Tarikh Pameran MAHA 2018 Di MAEPS Serdang

Panduan terkini dikemaskini pada 24 September 2019 jam 11:35 PM

Bila Tarikh Pameran MAHA tahun 2018? Ekspo pameran pertanian terbesar Malaysia iaitu Pameran Antarabangsa Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Antarabangsa atau MAHA 2018 akan kembali lagi sempena cuti sekolah hujung tahun ini. Pameran MAHA 2018 akan berlangsung selama 11 hari di Tapak Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) Serdang, Selangor mulai 22 November sehingga 2 Disember 2018.

Tema pameran adalah dikekalkan iaitu ‘Makanan Kita Masa Depan Kita’. Ianya bertujuan untuk ​​​​​​​menggariskan kepentingan negara dalam mempertahankan kedaulatan makanan sebagai asas kekuatan negara. Sebanyak 1,500 buah khemah jualan akan dibuka sepanjang pameran diadakan.

maha 2018

Tarikh Pameran MAHA 2018

MAHA 2018 akan menonjolkan kepentingan teknologi dan inovasi pertanian (Agroteknologi) dalam industri Agromakanan negara. Dengan kecanggihan Agroteknologi, lebih banyak produk pertanian dapat dihasilkan dengan lebih berkesan, dan secara tidak langsung, dapat menerajui kedaulatan makanan negara.

Kehadiran generasi pelapis yang mempunyai kemahuan dan kemahiran amat penting dalam memastikan bidang pertanian dan industri asas tani terus maju serta mampu menegakkan kedaulatan negara.

  • Tarikh    : 22 November hingga 2 Disember 2018
  • Tempat : MAEPS Serdang, Selangor
  • Tema Pameran : ‘Makanan Kita Masa Depan Kita’

MAHA 2018 akan menampilkan 1,500 gerai pameran meliputi agensi tempatan dan swasta serta penyertaan luar negara. Diantara tarikan utama MAHA 2018 adalah seperti berikut :-

  1. Seminar perniagaan
  2. Bengkel
  3. Pelancaran produk
  4. Demonstrasi teknologi inovasi pertanian
  5. Agro bazaar
  6. Pelancongan tani
  7. Persembahan kebudayaan
  8. Demonstrasi masakan

Kepada ibu bapa semua, inilah peluang terbaik untuk membawa anak-anak bercuti ketika cuti sekolah. Semoga Pameran MAHA 2018 kali ini lebih meriah dan menghiburkan.

Nikmati Makanan dan Hasil Pertanian Terbaik Malaysia Disember ini. Selamat berekspo.