Takwim Hijri 1440H/ 1441H (Tahun 2019)

Panduan terkini dikemaskini pada 15 Oktober 2018 jam 04:01 PM

Takwim Hijri 1440H/ 1441H (Tahun 2019)
Rate this post

Muat Turun Takwim Hijri terkini. Berikut dikongsikan Takwim Hijrah 1440H/ 1441H bersamaan tahun 2019 yang boleh dimuat turun atau di download di Laman Web Rasmi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Takwim Hijri atau Hijriah ini memaparkan tarikh hijri dan miladi serta hari.

Penentuan awal bulan hijriah adalah mengikut kriteria kebolehnampakkan hilal Imkanur-rukyah 2 darjah tinggi hilal dan 3 darjah jarak lengkung hilal matahari atau umur hilal ketika terbenam tidak kurang 8 jam. Sumber Bahagian Perancangan dan Penyelidikan, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.

Takwim Hijri

Muat Turun Download Takwim Hijri 1440/ 1441H (Tahun 2019)

Bulan-bulan yang terdapat dalam Kalendar Islam adalah sebanyak 12 bulan iaitu :-

  1. Muharam
  2. Safar
  3. Rabiulawal
  4. Rabiulakhir
  5. Jamadilawal
  6. Jamadilakhir
  7. Rejab
  8. Syaaban
  9. Ramadan
  10. Syawal
  11. Zulkaedah
  12. Zulhijah

Hari Kebesaran Islam Tahun 2019 (1440H/ 1441H)

Berikut adalah hari kebesaran Islam ataupun tarikh penting 1440H/ 1441H berserta tarikh miladi dalam tahun 2019. Tarikh penting ini boleh dirujuk selanjutnya di Hari Kebesaran Islam.

  • 27 Rejab  :  Israk dan Mikraj (3 April 2019)
  • * 1 Ramadan  : Awal Ramadan / Berpuasa (6 Mei 2019)
  • 17 Ramadan  : Nuzul AL-Quran (22 Mei 2019)
  • * 1 Syawal  :  Hari Raya Puasa / Aidilfitri (5 Jun 2019)
  • 1 Zulhijah  :  Awal Zulhijah (2 Ogos 2019)
  • * 10 Zulhijah :  Hari Raya Qurban / Aidiladha (11 Ogos 2019)
  • 1 Muharam  :  Awal Muharam / Ma’al Hijrah (1 September 2019)
  • 12 Rabiulawal :  Maulidur Rasul (9 November 2019)

* Tarikh ini akan diisytiharkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia JAKIM.

tarikh penting islam 2019

Cara Muat Turun Takwim Hijri 1440H/ 1441H

Semoga perkongsian Takwim Hijri 1440H/ 1441H ini bermanfaat buat semua umat Islam.