TTA Jadual Perjalanan PLUS Cuti Tahun Baru Cina 2019

Panduan terkini dikemaskini pada 3 Februari 2019 jam 08:04 PM

TTA Jadual Perjalanan PLUS Cuti Tahun Baru Cina 2019
Rate this post

Jadual Perjalanan PLUS Cuti Tahun Baru Cina 2019 (TTA – Travel Time Advisory). Anda merancang bercuti dan bakal menggunakan Lebuhraya PLUS atau Lebuhraya Utara-Selatan? Cuti panjang Tahun Baru Cina 2019 (CNY) makin hampir. PLUS menjangkakan Lebuhraya Utara-Selatan akan mengalami peningkatan trafik pada Hari-Hari Puncak. Berikut dikongsikan TTA Jadual Perjalanan PLUS sempena Cuti Tahun Baru Cina 2019 dari 31 Januari 2019 hingga 10 Februari 2019 untuk panduan pengguna PLUS dalam mengelakkan kesesakan lalu lintas.

Tahun Baru Cina 2019 di Malaysia akan dirayakan pada 5 dan 6 Februari 2019 (Selasa dan Rabu).

tta plus

TTA Jadual Perjalanan PLUS Cuti Tahun Baru Cina 2019

Untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas, PLUS telah mengeluarkan Jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) untuk perjalanan yang membolehkan orang ramai merancang perjalanan mereka pada musim perayaan ini samada melawat saudara mara atau bercuti balik kampung.

TTA yang dikeluarkan oleh PLUS merangkumi jadual perjalanan di antara Lembah Klang ke bandar-bandar utama termasuk perjalanan antara bandar di utara dan selatan tanah air. Berdasarkan kajian PLUS, kadar pematuhan yang tinggi terhadap TTA sebelum ini berjaya membantu orang ramai menikmati perjalanan yang lebih selesa di lebuh raya pada musim-musim perayaan yang lalu.

Grafik TTA PLUS CNY 2019

Berikut adalah panduan perjalanan di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS HIGHWAY) sempena cuti perayaan Tahun Baru Cina 2019.

tta plus tahun baru cina 2019

Berdasarkan kepada TTA PLUS yang dikongsikan diatas,

  1. Orang ramai dari Lembah Klang yang menuju ke destinasi yang jauh seperti Johor, Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak Utara disarankan supaya memasuki Lebuhraya Utara-Selatan lebih awal iaitu sebelum jam 10 pagi.
  2. Manakala orang ramai dari Lembah Klang yang menuju ke destinasi yang lebih dekat seperti Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Perak Selatan dan Perak Tengah pula disarankan supaya memasuki lebuh raya selepas jam 10 pagi.
  3. Dengan mematuhi TTA yang dikeluarkan PLUS, pergerakan trafik di lebuh raya akan menjadi lebih lancar kerana kumpulan kenderaan yang menuju ke destinasi yang lebih jauh tidak akan bertembung dengan kumpulan kenderaan yang menuju ke destinasi yang lebih dekat,

Rebat Tol 10 Peratus Bersempena Tahun Baru Cina 2019

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) telah mengumumkan pemberian diskaun tol sebanyak 10% untuk kenderaan kelas 1 yang menggunakan rangkaian Lebuh raya PLUS dan Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) pada 5 Februari 2019 bersempena Perayaan Tahun Baru Cina. Pelanggan lebuh raya akan diberikan diskaun tol sebanyak 10% ketika membayar tol di antara jam 12 pagi hingga 11.59 malam pada tarikh 5 Februari 2019.

Lebuh raya PLUS yang terlibat adalah di Lebuhraya Utara-Selatan, Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE), Lebuhraya Seremban-Port Dickson (SPDH), Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE), Lebuhraya Laluan Kedua Malaysia-Singapura (Linkedua), Lebuhraya Butterworth-Kulim (BKE), Jambatan Pulau Pinang serta Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2).

Untuk mendaftar, pemegang kad PLUSMiles atau Touch ‘n Go boleh melayari portal PLUSMiles di www.plusmiles.com.my untuk melayakkan mereka menikmati rebat tol yang ditawarkan. Walau bagaimanapun, rebat ini tidak meliputi transaksi tol di Plaza Tol Bangunan Sultan Iskandar, Tanjung Kupang dan Jambatan Pulau Pinang.

Maklumat Trafik Terkini

Orang ramai juga dinasihatkan supaya mendapatkan maklumat trafik terkini di Lebuhraya Utara-Selatan menerusi perkhidmatan Twitter PLUSTrafik, aplikasi PLUS Mobile Apps, talian PLUSLine 1800 88 0000, papan tanda elektronik di lokasi-lokasi terpilih serta mengikuti laporan trafik terkini menerusi siaran-siaran radio utama negara.