Tema Hari Kebangsaan 2018 Dan Logo Sambutan

Panduan terkini dikemaskini pada 23 Mei 2019 jam 06:21 PM

Setiap tahun pada 31 hb Ogos, rakyat Malaysia akan merayakan sambutan Hari Kebangsaan. Untuk tahun 2018, tema sambutan Hari Kebangsaan adalah Sayangi Malaysiaku. Untuk rujukan, tema tahun lepas 2016 adalah Negaraku Sehati Sejiwa.

Hari Kebangsaan 2018 (Hari Kemerdekaan Malaysia)

Berikut dikongsikan tema dan logo sambutan Hari Kebangsaan tahun 2018 pada 31 Ogos 2018 yang merupakan tarikh cuti umum. Sebagai rujukan, dikongsikan juga maksud tema “Sayangi Malaysiaku”.

tema hari kebangsaan

Tema Sambutan Hari Kebangsaan 2018

Tema Hari Kemerdekaan 2018 yang dipilih adalah “Sayangi Malaysiaku”. Simbol rakyat melakukan gerakan riang mengangkat tangan, dengan satu bentuk hati di hadapan menyatukan mereka.

Ianya membawa maksud warganegara Malaysia terdiri daripada berbilang bangsa hidup dalam harmoni, seia sekata, bersatu pada dan kasih sayang kepada negara

Tarikh Dan Lokasi Sambutan Hari Kebangsaan 2018

Sambutan Hari Kebangsaan 2018 akan diadakan di Putrajaya pada 31 Ogos 2018. Hari Malaysia pula akan diadakan di Kota Kinabalu, Sabah pada 16 September 2018.

  • Tema : Sayangi Malaysiaku

Logo : 

Ciptaan : Nik Zulkifli Nik Hitam

sayangi malaysiaku

Lagu Rasmi Hari Kebangsaan 2018

Kita Punya Malaysia telah dipilih sebagai lagu rasmi untuk sambutan Hari Kemerdekaan 2018. Lagu adalah hasil ciptaan Sam Bunkface.

  • Untuk lirik lagu dan video Sehati Sejiwa klik LAGU TEMA

Selamat menyambut Hari Kebangsaan 2018 kepada semua rakyat Malaysia. Semoga rakyat Malaysia akan terus bersatu untuk kemajuan negara pada masa hadapan yang cemerlang dan gemilang.