Tarikh Dan Tema Hari Malaysia 2018

Panduan terkini dikemaskini pada 23 Mei 2019 jam 05:11 PM

Pada setiap tahun, Hari Malaysia akan disambut pada 16 September bagi memperingati penubuhan persekutuan Malaysia di tarikh yang sama pada tahun 1963. Ianya menandakan penyertaan bersama Malaya, Borneo Utara, Sarawak dan Singapura bagi membentuk Malaysia. Namun, Brunei menarik diri daripada menyertai Persekutuan Malaysia manakala Singapura telah keluar daripada Malaysia pada tahun 1965 menjadikan hanya Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak membentuk Negara Malaysia sehingga kini.

Pengisytiharan penubuhan Malaysia telah dibacakan oleh Perdana Menteri di hadapan 30,000 rakyat Malaysi yang turut meraikan hari bersejarah tersebut. Tunku kemudiannya melaungkan Merdeka sebnayak 7 kali diselang seli dengan laungan rakyat yang hadir. Upacara diakhiri dengan bacaan doa selamat oleh Mufti Negeri Sembilan, Tuan Haji Ahmad bin Mohammad Said.

hari malaysia

Hari Malaysia 2018 : Tarikh Dan Tema

Hari Malaysia merupakan cuti am di Malaysia bermula tahun 2010. Berikut dikongsikan maklumat sambutan Hari Malaysia tahun 2018 :-

  • Tarikh : 16 September 2018 (Ahad)
  • Negeri Yang Bercuti : Seluruh Negeri Di Malaysia. Cuti ganti untuk negeri pada 17 Seeptember 2018 (Isnin) untuk negeri Kecuali Kedah, Kelantan, Johor dan Terengganu
  • Lokasi Sambutan : Kota Kinabalu, Sabah
  • Tema Sambutan : Sayangi Malaysiaku
    • Simbol rakyat melakukan gerakan riang mengangkat tangan, dengan satu bentuk hati di hadapan menyatukan mereka. Ianya membawa maksud warganegara Malaysia terdiri daripada berbilang bangsa hidup dalam harmoni, seia sekata, bersatu pada dan kasih sayang kepada negara

tema hari kebangsaan

Apakah generasi muda sedar akan kewujudan Hari Malaysia? Jika tidak, Hari Malaysia dan sejarahnya ini akan hanyut ditelan zaman. Selamat menyambut Hari Malaysia, semua rakyat Malaysia terus bersatu padu untuk kejayaan negara Malaysia yang tercinta.