Siaran Langsung Keputusan Terengganu FC Vs Perak 27.10.2018

Panduan terkini dikemaskini pada 23 Mei 2019 jam 03:04 PM

Pasukan manakah yang bakal menjuarai edisi ke 92 Unifi Piala Malaysia 2018 di antara pasukan Terengganu FC (TFC) lawan Perak di Stadium Shah Alam yang akan diadakan pada hari Sabtu, 27 Oktober 2018 bermula jam 900 malam. Di atas kertas, kedua-dua pasukan dilihat mempunyai peluang sama rata untuk menjulang Piala Malaysia piala yang berprestij bolasepak Malaysia.

Perlawanan akhir buat kedua-dua pasukan adalah merupakan perlawanan ulangan peringkat sama pada tahun 2001 di mana Terengganu berjaya menewaskan Perak 2-1 dalam final di Stadium Nasional Bukit Jalil. Kali terakhir pasukan Terengganu memenangi Piala Malaysia adalah pada tahun 2001 manakala Perak pada tahun 2000.

Untuk rekod, pada peringkat separuh akhir, Terengganu FC menewaskan juara bertahan JDT dengan agregat 3-2 manakala Perak menewaskan Sabah dengan jaringan 7-2.

perak vs terengganu fc live

Live Streaming Keputusan Terengganu FC Vs Perak Final Piala Malaysia 2018

Berikut dikongsikan maklumat perlawanan Terengganu FC lawan Perak melibatkan tarikh, masa, stadium, saluran siaran langsung di TV, kesebelasan pemain dan keputusan terkini.

KEPUTUSAN TERENGGANU FC VS PERAK PERLAWANAN AKHIR PIALA MALAYSIA 2018
Perlawanan akan diadakan di Stadium Shah Alam, Selangor pada hari Sabtu, 27 Oktober 2018
TERENGGANU  FC3 (1) – 3 (4)PERAK
T. Kipre min 1. 42
Faiz Nasir min 96
PENENTUAN SEPAKAN PENALTIFirdaus Saiyadi min 46 
Brendan Gan min 90
Igor Zonjic (OG) min 120 +1

Kesebelasan Pemain Terengganu FC Vs Perak : 27-10-2018 (Final Piala Malaysia 2018)

Berikut adalah senarai kesebelasan pemain Terengganu FC dan Perak untuk aksi perlawanan akhir :-

  • Terengganu FC : Suffian Rahman (GK), Kamal Azizi, Lee Andrew Tuck, Chanthacheary Bin, Malik Mat Ariff, Latiff Suhaimi, Faiz Nasir, Partiban Janasekaran, Adib Aizuddin, Tchetche Hermann Brice Kipre (C), Igor Zonjic
    • Substitute: Wan Azraie (GK), Fitri Omar, Shahrul Aizad, Nasrullah Haniff, Fauzi Kadar, Hasnizaidi Jamian, Ashari Samsudin
  • Perak: Muhammad Hafizul Hakim (GK), Shahrul Saad (C), Leandro Dos Santos, Gilmar Da Silva, Wander Luiz, Brendan Gan, Firdaus Saiyadi, Mohamad Idris Ahmad, Nor Hakim Hassan, Nazirul Naim Che Hashim, Amirul Azhan Aznan
    • Substitute: Khairul Amri Salehuddin (GK), Mohammad Nasir Basharudin, Jad Noureddine, Ahmad Khairil Anuar, Kenny Pallraj, Rafiuddin Roddin, Nizad Ayub

Selamat menyaksikan aksi perlawanan akhir yang dijangka menarik dan sengit di antara 2 pasukan paling berjaya dalam aksi Unifi Piala Malaysia 2018. Tahniah kepada pasukan yang berjaya memenangi perlawanan ini.