Panduan terkini dikemaskini pada

Program MRSM Ulul Albab : Syarat Dan Ciri

Syarat Dan Ciri Program SPMRSM Ulul  Albab. Berikut adalah syarat kemasukan dan ciri-ciri Program SPMRSM  Ulul  Albab MARA yang merupakan  program  pendidikan  integrasi antara  program  pendidikan  sedia  ada  (Sains  Tulen)  dengan  program aliran agama termasuk Tahfiz al-Quran.

Program SPMRSM Ulul Albab ini bermatlamatkan  untuk melahirkan :-

  • Ahli profesional
  • Teknokrat
  • Usahawan

yang  bukan  sahaja  berilmu  pengetahuan  tetapi  mempunyai kemahiran  dalam  bidang  keagamaan   berlandaskan  al-Quran  dan  al-Sunnah sebagai generasi Ulul Albab.

Pada tahun 2009, MRSM   Kota   Putra   telah   dipilih   sebagai   SPMRSM   Ulul   Albab   yang pertama, diikuti MRSM Gemencheh pada tahun  2010 dan MRSM Kepala Batas pada tahun 2011.

DEFINASI ULUL ALBAB

Satu golongan yang mempunyai asas yang kukuh tentang Al Quran, Ilmu pengetahuan  yang  luas  dan  pelbagai,  mampu  berfikir  dan  memerhati
kejadian  Allah  melalui  mata  hati  dan  akal  yang  tajam  serta  mengambil iktibar darinya. Perkataan ”Ulul Albab” disebut oleh Allah SWT dalam al-Quran  al-Karim sebanyak 16 kali.

OBJEKTIF

  1. Melahirkan generasi al Quran yang beriman, bertaqwa, berilmu, berakhlak mulia,   berketrampilan,   bertanggungjawab   dan   dapat   berbakti   kepada agama, bangsa dan negara.
  2. Melahirkan  pelajar  yang  berlatarbelakangkan  Sains    dan  Tahfiz  al-Quran yang  dapat  memenuhi  syarat  untuk  mengikuti  pengajian  dalam  bidang profesional  dan  teknikal  di  mana-mana  universiti  yang  tersohor  diseluruh dunia seperti universiti al-Azhar, Mesir dan seumpama dengannya.
  3. Melahirkan  pelajar  yang  dapat  menghafaz  al-Quran  30  Juzuk  dalam tempoh  3  tahun  pengajian  di  MRSM  dan  membina  budaya  Saintifik  Al-Quran dengan pendekatan ICT sebagai pengupaya.
  4. Melahirkan  generasi  al-Quran  yang  menguasai  pelbagai  bahasa  utama dunia  seperti  Bahasa  Melayu,  Bahasa  Inggeris,  Bahasa  Arab,  Bahasa Jepun dan Bahasa Mandarin.

VISI

Melahirkan  generasi  ulul-albab  yang  memahami  sains,  falsafah  dan  teknologi bercirikan  quranik,  ensiklopedik  dan  ijtihadik  yang  berteraskan  al-quran  bagi menghadapi  cabaran  globalisasi  dan  mencapai  kegemilangan  ketamaddunan ummah.

MISI

Mentarbiah  pelajar  untuk  melahirkan  modal  insan  yang  beriman,bertaqwa, berilmu,   berakhlak   mulia,   berketrampilan,   bertanggungjawab   dan   dapat
berbakti kepada  agama, bangsa dan negara melalui pembudayaan al-quran.

KURIKULUM  PROGRAM  SPMRSM ULUL ALBAB

Program   SPMRSM   Ulul   Albab   mengekalkan   kurikulum   sedia   ada   yang dilaksanakan  di  semua  MRSM  seluruh  Malaysia  dengan  tambahan  program
hafazan al-Quran. Di peringkat PMR pelajar akan mengambil sembilan subjek
termasuk  subjek  Bahasa  Arab  manakala  di  peringkat  SPM  pula  pelajar  akan mengambil  subjek  Bahasa  Arab,    al-Quran  Wa    al-Sunnah  dan  Syariah Islamiah.

CIRI-CIRI ULUL ALBAB

Pelajar keluaran SPMRSM Ulul Albab akan mempunyai tiga ciri utama iaitu:

1. QURANIK

  • Menghafaz  30  juzuk  Al  Quran  dalam  masa  tiga  tahun  serta  memahaminya berdasarkan konsep baca, ingat, faham, fikir, amal dan sebar (BIFFFAS)

2. ENSIKLOPEDIK

  • Berpengetahuan  dan  berkemahiran  tinggi,  menjadi  sumber  rujukan  serta menguasai pelbagai bidang ilmu dan bahasa asing. Matlamat ini dapat dicapai melalui program seperti berikut:

i. Mengadakan kelas Bahasa Jepun, Bahasa Arab dan Bahasa Mandarin.
i. Menyediakan kemudahan ICT yang lengkap dan terkini.
iii. Memberikan   kemahiran-kemahiran   asas   seperti   Kemahiran   Asas Tingkatan 1 (KAT 1), Kemahiran Amalan Belajar (KAB) dan Kursus Kemahiran
Berfikir (KKB).

3. IJTIHADIK

  • Berkeupayaan  memberikan  pandangan  dalam  penyelesaian  permasalahan ummah,  memaksimumkan  keupayaan  berfikir,  berfikiran  kreatif  dan  inovatif serta berteknologi tinggi. Hasrat ini dapat dicapai melalui aktiviti-aktiviti berikut:

i. Mewujudkan    kelab-kelab  berteknologi  tinggi  seperti  avionik,  robotik  dan solar.
ii. Aktiviti  kokurikulum  bagi  memantapkan  sahsiah,  perkembangan  minda  dan fizikal para pelajar.
iii. Aktiviti  keusahawanan  bagi  melahirkan  pelajar  yang  mampu  menceburkan diri dalam bidang keusahawanan.

