Tema Umum Sejarah Kertas 3 SPM 2018

Panduan terkini dikemaskini pada 24 Mei 2019 jam 12:38 PM

Tema Umum Sejarah Kertas 3 Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2018. Apakah tema umum Sejarah Kertas 3 SPM (1249/3) tahun 2018? Pihak Lembaga Peperiksaan Malaysia (LP) akan memaklumkan tema umum atau tajuk soalan bagi Sejarah Kertas 3 SPM 2018 di Portal Rasmi LP.

Menerusi makluman Portal Rasmi Lembaga Peperiksaan KPM, tema umum Sejarah SPM Kertas 3 untuk tahun 2018 adalah Pembinaan Negara dan Bangsa Ke Arah Kemunculan Negara Malaysia Berdaulat. Pada tahun 2017, Kemunculan dan Perkembangan Nasionalisme Sehingga Perang Dunia Kedua telah dipilih sebagai tema umum.

tema umum sejarah kertas 3 spm

Tema umum yang dikeluarkan adalah sebagai persediaan kepada pelajar untuk menjawab soalan bagi Tugasan Spesifik dalam Sejarah 1249/3 yang akan hanya diumumkan pada hari peperiksaan SPM nanti.

Tema Umum Sejarah Kertas 3 SPM Tahun 2018

Berikut dikongsikan Tema Umum Sejarah Kertas 3 SPM tahun 2018 yang akan dikemaskini selepas diumumkan secara rasmi oleh Portal LP.

  • Tahun 2018 : Pembinaan Negara dan Bangsa Ke Arah Kemunculan Negara Malaysia Berdaulat
  • Rangka Rancangan Jangka Panjang Pertama (RRJP1), 1971-1990 menggariskan rangka sosio-ekonomi yang menyeluruh bagi mencapai matlamat Dasar Ekonomi Baru (DEB). Selain daripada menentukan matlamat utama pertumbuhan ekonomi dan pengagihan, RRJP1 juga menggariskan dasar, strategi dan program bagi
    mencapai matlamat tersebut.

    • Sumber: Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua 1991-2000 halaman 35

tema umum sejarah kertas 3 spm 2018

Tema Sejarah Kertas 3 SPM 2017

Tahun 2017 ianya bertajuk  bertajuk  Kemunculan dan Perkembangan Nasionalisme Sehingga Perang Dunia Kedua. Sebelum Perang Dunia Kedua, hampir semua wilayah Asia Tenggara dikuasai oleh penjajah Barat kecuali Thailand. Belanda menguasai kepulauan Indonesia. British menguasai Burma (Myanmar), Semenanjung Tanah Melayu, Singapura, Sarawak dan Sabah. Amerika Syarikat merampas Filipina daripada Sepanyol. Perancis menguasai IndoChina. Portugis menduduki sebahagian pulau Timor-Timur.

  1. Nota Sejarah Tingkatan 5 Bab 2 Klik Nasionalisme Sehingga Perang Dunia Kedua
  2. Bahan Sejarah Kertas 3 2017 : klik Kemunculan dan Perkembangan Nasionalisme Sehingga Perang Dunia Kedua
  3. Contoh skema jawapan Nasionalisme Sehingga Perang Dunia Kedua klik NOTA SEJARAH
  4. Contoh soalan dan skema jawapan Kemunculan dan Perkembangan Nasionalisme Sehingga Perang Dunia Kedua klik Permohonan.my

Tema Sejarah Kertas 3 SPM 2016

Sejarah Kertas 3 SPM tahun 2016 adalah bertajuk Malaysia Dan Kerjasama Masyarakat Antarabangsa buat panduan pelajar yang bakal menduduki peperiksaan SPM tahun ini.

Tema Umum : Malaysia Dan Kerjasama Masyarakat Antarabangsa

Dasar  luar  negara  tidak  statik.  Secara  asasnya, pembentukannya  ialah proses yang dinamik. Oleh itu dasar luar negara kita berkembang dengan mengambil kira perubahan kepimpinan serta keadaan politik dan ekonomi global yang sentiasa berubah.

Untuk makluman, Tema Umum SPMU 2016 (untuk SPM Ulangan) yang dikeluarkan pada April 2016 yang lalu adalah Perkembangan di Eropah dan Kesannya Terhadap Ekonomi Negara.

