Syarat Kemasukan Ke Maktab Tentera DiRaja (MTD)

Panduan terkini dikemaskini pada 14 Oktober 2018 jam 07:57 PM

Syarat Kemasukan Ke Maktab Tentera DiRaja (MTD)
1 (20%) 1 vote

Syarat Permohonan Dan Kemasukan MTD. Pasti ramai pelajar yang berminat untuk memasuki ke Maktab Tentera DiRaja atau ringkasnya MTD. Apakah syarat kemasukan atau syarat permohonan kemasukan ke MTD sesi terkini 2019-2020? Perkongsian syarat kemasukan MTD di bawah ini meliputi syarat akademik, syarat fizikal dan kesihatan.

Untuk makluman, permohonan kemasukan Putera 2019 Maktab Tentera DiRaja (Tingkatan 4) perlu di buat melalui pengisian borang permohonan secara atas talian (online) melalui laman web www.rmc.edu.my. Ianya terbuka kepada pelajar Tingkatan 3 (Tahun 2018 – tahun semasa). Tarikh buka permohonan adalah sekitar bulan Julai setiap tahun.

SyaratKemasukanKeMaktabTenteraDiRaja28MTD29

Syarat Kemasukan Ke Maktab Tentera DiRaja Tingkatan 4 Tahun 2019

Berikut dikongsikan maklumat penting syarat permohonan dan kemasukan ke Maktab Tentera DiRaja terkini.

Maklumat Am Permohonan

  • Permohonan adalah dibuka untuk pelajar lelaki warganegara Malaysia yang akan menduduki peperiksaan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) 2018
  • Tarikh buka permohonan adalah bermula 2 Julai 2018

Syarat Kelayakan Akademik Dan Permohonan MTD

Pelajar perlu melepasi syarat-syarat berikut sebelum membuat permohonan :-

  1. Memperolehi keputusan yang baik di dalam peperiksaan (Pentaksiran Tingkatan Tiga) PT3 Tahun 2018 iaitu sekurang-kurangnya 7A termasuk Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains
  2. Keutamaan akan diberikan kepada calon-calon yang mempunyai merit yang lebih tinggi dalam pencapaian akademik dan ko-kurikulum

Syarat Kelayakan Fizikal Dan Kesihatan

  1. Warganegara Malaysia lelaki berumur tidak melebihi 16 tahun pada 1 Januari 2019
  2. Jantina – Lelaki
  3. Tinggi Minimum – 152 sm
  4. Berat Minimum – 40.5 kg
  5. Body Mass Index (BMI) – 18 hingga 27
  6. Ukuran dada 74 sm (biasa) dan 79 sm (tarik nafas)
  7. Penglihatan – baik dan tidak rabun warna. (Jika berkaca mata hendaklah tidak melebihi 6/12).
  8. Sihat tubuh badan dan tidak berpenyakit yang boleh memudaratkan diri jika melakukan aktiviti lasak.

Keputusan Penggilan Menghadiri Ujian Pemilihan Dan Temuduga Awal

Senarai calon yang layak dipanggil menghadiri Ujian Pemilihan dan Temuduga Awal akan disiarkan menerusi Facebook rasmi MTD (Maktab Tentera DiRaja) dan Laman Web Rasmi MTD seminggu (7 hari) selepas tarikh tutup permohonan.

Tambang, kos perjalanan bagi menghadiri Ujian Pemilihan dan Temuduga Awal adalah atas tanggungan calon-calon, manakala kerperluan penginapan dan sajian akan disediakan oleh pihak MTD.

Semakan Tawaran Kemasukan Ke MTD 2019

  1. Calon-calon yang Lulus Ujian Pemilihan dan Temuduga Awal dikira berjaya apabila memperolehi sekurang-kurangnya 7A dalam peperiksaan sebenar PT3 2018 serta lulus Ujian Kepimpinan dan Temuduga Akhir oleh Lembaga Panel Pengambilan MTD.
  2. Surat tawaran kemasukan (BERJAYA/ GAGAL) akan dimaklumkan kepada calon-calon selepas Temuduga Akhir dan akan disiarkan di Laman Facebook Rasmi MTD dan Laman Web rasmi MTD dijangka pada penghujung bulan Disember 2018

Maklumat Yuran Pengajian Dan Elaun MTD

Sepanjang tempoh pengajian, pelajar tidak dikenakan sebarang bayaran (kecuali yuran PIBG, yuran kecemerlangan akademik, insuran Putera dan kebajikan). Semua kemudahan yang disediakan adalah diberi secara percuma yang meliputi sajian, penginapan, buku teks, buku kerja, buku tulis dan alat tulis serta uniform. Selain itu, pelajar juga akan diberikan elaun wang saku sebanyak RM100.00 pada tiap-tiap bulan

Sebarang pertanyaan, sila hubungi Sel Pemilihan MTD di talian telefon 03-8946 5565/ 03-8965 5562 Syarat Permohonan MTD 2019.

Semoga perkongsian Syarat Kemasukan Ke Maktab Tentera DiRaja (MTD) ini bermanfaat buat semua. Selamat membuat permohonan kemasukan ke MTD kepada pelajar yang berkelayakan.