Keputusan Pemenang Anugerah Melodi 2016 TV3

Keputusan Pemenang Anugerah Melodi 2016 TV3. Siapakah pemenang setiap kategori dalam Anugerah Melodi 2016 TV3? Semua keputusan senarai pemenang akan diketahui apabila acara anugerah sensasi dan berprestij tanahair akan berlangsung malam ini, 10 Disember 2016 (Sabtu). Anugerah Melodi 2016 akan disiarkan secara langsung di TV3 dari Dewan Tun Dr Ismail Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur (PWTC). Ramai personaliti hebat dari kalangan hiburan dan sukan telah dicalonkan untuk merebut anugerah yang dipertandingkan.

Keputusan Anugerah Melodi 2016 TV3

Keputusan Pemenang Anugerah Melodi 2016 TV3

Program infotainmen paling popular, Melodi akan memberikan pengiktirafan kepada para aktivis seni tanahair pada malam kemuncak 10 Disember 2016. Berikut adalah senarai kategori yang dipertandingkan dimana senarai pemenang adalah ditentukan melalui undian sepenuhnya oleh para penonton di www.anugerahmelodi.com.my. Undian telah dibuka kepada orang ramai bermula dari 31 Oktober sehingga 30 November 2016.

Senarai Pemenang Dan Anugerah Melodi 2016

1. Personaliti Filem Melodi

  • Shaheizy Sam
  • Zizan Razak : PEMENANG
  • Syamsul Yusof
  • Nabila Huda
  • Bront Palarae

2. Personaliti Muzik Melodi

  • Yuna
  • Faizal Tahir
  • Akim Ahmad
  • Ayda Jebat : PEMENANG
  • Shila Amzah

3. Personaliti Drama Melodi

  • Saharul Ridzwan
  • Mira Filzah
  • Janna Nick
  • Fattah Amin : PEMENANG
  • Amyra Rosli

4. Personaliti Pengacaraan Melodi

  • Awal Ashaari
  • Fauziah Ahmad Daud
  • Alif Satar
  • Neelofa : PEMENANG
  • Datuk Rosyam Nor

5. Personaliti Sukan Melodi

  • Datuk Lee Chong Wei : PEMENANG
  • Pandelela Rinong
  • Abdul Latif Romly
  • Ridzuan Puzi
  • Muhammad Ziyad Zolkifli

6. Personaliti Komedi Melodi

  • Abam
  • Achey
  • Mark Adam 
  • Ebby Yus
  • Jep Sepahtu : PEMENANG

7. Personaliti Pasangan Sensasi Melodi

  • Shaheizy Sam & Syatilla Melvin
  • Awal Ashaari & Scha Alyahya
  • Zain Saidin & Rozita Che Wan
  • Yusry Abdul Halim & Lisa Surihani
  • Akim & Stacy : PEMENANG

8. Personaliti Media Sosial Melodi

  • Nelydia Senrose
  • Nora Danish
  • Emma Maembong
  • Ayda Jebat : PEMENANG
  • Zizan Razak

9. Personaliti Fesyen Melodi

  • Wak Doyok
  • Nazim Othman : PEMENANG
  • Rozita Che Wan
  • Fazura
  • Zahirah McWilson

10. Personaliti Sensasi Melodi 2016

  • Sharnaaz Ahmad
  • Mira Filzah
  • Janna Nick
  • Ayda Jebat : PEMENANG
  • Zizan Razak

11. Personaliti Drama Korea Paling Berpengaruh

  • Park Bogum

12. Personaliti Artis Luar Negara Melodi

  • Afgan

* Keputusan senarai pemenang Anugerah Melodi 2016 akan dikemaskini semasa anugerah dilangsungkan. Tahniah kepada senarai pemenang Anugerah Melodi 2016 TV3. 

0 comment... add one now