Panduan terkini dikemaskini pada

Biodata Dominic Tan Jun Jin Bekas Pemain JDT

Dominic Tan Ke JDT? Benarkah Dominic Tan Berhijrah Ke JDT? Bekas kapten Harimau Muda C,  Dominic Tan Jun Jin dikhabarkan telah menyertai pasukan JDT II dalam musim perpindahan Liga Malaysia 2016 lapor beberapa laman sosial awal hari ini. Beliau sebelum ini dikaitkan akan menyarung jersi Pulau Pinang musim depan.

Berikut adalah serba sedikit Biodata Dominic Tan Jun Jin untuk informasi peminat bolasepak semua.

Dominic Tan Jun Jin ke JDT

Biodata Ringkas Dominic Tan Jun Jin

Beliau yang berasal dari Singapura tetapi mendapat kerakyatan Malaysia adalah pemain skuad B-19 negara, Harimau Muda C yang dikendalikan oleh jurulatih Hassan Sazali Mohd Waras.

Selain Dominic Tan, terdapat 2 rakan beliau yang berbangsa Cina berada di skuad B-19 tahun Malaysia iaitu Damien Lim Chien Khai (Penjaga Gol) dan Tan Yung Hong (Defender).

Dominic mula menjadi tumpuan selepas memilih beraksi buat skuad Malaysia walaupun dibesarkan di Singapura dan dibentuk menerusi sekolah sukan disana.
Ibu bapa Dominic berasal dari Pulau Pinang dan walaupun masih mengekalkan kerakyatan Malayisa, mereka telah menetap di Singapura.

  • Nama penuh   :  Dominic Tan Jun Jin
  • Tarikh lahir     : 12 Mac 1997 (18 tahun)
  • Tempat lahir   : Malaysia
  • Posisi permainan :    Pemain pertahanan tengah/ DM

Terkini

Temubual dengan Nadi Arena mengesahkan Dominic Tan memilih untuk menyertai JDT II musim depan. Dia yang lahir di Singapura dan merupakan graduan Sekolah Sukan Singapura tidak terikat dengan mana-mana persatuan negeri selepas pembubaran Harimau Muda C membuatkan dia bebas memilih pasukan diingini.

Sebahagian besar bekas rakan sepasukan Dominic dalam skuad Harimau Muda C kini sudah pulang ke negeri dan kelab asal masing-masing sebaik Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memutuskan pembubaran pogram Harimau Muda.

Namun, berbeza dengan mereka, Dominic adalah graduan sekolah sukan Singapura yang membolehkannya memilih pasukan yang ingin diwakilinya kerana bakat awalnya tidak dibentuk mana-mana ahli gabungan negeri FAM

SUMBER : FB Johor Harimau Selatan

Semoga kehadiran Dominic Tan Jun Jin mampu meningkatkan lagi persembahan skuad JDT di Liga Malaysia 2016.