Panduan terkini dikemaskini pada

Harga Gula Terkini Malaysia Turun Bermula 1 September 2018

Harga Baharu Runcit Gula Bermula 1 September 2018. Sah, harga gula pasir di pasaran Malaysia akan turun 10 sen bermula 1 September 2018. Penurunan harga adalah sebanyak 10 sen dari RM2.95 sekilogram (kg) ke RM2.85 sekg. Harga gula turun telah diumumkan menerusi kenyataan media Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) bertarikh 27 Ogos 2018.

Antara lain kenyataan media KPDNKK memaklumkan bahawa penurunan harga gula adalah usaha Kerajaan Pakatan Harapan yang amat prihatin terhadap masalah kos sara hidup rakyat yang antara lain penurunan harga dapat meringankan beban yang ditanggung oleh rakyat dalam keadaan ekonomi negara yang tidak menentu.

harga gula terkini

Harga Gula Terkini Malaysia Turun 10 Sen

Berikut dikongsikan harga gula pasir bertapis kasar yang baru seperti diumumkan oleh KPDNKK :-

  • Harga Baru Gula Bertapis Kasar : RM2.85 sekilogram (Harga sebelum RM2.95)
  • Harga Baru Gula Bertapis Halus : RM2.95 sekilogram (Harga sebelum RM3.05)
    • Penurunan 10 sen dari harga sebelum ini pada 1 Mac 2017
  • Tarikh Kuatkuasa Harga Gula Yang Baharu : Bermula 1 September 2018

Kenyataan media KPDNKK berkaitan kenaikan harga gula dikongsikan di bawah ini sebagai rujukan pengguna.

kenyataan media kpdnkk harga gula 1

kenyataan media kpdnkk harga gula 2

Punca Penurunan Harga Gula

Harga gula pasir turun disebabkan oleh trend penurunan harga gula mentah dunia yang diimport oleh Malaysia.

Dengan penurunan harga gula ini diharapkan penyakit Diabetes di Malaysia dapat dikawal. Kepada pengguna, semoga dapat berjimat cermat dalam perbelanjaan ketika keadaan ekonomi yang tidak menentu pada masa kini.