Peringatan Buat Pelajar

Adalah diingatkan, calon dikehendaki membaca dan meneliti Tema Umum Sejarah ini dan membuat persediaan awal sebelum hari peperiksaan yang sebenar. Calon juga boleh berbincang dengan guru dan rakan-rakan untuk mendapat dan mengumpulkan maklumat berkaitan.

Calon boleh membuat rujukan daripada pelbagai sumber yang berkaitan serta mendapatkan sumber maklumat daripada buku teks, bahan bacaan ilmiah, akhbar, internet dan bahan-bahan yang berkaitan.

ARAHAN KEPADA GURU

  • 1. Guru hendaklah memastikan Tema Umum diberikan kepada calon enam minggu sebelum tarikh peperiksaan.
  • 2. Guru hendaklah menerangkan kepada calon tentang Tema Umum supaya calon membuat persediaan untuk menjawab soalan bagi Tugasan Spesifik dalam Sejarah 1249/3 yang akan diberikan pada hari peperiksaan.
  • 3. Guru dibenarkan untuk membimbing calon dalam penyediaan dan pemilihan bahan rujukan sebelum hari peperiksaan.
  • 4. Guru hendaklah menasihati calon memilih bahan rujukan yang sesuai, mengenal pasti kedudukan setiap maklumat di dalam sumber supaya tidak membuang masa untuk mencari maklumat pada hari peperiksaan.
  • 5. Guru dilarang sama sekali menyediakan jawapan kepada calon dalam apa-apa bentuk sekalipun.
  • 6. Guru hendaklah menasihati calon agar membuat salinan sumber maklumat berkaitan yang diperoleh daripada buku ilmiah, majalah dan surat khabar untuk menjimatkan ruang di atas meja pada hari peperiksaan.

ARAHAN KEPADA CALON

  • 1. Calon dikehendaki membaca dan meneliti Tema Umum dan membuat persediaan awal sebelum hari peperiksaan.
  • 2. Calon boleh berbincang dengan guru dan rakan-rakan untuk mendapat dan mengumpulkan maklumat berkaitan.
  • 3. Calon boleh membuat rujukan daripada pelbagai sumber yang berkaitan dengan Tema Umum yang diberi sebagai persediaan menjawab soalan bagi Tugasan Spesifik dalam Sejarah 1249/3.
  • 4. Calon boleh mendapatkan sumber maklumat daripada buku teks, bahan bacaan ilmiah, akhbar, internet dan bahan-bahan yang berkaitan.
  • 5. Calon dibenarkan membawa masuk dokumen seperti buku teks, bahan bacaan ilmiah, nota bertulis atau bahan fotostat dan bahan bercetak ke dalam dewan/bilik peperiksaan.
  • 6. Calon tidak dibenarkan sama sekali membawa alat atau peranti elektronik ke dalam bilik/dewan peperiksaan.
  • 7. Penggunaan bahan rujukan semasa peperiksaan hendaklah tidak mengganggu calon lain.
  • 8. Calon dinasihatkan supaya memperluas bahan bacaan agar tidak hanya bergantung kepada maklumat daripada buku teks semata-mata untuk menghasilkan jawapan yang mantap

Sila muaturun arahan Tema Umum dalam PDF di LPM.

Skema Jawapan Sejarah Kertas 3 SPM

Sebagai panduan, berikut disertakan Contoh soalan dan skema jawapan Sejarah Kertas 3 SPM.

  • Tema Umum 2015: Kemunculan dan Perkembangan Nasionalisme Sehingga Perang Dunia Kedua.
  • Nasionalisme di Malaysia berakar umbi daripada gerakan penentangan
    pemimpin tempatan terhadap campur tangan British dalam urusan pentadbiran negeri-negeri di Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak
  • Tahun 2014. Klik Skema jawapan.
    • Nasionalisme di Malaysia sehingga Perang Dunia Kedua- Klik Idea Berita

Senarai Tema Umum Sejarah Kertas 3 SPM

  1. 2017 : Kemunculan dan Perkembangan Nasionalisme Sehingga Perang Dunia Kedua
  2. 2016 : Malaysia Dan Kerjasama Masyarakat Antarabangsa
  3. 2015 : Kemunculan dan Perkembangan Nasionalisme Sehingga Perang Dunia Kedua
  4. 2014 : Pembinaan Negara dan Bangsa Ke Arah Kemunculan Negara Malaysia Berdaulat.

Selamat membuat ulangkaji dan persiapan kepada pelajar SPM 2018. Semoga anda berjaya menjawab ketika peperiksaan dengan cemerlang.