1. PELAKSANAAN ULUL ALBAB

1.1 Muqarrar Tahfiz (Silibus)

1.1.1 Tingkatan Satu.

  • Semester satu.

Empat surah pilihan dan lima juzuk (Surah al-Sajadah, Yaasin, al-Dukhan, al-Mulk dan juzuk satu hingga juzuk lima).

  • Semester dua.

Enam juzuk ( juzuk enam hingga juzuk sebelas )

1.1.2 Tingkatan dua

  • Semester satu

Enam Juzuk ( juzuk dua belas hingga juzuk tujuh belas )

  • Semester dua.

Enam juzuk (juzuk lapan belas hingga juzuk dua puluh tiga)

1.1.3 Tingkatan Tiga

  • Semester satu

Enam Juzuk (juzuk dua puluh empat hingga dua puluh Sembilan)

  • Semester dua

Satu juzuk ( juzuk tiga puluh )

2. WAKTU HAFAZAN.

2.1 Kelas Informal

2.1.1 Talaqqi Wal Musyafahah

  • Bermula   setengah   jam   sebelum   subuh   dan   disambung selepas solat subuh sehingga pukul 6.45 pagi
  • Bermula selepas maghrib sehingga pukul 9.00 malam

2.2 Kelas Formal

2.2.1 Tasmik dan Murajaah

  • 7.40 pagi sehingga 9.00 pagi ( Tasmi’)
  • 2.00 petang sehingga 2.40 petang ( Murajaah)

3. PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SEMESTER 1

    • 3.1 Hafazan al-Quran
    • 3.2 Kemahiran Asas Tingkatan Satu (KAT 1)
    • 3.3 ECS -English Communication skills
    • 3.4 KAM -Kemahiran Asas Matematik
    • 3.5 KMM-Kemahiran Mind Map
    • 3.6 PMI   -Kemahiran Berfikir
    • 3.7 KAS -Kemahiran  Asas Sains
    • 3.8 KAI -Kemahiran Amal Islami
    • 3.9 KBA-Kemahiran Bahasa Arab
    • 3.10 KSP-Kemahiran Speed Reading
    • 3.11 KPS-Kemahiran Public Speaking.

4.PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SEMESTER 2

  • 4.1 Hafazan al-Quran
  • 4.2 Subjek Akademik
  • 4.3 Ko-Kurikulum

5. PENAWARAN SUBJEK PEND. ISLAM DAN BAHASA ARAB.

Selain daripada subjek-subjek asas seperti di lain-lain MRSM, SPMRSM Ulul Albab menawarkan subjek-subjek tambahan seperti berikut:

  • 5.1 Menengah Rendah (PT3)
  • 5.1.1 Pendidikan Islam
  • 5.1.2 Bahasa Arab Komunikasi
  • 5.2 Menengah Atas
  • 5.2.1 Al-Quran Dan al-Sunnah
  • 5.2.2 Syariah Islamiah
  • 5.2.3 Bahasa Arab Tinggi

6. JADUAL KEHIDUPAN HARIAN PELAJAR

  • 5.00 Bangun Tidur
  • 5.15 – 6.00 Solat  hajat  /  tahdhiri  /    solat  subuh  / wirid
  • 6.00 – 6.45 Kelas Tahdhir di surau
  • 7.00 – 7.20 Sarapan pagi di Dewan Selera
  • 7.20 – 7.40 Roll Call
  • 7.40 – 9.00 Kelas Tasmi’ & KMS
  • 9.00 – 12.50 Kelas Harian
  • 12.50 – 2.00 Makan    Tengahari    /    Solat    Zuhur    / Qailulah di Surau
  • 2.00 -2.40 Kelas Murajaah
  • 2.40 -3.40 Kelas Harian
  • 3.40 -4.40 Kelab , Persatuan , Badan beruniform Perhimpunan   /   Homeroom   pada   hari Ahad awal bulan
  • 4.40 -5.00 Solat Asar berjemaah
  • 5.00 -5.30 Murajaah
  • 5.30 -6.30 Riadhah
  • 6.30 -7.30 Makan     Malam     ,     Solat     Maghrib berjemaah
  • 7.30 -9.00 Talaqqi     Jamaie     /     Kelas     Hafazan berjemaah  di  surau  /  Solat  Isya’
  • 9.00 -10.30Kelas Persediaan
  • 10.30 -10.45Minum Malam
  • 11.30“Light off”

7. KAEDAH PENILAIAN

Untuk  menentukan  tahap  pencapaian  pelajar,  pelajar  akan  dinilai  hafazan mereka  secara  tahriri  (bertulis)  dan  syafawi  (lisan).  Wajaran  markah  adalah  seperti berikut:

  • Tahriri: 30 peratus
  • Syafawi:70 peratus

8. PENGAMBILAN PELAJAR.

Syarat  kemasukan  ke  MRSM  Ulul  Albab  mesti  mendapat  5A  dalam  UPSR Penilaian  dan  pemilihan  calon  akan  dibuat  melalui  temuduga.  Perkara  yang akan diuji semasa temuduga adalah seperti berikut:

  • 8.1 Kebolehan membaca al-Quran
  • 8.2 Keupayaan menghafaz al-Quran
  • 8.3 Kemahiran jawi
  • 8.4 Keupayaan berkomunikasi ( Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris)
  • 8.5 Ujian Sikap, Sains dan Metematik

Moga perkongsian syarat dan ciri Program Ulul Albab MRSM bermanfaat buat semua.