Panduan terkini dikemaskini pada

Tarikh Akhir Hantar Borang Cukai e-Filling LHDN 2024

Tarikh Akhir Penghantaran Borang Cukai e-Filling 2024 LHDN Untuk Taksiran 2023. Bilakah tarikh akhir penghantaran borang dan membayar cukai pendapatan tahun taksiran 2023? Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), melalui lampiran yang boleh dirujuk di LHDN yang memaklumkan bahawa pembayar cukai boleh mengemukakan Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) tahun taksiran 2023 mereka melalui e-Filing bagi borang E, BE, B, BT, P,M, MT dan TF mulai 1 Mac 2024 ini.

Bagi Borang BE, pembayar  cukai juga boleh mengemukakan borang tersebut menggunakan peranti mudah alih seperti telefon pintar dan tablet melalui aplikasi Mobile Filing (m-Filing) kini dikenali sebagai MyTax. e-Filing dan MyTax merupakan aplikasi PERCUMA yang disediakan oleh  LHDNM untuk memudahkan pembayar cukai melengkapkan dan mengemukakan BNCP secara elektronik melalui internet.

TARIKH HANTAR EFILLING

Tarikh Akhir Hantar Borang Cukai e-Filling 2024 LHDN (Borang e/ BE)

LHDNM menyeru semua pembayar cukai agar mengemukakan BNCP mereka dalam tempoh  masa yang  telah  ditetapkan  bagi  mengelakkan  sebarang  penalti  lewat  hantar BNCP dikenakan terhadap mereka.

Tarikh akhir pengemukakan BNCP Tahun Taksiran 2023 bagi Borang Kertas (manual) boleh dirujuk di pautan berikut :-

Alamat Penghantaran Borang Nyata

Borang-borang yang telah lengkap di isi hendaklah dihantar ke alamat berikut (mengikut jenis borang) :-

C1 / PT / TA / TC / TR / TN 

  • Pusat Pemprosesan Maklumat
    Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia
    Menara Hasil
    No. 3, Jalan 9/10, Seksyen 9
    Karung Berkunci 221
    43659 Bandar Baru Bangi
    Selangor, Malaysia

E * / BE / B / BT / M / MT / P / TP / TF / TJ

  • Pusat Pemprosesan Maklumat
    Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia
    Menara Hasil
    No. 3, Jalan 9/10, Seksyen 9
    Karung Berkunci 222
    43659 Bandar Baru Bangi
    Selangor, Malaysia

 

JENIS BORANG PENERANGAN Tarikh Akhir MENGHANTAR Borang dan MEMBAYAR cukai pendapatan tahun taksiran 2023
E Penyata Oleh Majikan (bagi majikan bukan Syarikat) 31 Mac 2024 (Tambahan masa 1 bulan untuk e-Filing)
BE Borang Nyata Individu (Pemastautin yang tidak menjalankan perniagaan) 30 April 2024 (Tambahan masa 15 hari untuk e-Filing)
B Borang Nyata Individu (Pemastautin yang menjalankan perniagaan) 30 Jun 2024 (Tambahan masa 15 hari untuk e-Filing)
P Borang Nyata Perkongsian 30 Jun 2024 (Tambahan masa 15 hari untuk e-Filing)
BT Borang Nyata Individu Pemastautin (Pekerja Berpengetahuan / Berkepakaran) 30 April 2024 (Tidak Menjalankan perniagaan) (Tambahan masa 15 hari untuk e-Filing) &
30 Jun 2024 (Menjalankan perniagaan) (Tambahan masa 15 hari untuk e-Filing)
M Borang Nyata Individu Bukan Pemastautin SAMA
MT Borang Nyata Individu Bukan Pemastautin (Pekerja Berpengetahuan) SAMA
TF Borang Nyata Pertubuhan SAMA
TP Borang Nyata Harta Pusaka SAMA
TJ Borang Nyata Keluarga Sekutu Hindu SAMA *Tiada e-Filing
C Borang Nyata Syarikat 7 bulan daripada tarikh penutupan akaun. (Tambahan masa 1 bulan untuk e-Filing)
C1 Borang Nyata Koperasi SAMA
PT Borang Nyata Perkongsian Liabiliti Terhad SAMA
TC Borang Nyata Unit Amanah/ Amanah Harta Tanah SAMA
TA Borang Nyata Badan Amanah SAMA
TR Borang Nyata Amanah Pelaburan Harta Tanah/ Tabung Amanah Harta SAMA *Tiada e-Filing
TN Borang Nyata Amanah Perniagaan SAMA *Tiada e-Filing

