Gambar Stadium Baru JDT Konsep Dan Rekabentuk

Panduan terkini dikemaskini pada 27 Mei 2019 jam 12:30 PM

Gambar Stadium Baru JDT Stadium Sultan Ibrahim Larkin. Cantik ke Stadium baru JDT? Peminat bolasepak Negeri Johor pasti akan gembira dan bangga apabila sebuah stadium bolasepak baru JDT akan dibina di Nusajaya (Kini dikenali sebagai Iskandar Puteri).

Pembinaan stadium baru JDT ini yang bakal berkapisiti 40 hingga 45 ribu penonton bakal menyaksikan lebih ramai penyokong JDT untuk datang ke stadium berbanding Stadium Larkin yang tidak dapat menampung kebanjiran penyokong.

larkin1

Stadium baru JDT ini berciri menarik, moden dan lengkap dengan banyak kemudahan terbaik telah dinyatakan dalam Bajet Johor 2016. Pembinaan stadium baru JDT ini akan bermula dalam masa yang terdekat.

Rekabentuk Terkini Stadium Sultan Ibrahim Larkin

Berikut dikongsikan dari FB Johor Southern Tigers, rekabentuk Stadium Sultan Ibrahim Larkin yang telah disahkan oleh pihak Pengurusan Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim. Untuk peminat JDT, berikut adalah gambar/ lakaran stadium canggih ini untuk tatapan anda semua:-

  • * Kemaskini pada 31 Mac 2016
larkin2
Larkin3
Larkin4

BAJET 2016 AGENDA 2: DASAR JOHOR PRIHATIN

Institusi Awam – Stadium

44. Menyediakan tanah untuk dipajakkan bagi pembinaan sebuah stadium bola
sepak di Nusajaya. Ia akan merangkumi komponen seperti stadium yang
berkapasiti antara 40 hingga 45 ribu penonton, ruang-ruang perniagaan
serta kemudahan-kemudahan lain yang berkaitan.

MAKLUMAN PADA 30 NOVEMBER 2015 : LAKARAN STADIUM BARU PASUKAN JDT

Menjunjung titah DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku
Mahkota Johor, merangkap Penaung DiRaja Persatuan Bolasepak Negeri
Johor, saya akan melaporkan perkembangan berkenaan stadium baru Johor
Darul Ta’zim. Segala aspek stadium baru tersebut, termasuk konsep,
rekabentuk dan kemudahan akan diwar-warkan di laman ini untuk tatapan
dan makluman para penyokong JDT sekalian dari masa ke semasa.

Seperti
yang dapat dilihat dalam lakaran yang disertakan, rekabentuk luaran
stadium adalah berkonsep moden dan kemas. Bahagian luar stadium akan
terdiri daripada permukaan yang diterangi lampu LED yang boleh bertukar
warna. Kemudahan-kemudahan yang berkaitan termasuk tempat duduk
penyokong yang selesa, ruang niaga di stadium dan juga ibu pejabat PBNJ.

DYAM
Tunku Mahkota Johor dan seluruh pengurusan PBNJ sentiasa berusaha
sedaya upaya serta sepantas yang mungkin untuk melancarkan segala proses
pembangunan stadium baru ini. Sukacita juga dimaklumkan bahawa
sementara proses pembinaan stadium baru dijalankan, kita masih akan
meneruskan penyelenggaraan dan menambah baik Stadium Larkin.

YB Dato Haji Ismail Bin Karim, Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Johor

GAMBAR STADIUM BARU JDT

Kemaskini pada 30 November 2015. * kredit Johor Southern Tigers

jdt2
jdt3
jdt4
jdt5
jdt6
jdt7

Semoga Stadium Baru JDT Konsep Dan Rekabentuk yang cantik dan canggih ini mampu menaikkan perkembangan bolasepak di Johor ke tahap yang lebih tinggi lagi.