak dari tahun 2010 sebagai pekerja am dengan purata pendapatan sebanyak RM 1496.03.

Sekian, terima kasih.

Yang benar

PENGURUS BESAR SYARIKAT

Contoh 4

SURAT PENGESAHAN PEKERJA XX NAMA XX
NAMA SYARIKAT
ALAMAT
NO TEL

Pekerja yang bernama XX NAMA XX (XX NO KP XX), telah bekerja sebagai SUPERVISOR selama 5 tahun dari tarikh 2/2/2011 hingga 10 /1/2016 di SYARIKAT XX NAMA SYARIKAT XX

(NAMA PENGURUS)
JAWATAN
NAMA SYARIKAT

Contoh 5

SILA GUNAKAN LETTER HEAD MAJIKAN

Tarikh :

Pengurus Cawangan

Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad

Tuan,

SURAT PENGESAHAN JAWATAN DAN KAKITANGAN

Dengan ini disahkan bahawa penama ini adalah kakitangan kami di syarikat/jabatan

1.Nama:

2. No. Kad Pengenalan :

3.No. Pekerja :

4.Tarikh Mula Berkhidmat:

5. Tarikh Sah Jawatan :

6. Jawatan Sekarang:

7. Unit/Bahagian/Seksyen:

8. Taraf Jawatan:

9. Gaji Pokok:

10. Elaun tetap:

Pihak Kami BERSETUJU untuk membenarkan potongan gaji bagi tujuan pembayaran balik pembiayaan pinjaman yang diberikan oleh pihak bank kepada kakitangan di atas.

Sekian, terima kasih

Yang benar,

________________

(Pengurus Sumber Manusia/Ketua Jabatan)

Semoga Contoh Surat Pengesahan Majikan/ Jawatan ini bermanfaat buat semua.

Related : mengesahkan jawatan, sambung belajar