Panduan terkini dikemaskini pada

Biodata Lee Zii Jia Pemain Badminton No 1 Malaysia

Siapakah Lee Zii Jia? Beliau adalah pemain perseorangan lelaki badminton No. 1 Malaysia yang diharapkan dapat menggantikan bekas legenda badminton negara, Datuk Lee Chong Wei. Persembahan beliau dari hari ke hari kini semakin meningkat dan baru-baru ini telah memungut pingat emas Sukan SEA 2019 di Filipina dalam acara single lelaki.

Lee Zii Jia baharu sahaja diletakkan di bawah kendalian jurulatih, Hendrawan di mana sebelum ini karier beliau di bawah jurulatih, Misbun Sidek. Beliau memenangi Kejohanan Badminton Terbuka Taiwan 2018 ketika berguru dengan Misbun.

Lee Zii Jia

Biodata Lee Zii Jia Bakal Pengganti Lee Chong Wei

Kehebatan Datuk Lee Chong Wei masih belum dapat diatasi sehingga kini. Justeru Persatuan Badminton Malaysia telah memberikan tugas kepada ketua jurulatih, Misbun Sidek dan jurulatih, Hendrawan untuk mengilap bakat beliau. Peningkatan prestasi Lee Zii Jia kini semakan ketara dan bakal menjadi taruhan membawa cabaran negara pada Sukan Olimpik Tokyo 2021.

Ketika Lee Chong Wei bersara, arena badminton Malaysia beralih kepada pewarisnya, Lee Zii Jia sebagai pemain perseorangan utama kebangsaan.

Ia meninggalkan Zii Jia yang berusia 22 tahun menjadi perhatian dan di bawah pengawasan ketat yang belum pernah dilakukannya sebelumnya.

Lee yang lebih muda telah mencari nasihat daripada mereka yang lebih berpengalaman untuk mendapatkan nasihat kerana dia menyesuaikan diri dengan status barunya sebagai harapan badminton besar di Malaysia.

Nasihat utama Chong Wei untuk Zii Jia?

“Sentiasa bergantung pada diri sendiri.”

“Sejak awal, semua orang mengatakan bahawa saya adalah Lee Chong Wei berikutnya, bahawa saya akan menggantikannya – itu membuat saya (merasa) tekanan,”

“Tetapi sekarang, perlahan-lahan, saya menjadi lebih dewasa. Saya mulai menerima tekanan dan mengubahnya menjadi motivasi.”

Sebahagian dari itu berpunca dari nasihat yang dia terima dari bekas pemain nombor satu dunia.

“Saya mencarinya setelah dia bersara dan dia memberi saya banyak nasihat,”

“Pelatih dan orang di sekitar saya hanya dapat menolong saya 10 atau 20 peratus dan saya mesti bergantung pada diri sendiri untuk baki 80%.

“Sebagai pemain perseorangan, kami bersendirian di gelanggang – jika anda tidak dapat mengatasi tekanan, ketakutan, dan kegelisahan, maka anda pasti akan kalah.”

Siapa Lee Zii Jia?

Berikut adalah biodata Lee Zii Jia buat rujukan pemain badminton di Malaysia :-

LEE ZII JIA
NAMA PENUH Lee Zii Jia
TARIKH LAHIR 29 Mac 1998 (22 tahun)
TEMPAT LAHIR Alor Setar, Kedah
TINGGI 1.85cm (6 kaki 1 inci)
IMPIAN Juara Olimpik
PERALATAN/ PENAJA Victor Thurster K9900
PENAMPILAN
SKUAD KEBANGSAAN Semenjak tahun 2010
PERMULAAN PROFESIONAL 18 tahun
PENAMPILAN ANTARABANGSA Belgium International Challenge 2016

Berikut adalah dia antara pencapaian terbaik Lee Zii Jia di kejohanan badminton antarabangsa  (Dunia BWF) sepanjang penampilan beliau dari peringkat remaja sehingga kini.

PENCAPAIAN
PENAMPILAN 212 perlawanan
KEMENANGAN 146 kemenangan
KEKALAHAN 66 kekalahan
JUMLAH KEJUARAAN 3 (All England 2021, Polish International 2017 & Taiwan Opern 2018)
SUKAN SEA Pingat Rmas (2019), Perak Berpasukan Lelaki (2017 & 2019) 
REMAJA Pingat Gangsa Kejohanan Remaja Dunia 2016
RANKING
DUNIA 10
WORLD TOUR 3
RANKING TERBAIK 11 (12 November 2019)

TERKINI Mac 2021 : Zii Jia telah berjaya menjuarai kejohanan All England 2021 setelah mengetepikan juara bertahan Victor Axelsen dengan 3 set : 30-29, 20-22 & 21-9.

Moga Lee Zii Jia terus berjaya dalam karier beliau sekaligus penantian rakyat Malaysia untuk melihat pengganti Lee Chong Wei tercapai.

Related : kento momota, bwf world tour, chou tien chen, chico aura dwi wardoyo