Panduan terkini dikemaskini pada

Jadual Peperiksaan UPKK 2025 Ujian Penilaian Kelas KAFA

Makluman kepada ibu bapa yang mempunyai anak-anak berada di Tahun 5. Berikut dikongsikan Jadual Peperiksaan UPKK 2025 atau secara penuhnya Jadual Peperiksaan Bertulis Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) yang dikeluarkan secara rasmi oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Jadual yang dikongsikan adalah selaras di seluruh Malaysia juga memaparkan ujian bertulis, ujian amali dan ujian lisan. Untuk makluman, result peperiksaan UPKK tahun 2025 dijangka diumumkan pada hujung tahun 2025.

Apa Itu Ujian Penilaian Kelas KAFA?

Peperiksaan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) telah mula dilaksanakan pada tahun 1994 setelah diputuskan dalam Mesyuarat LEPAI kali ke 19/94 pada 18hb September 1994 di Kuching, Sarawak. LEPAI telah ditubuhkan oleh Majlis Raja–Raja Melayu pada 24 Februari 1983 yang bertanggungjawab kepada penyelarasan dan perlaksanaan Pendidikan Islam.

Seramai 76,000 orang pelajar KAFA seluruh negara telah mula menduduki peperiksaan UPKK sebagai perintis pada tahun 1994.

Nama Peperiksaan Ujian Pencapaian Kelas KAFA (UPKK) bermula pada tahun 1994. Pada tahun 2009 telah ditukar kepada Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) sehingga sekarang.

Peperiksaan UPKK dilaksanakan semasa pelajar berada di tahun 5 yang telah menduduki kelas KAFA sekurang-kurangnya 3 tahun.

Peperiksaan dan pengiktirafan KAFA dinilai melalui Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK). UPKK dilaksanakan bagi murid Tahun 5 KAFA dengan penilaian kepada lapan mata pelajaran. Result UPKK telah dipersetujui oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk diambil kira dalam penentuan kemasukan pelajar ke tingkatan satu di Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) dan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM). Di peringkat negeri pula, result UPKK turut diterima bagi kemasukan ke Sekolah Menengah Agama Negeri.

Kesimpulannya, Program KAFA adalah merupakan program pengukuhan asas Pendidikan Islam bagi kanak-kanak berumur dari 7 tahun hingga 12 tahun. Program ini untuk memastikan mereka dapat menguasai bacaan al-Quran dengan baik, mempelajari dan mengamalkan perkara-perkara asas fardu ain dalam kehidupan di samping kurikulum Pendidikan Islam yang diikuti oleh murid di sekolah kebangsaan.

Jadual Tarikh Peperiksaan UPKK 2025 (Ujian Penilaian Kelas KAFA)

Untuk makluman ibu bapa, UPKK adalah peperiksaan yang diselaraskan seluruh Malaysia oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bagi murid tahun lima (5) di Sekolah Kebangsaan (SK), Sekolah Agama Rakyat (SAR) dan Sekolah Rendah Agama (SRA) yang menggunakan sukatan pelajaran kurikulum KAFA JAKIM.

Program KAFA menggunakan Kurikulum dan Buku Teks KAFA JAKIM yang menekankan kemahiran amali bagi membimbing murid mengenai al-Quran dan melaksanakan ibadah khusus selain daripada penguasaan aspek keimanan, kemanusiaan, kemasyarakatan dan kenegaraan.

Kurikulum ini memberi tumpuan kepada pendidikan asas Tilawah al-Quran, pembentukan akidah, bimbingan fardu ain, memupuk amalan fardu kifayah dan amalan adab yang berteraskan akhlak Islamiah yang mencakupi dari Tahun 1 hingga Tahun 6.

Terdapat lapan subjek dalam kurikulum KAFA iaitu:

  1. Al-Quran
  2. Akidah
  3. Ibadah
  4. Sirah
  5. Adab
  6. Bahasa Arab
  7. Jawi dan Khat
  8. Tahfiz al-Quran

Di bawah adalah Jadual Peperiksaan UPKK bagi tahun 2025 yang telah dikeluarkan oleh JAKIM:

Jadual Waktu Peperiksaan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran Dan Fardu Ain (UPKK) & Ihtbat Kafa Pratahfiz (IKP) Tahun 2025

Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah menetapkan Jadual Waktu Peperiksaan (JWP) bagi Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) Tahun 2025 bermula pada 17 hingga 20 November 2025 serta Ithbat KAFA Pratahfiz (IKP) Tahun 2025 bermula pada 18 hingga 21 Ogos 2025.

Berikut dikongsikan ringkasan Jadual Peperiksaan Bertulis, amali dan lisan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) Tahun 2025

A. Ujian Amali Solat

  • 7 April hingga 12 September 2025 (Waktu persekolahan)

B. Penghayatan Cara Hidup Islam

  • 7 April hingga 12 September 2025 (Waktu persekolahan)

C. Ujian  Al-Quran

  • 22 September hingga 17 Oktober 2025 (Waktu persekolahan)

E. Ujian Bertulis UPKK seperti berikut :-

Tarikh Ujian Bertulis UPKK tahun 2025 adalah dari 17 hingga 20 November 2025 seperti berikut.

17 November 2025 (ISNIN)

  • Akidah : 2.30 hingga 3.45 petang
  • Adab : 4.15 hingga 5.30 petang

18 November 2025 (SELASA) 

  • Ibadah : 2.30 hingga 3.45 petang
  • Jawi dan Khat : 4.15 hingga 5.30 petang

19 November 2025 (RABU)

  • Sirah : 3.00 hingga 4.15 petang

20 November 2025 (KHAMIS)

  • Bahasa Arab: 3.00 hingga 4.15 petang

Untuk paparan yang lebih jelas, sila Muat turun/ download jadual di  FB JAKIM

Kepada semua pelajar yang bakal menghadapi peperiksaan UPKK 2025, diucapkan semoga anda berjaya dengan cemerlang. Selamat mengulangkaji pelajaran.