* NOTA

  1. * Tarikh tertakluk kepada sebarang perubahan dari LHDNM
  2.  * BNCP yang dikemukakan melalui e-Filing selepas tarikh akhir pengemukaan borang berkenaan dianggap sebagai telah diterima dalam tempoh yang ditetapkan jika borang diterima dalam tempoh tambahan masa selepas tarikh akhir pengemukaan borang.
  3. * Contoh: Tarikh akhir pengemukaan Borang BE Tahun Taksiran 2023 adalah 30 April 2024. Jika pembayar cukai mengemukakan Borang BE Tahun Taksiran 2023 secara e-Filing (e-BE) pada 16 Mei 2023, BNCP tersebut akan dianggap sebagai lewat diterima mulai 1 Mei 2024 dan boleh dikenakan penalti di bawah subseksyen 112(3) ACP 1967
  4. Tambahan masa ini juga terpakai untuk bayaran baki cukai di bawah subseksyen 103(1) ACP 1967 bagi BNCP yang dikemukakan melalui e-Filing / pos

Pembayar  Cukai  yang  belum  pernah  menggunakan  aplikasi  e-Filing  sebelum  ini perlu memohon nombor PIN e-Filing terlebih dahulu dari kaunter khidmat pelanggan LHDNM.

Manakala  bagi  pembayar  cukai  yang  terlupa  kata  laluan e-Filing  dan mempunyai  e-mel  berdaftar  dengan  LHDNM  pula,  mereka  boleh  set  semula  (reset) kata  laluan melalui menu Terlupa Kata Laluan di portal ezHASiL.

Bagi  pembayar  cukai  yang  tidak  mempunyai  e-mel  berdaftar  dengan  LHDNM, mereka perlu hadir ke kaunter khidmat pelanggan LHDNM untuk mendapatkan Kod Pengaktifan Sementara kata laluan e-Filing mereka. Sila bawa bersama-sama kad pengenalan atau pasport sebagai pengesahan dan rekod.

Adalah   diingatkan   bahawa   permohonan   untuk reset kata   laluan   e-Filing menggunakan selain daripada kaedah-kaedah di atas tidak akan dilayan.

Adalah dinasihatkan “Pembayar cukai diminta segera mengemukakan BNCP mereka dan tidak menunggu saat akhir bagi mengelakkan sebarang kesulitan,”

Apa Itu e-Filling?

e-Filing adalah aplikasi percuma yang disediakan oleh LHDN untuk memudahkan pembayar cukai melengkap, mengira dan mengemukakan BNCP secara elektronik melalui internet.

Aplikasi ini boleh dicapai terus melalui laman web ezHASiL di pautan htpps://ez.hasil.gov.my/ atau melalui portal rasmi LHDN www.hasil.gov.my. Panduan e-filling LHDN di SINI

Sebarang maklumat lanjut, pembayar cukai boleh berkunjung ke mana-mana cawangan LHDNM terdekat bagi mendapatkan bantuan untuk mengisi Borang Nyata Cukai Pendapatan Atau menghubungi Hasil Care Line di talian hotline 03-89111000 / 603-89111100 (Luar Negara) untuk keterangan lanjut.