Tarikh Dan Lokasi Lihat Anak Bulan Syawal 2017

Panduan terkini dikemaskini pada 24 Mei 2019 jam 03:41 PM

Tarikh Melihat Anak Bulan Syawal 2017 Dan Senarai Lokasi. Bilakah tarikh melihat anak Bulan Syawal 2017 untuk menentukan tarikh Hari Raya Puasa Aidilfitri? Menurut kenyataan Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, petang Sabtu, 24 Jun 2017 bersamaan dengan 29 Ramadan 1438 Hijrah merupakan tarikh mencerap atau tarikh melihat anak bulan Syawal untuk menetapkan Hari Raya Aidilfitri 2017. Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja akan mengisytiharkan pada malam itu juga tarikh Hari Raya melalui radio dan televisyen Malaysia.

TarikhDanLokasiLihatAnakBulanSyawal2017

Tarikh Dan Lokasi Lihat Anak Bulan Syawal 2017 (1438H)

Majlis Raja-Raja telah mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh Hari Raya Puasa adalah berdasarkan rukyah (melihat anak bulan) dan hisab (pengiraan secara matematik dan astronomi).

  • Tarikh Melihat Anak Bulan Syawal 2017 : Sabtu, 24 Jun 2017

 

Menurut Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, berikut merupakan lokasi untuk melihat anak bulan Syawal 2017 di seluruh Malaysia :-

Johor

  • Pontian Kecil, Johor

Melaka

  • Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu (Tanjung Bidara)

Negeri Sembilan

  • Telok Kemang, Port Dickson

Selangor

  • Bukit Melawati, Kuala Selangor
  • Bukit Jugra, Banting, Kuala Langat
  • Balai Cerap, Sabak Bernam

Perak

  • Pantai Pasir Panjang, Mukim Pengkalan Baru, Manjong

Pulau Pinang

  • Pusat Falak Sheikh, Pantai Acheh

Kedah 

  • Kampung Pulau Sayak, Kuala Muda
  • Pemandangan Indah, Pulau Langkawi
  • Menara Alor Setar

Terengganu

  • Bukit Besar Kuala Terengganu
  • Bukit Geliga, Kemaman
  • Pulau  Perhentian, Besut
  • Balai Cerap Kusza, Setiu

Kelantan

  • Bukit Peraksi, Pasir Puteh;
  • Bukit Kampung Tembeling, Mukim Manjur, Daerah Olak Jeram, Kuala Krai
  • Menara Bangunan SEDC, Jalan Tengku Putera Semerak, Kota Bharu

Sarawak

  • Tanjung Lubang, Miri
  • Teluk Bandung, Kuching
  • Tanjung Batu, Bintulu

Sabah

  • Balai Cerap Al-Biruni, Tanjung Dumpil, Putatan

Pahang

  • Bukit Tanjung Batu, Nenasi
  • Gunung Berincang, Cameron Highlands
  • Bukit Pelindong, Kuantan

Labuan

  • Tingkat 13 menara Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan

Kuala Lumpur

  • Menara Kuala Lumpur

Putrajaya

  • Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC)

Perlis

  • Kuala Sungai Batu, Simpang Empat di Perlis.

Bilakah tarikh Hari Raya Puasa Aidilfitri 2017? Nantikan pengumuman rasmi di TV Malaysia pada malam 24 Jun 2017 hari Sabtu.