Syarat Baru Kemasukan Ke Kursus Maktab Perguruan Lepasan SPM (PISMP). Anda berminat menjadi guru atau cikgu? Jika ya, berikut disertakan syarat minimum terbaru kemasukan Kursus Maktab Perguruan Lepasan SPM (KPLSPM) atau sekarang dikenali sebagai Institut Pendidikan Guru (IPG) sesi 2019 atau bahasa mudahnya Syarat Jadi Guru.
Kursus ini juga dikenali sebagai PISMP atau Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan. KPLSPM atau PISMP adalah program yang sama. Untuk makluman kepada calon SPM, Kementerian Pendidikan akan menetapkan syarat kemasukan untuk pelajar mohon ke Institusi perguruan (IPG).
- Permohonan Maktab Perguruan Lepasan SPM Secara Online Di PISMP 2019
- Permohonan UPU ke IPTA/ UA online klik Permohonan UPU 2019
Apa Itu PPISMP/ PISMP
Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) adalah Program yang dikhususkan untuk melatih bakal guru di Institut Pendidikan Guru (IPG) yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dalam pelbagai bidang pengkhususan bagi keperluan di sekolah rendah.
Pemohon dikehendaki mengikuti Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) selama dua belas (12) bulan atau dua (2) semester di IPG berkenaan yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
Pemohon yang LULUS PPISMP akan diberikan Sijil Tamat PPISMP dan DITAWARKAN mengikuti pengajian PISMP selama empat (4) tahun atau lapan (8) semester di IPG yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. PPISMP dan PISMP dilaksanakan secara Mod Sepenuh Masa.
SYARAT DAN KELAYAKAN ASAS KEMASUKAN MAKTAB PERGURUAN TERKINI
Berikut adalah syarat asas dan kelayakan beserta syarat pengkhususan permohonan ke IPG seperti dikongsikan dari Applikasi Permohonan.
SYARAT DAN KELAYAKAN ASAS PERMOHONAN IPG 2019
- Warganegara Malaysia.
- Umur tidak melebihi 20 tahun pada 30 Jun 2019 iaitu lahir pada atau selepas 30 Jun 1999
- Sihat tubuh badan.
- Lulus
Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memperoleh gred cemerlang. Gred
cemerlang merangkumi gred A-, A dan A+ dalam mana-mana lima (5) mata
pelajaran. - Memperoleh sekurang-kurangnya gred kepujian dalam mata pelajaran yang berikut iaitu:
- i. Bahasa Melayu;
- ii. Bahasa Inggeris, dan
- iii. Sejarah.
- Memenuhi syarat bidang pengkhususan (Rujuk syarat bidang pengkhususan dalam permohonan online).
- Aktif dalam kegiatan kokurikulum.
- Memenuhi syarat bidang pengkhususan di bawah ini.
Syarat Bidang Pengkhususan IPG 2018
Berikut adalah senarai lengkap Bidang Pengkhususan permohonan IPG mulai Ambilan Jun/ Julai 2018 :
Nota :
1. * Bidang yang ditawarkan adalah berdasarkan unjuran keperluan guru daripada Bahagian Perancangan dan
Penyelidikan Dasar Pendidikan (BPPDP), KPM
2. ** Calon yang memohon bidang Bahasa Inggeris, Pendidikan Muzik, Pendidikan Jasmani, Pendidikan Islam dan Bahasa Arab MESTI MENDUDUKI DAN LULUS UJIAN AMALI bagi bidang pengkhususan tersebut.
Semoga Syarat Baru Kemasukan Ke Kursus Maktab Perguruan Lepasan SPM ini bermanfaat buat semua pemohon yang ingin ke IPG tahun ini.