Tarikh Cuti Umum Deepavali 2018

Panduan terkini dikemaskini pada 24 Oktober 2018 jam 09:53 PM

Tarikh Cuti Umum Deepavali 2018
Rate this post

Tarikh Hari Deepavali 2018. Bilakah tarikh Hari Deepavali di Malaysia tahun 2018? Untuk makluman, Hari Deepavali yang merupakan perayaan masyarakat beragama Hindu dan tarikh cuti umum di Malaysia akan jatuh pada hari Selasa, 6 November 2018. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) juga telah mengumumkan senarai cuti perayaan termasuk melibatkan perayaan Deepavali untuk semua sekolah di Malaysia.

Perkataan Deepavali merupakan gabungan perkataan “Dipa” yang bererti cahaya dan perkataan “Gavali” yang bererti barisan. Perayaan Deepavali ini disambut pada hari ke 14 bulan Aipasi dalam kalendar Tamil (antara bulan Oktober dan November) dan juga dikenali sebagai pesta Cahaya.

cuti deepavali

Tarikh Cuti Umum Deepavali 2018 Di Malaysia

Tarikh bagi sambutan perayaan Deepavali tahun 2018 adalah seperti perincian berikut:

  • Tarikh  : 6 November 2018 (Selasa)

* Cuti umum semua negeri kecuali Sarawak

Tarikh Cuti Sekolah Sempena Deepavali

KPM menerusi surat siaran telah mengumumkan cuti perayaan untuk sekolah seperti berikut :-

  1. 4 dan 5 November 2018 : Untuk Negeri Kedah, Johor, Kelantan dan Terengganu
  2. 4 dan 5 November 2018 untuk Negeri Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang  dan Putrajaya kecuali Negeri Sabah, Sarawak, Wilayah Persekutuan Labuan

Skim Kawalan Harga Barang Sempena Perayaan Deepavali 2018

Kementerian Perdagangan Dalam Ne­ge­ri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) telah menetapkan sebanyak 16 jenis barangan harga terkawal sempena sambutan Deepavali pada 6 November 2018. Harga barangan ini berkuat kuasa di bawah Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Deepavali 2018 yang akan bermula dari 3 hingga 9 November 2018.

Di antara barangan yang disenaraikan termasuk ayam hidup, ayam standard, daging kambing import, telur ayam gred A dan C, kacang dal, bawang import dan cili merah.

Peniaga adalah diwajibkan untuk menjual barangan yang disenaraikan tidak melebihi harga maksimum dan meletakkan tanda harga khas merah jambu bagi membezakannya dengan barangan lain.

Selamat Hari Deepavali 2018 dan selamat bercuti sekolah buat para pekerja dan semua pelajar sekolah di Malaysia.