Panduan terkini dikemaskini pada

SAPS Ibu Bapa Semakan Keputusan Peperiksaan Pelajar Online

SAPS NKRA Semakan Ibu Bapa  atau Sistem Analisis Keputusan Peperiksaan Sekolah adalah satu kemudahan yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam membantu Ibu Bapa untuk memantau perkembangan pelajaran anak mereka. SAPS Ibu Bapa akan memaparkan slip keputusan peperiksaan dan markah peperiksaan pelajar di mana semakan hanya boleh dibuat untuk semakan keputusan peperiksaan bagi sekolah rendah (Darjah 1 hingga 6) serta sekolah menengah (Tingkatan 1 hingga 5).

Selain Semakan Ibu Bapa, sistem ini ada menyediakan informasi tentang panduan pengguna, muat turun gred pemarkahan peperiksaan terkini serta takwim peperiksan dalaman sekolah meliputi tarikh kemasukan data peperiksaan. Keputusan peperiksaan awam seperti keputusan SPM, PT3 dan UPSR tidak boleh disemak menggunakan sistem SAPS.

Semakan Keputusan Peperiksaan Online

  1. Cara semak keputusan UPSR klik UPSR
  2. Semakan Keputusan PT3 klik PT3

semakan saps ibu bapa

Apa Itu SAPS Ibu Bapa NKRA Online?

Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS NKRA) adalah dibangunkan untuk mengumpul, menyimpan dan menganalisis data peperiksaan dalaman setiap sekolah di seluruh Malaysia.

SAPS merupakan sistem yang dibangunkan secara atas talian yang boleh dicapai oleh semua pihak termasuklah KPM, JPN, PPD dan Sekolah. Analisis yang dilakukan melalui sistem ini adalah selaras berdasarkan skala gred kebangsaan. Data yang disimpan melalui SAPS boleh digunapakai oleh semua pihak terutama PPD, JPN dan KPM untuk membuat sebarang analisis.

Semakan SAPS Ibu Bapa : Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah

Sistem Semakan SAPS IbuBapa ini akan memaparkan slip keputusan serta markah peperiksaan pelajar, lantas ianya memudahkan para ibubapa untuk memantau prestasi akademik anak masing-masing. Butang Papar Slip Keputusan akan memaparkan keputusan terperinci ujian atau peperiksaan seperti markah, gred, kedudukan dalam kelas, peratusan dan lain-lain lagi.

Sistem SAPS Semakan Ibu Bapa ini menyediakan semakan bagi darjah 1 hingga darjah 6 untuk sekolah rendah. Manakala bagi sekolah menengah pula ianya menyediakan semakan bagi Tingkatan 1, 2, 3, 4 dan 5. Untuk keputusan peperiksaan terkini, sila pastikan anda membuat semakan SAPS IbuBapa selepas markah diisi atau dikemaskini oleh guru.

Cara Buat Semakan SAPS Ibu Bapa 2018 Online

Berikut dikongsikan langkah-langkah mudah dan cepat yang perlu diikuti oleh Ibu Bapa dalam membuat Semakan Keputusan Peperiksaan Online (SAPS NKRA) anak mereka. Untuk memastikan keputusan terkini dipaparkan, sila semak selepas markah keputusan peperiksaan terkini/ semasa habis dikemaskini.

  1. Layari Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah
  2. Terdapat beberapa Menu seperti Muat Turun, Uji Kelajuan, FAQ dan Semakan Ibu Bapa
  3. Nota : Jika anda menghadapi masalah dalam mengakses sitem SAPS, sila clear browsing cache anda. Atau klik “Your Connection Is Not Private” untuk membuat semakan.
  4. Klik pada butang Semakan Ibu Bapa

Langkah-Langkah Semak Slip Peperiksaan Pelajar SAPS Ibubapa

Selepas Klik Semakan Ibu Bapa, berikut adalah langkah-langkah seterusnya untuk membuat semakan SAPS.

  • Carian Murid

    • Sila masukkan Nombor Sijil Lahir atau Kad Pengenalan Pelajar (Tanpa “-” atau “SPACE”)
  • Carian Sekolah

    • Pilih Negeri
    • Pilih Daerah
    • Pilih Sekolah

Nota

Sistem SAPs bagi Sekolah Rendah hanya menyediakan semakan bagi Darjah 1 hingga Darjah 6, manakala bagi Sekolah Menengah ia hanya menyediakan semakan bagi Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5.

Di antara Jenis Keputusan Peperiksaan yang boleh disemak pula adalah:

  • Ujian 1
  • Peperiksaan Pertengahan Tahun
  • Ujian 2
  • Peperiksaan Akhir Tahun
  • Trial Exams (Peperiksaan Percubaan UPSR, PT3 dan SPM)

Tarikh Kemasukan Markah Peperiksaan Dalaman Sekolah 2020

Untuk kemudahan ibu bapa, berikut adalah Takwim/ Jadual Peperiksaan Sekolah untuk tahun 2020 mengandungi tarikh dan tarikh key-in markah oleh guru kelas & guru mata pelajaran ke sistem SAPS:-

1. Ujian Awal Tahun

  • Tahun 6/ Tingkatan 5 : Akan dikemaskini

2. Peperiksaan Pertengahan Tahun

  • Tahun 6/ Tingkatan 5 : Akan dikemaskini

3. Peperiksaan Percubaan

  • Tahun 6 : Akan dikemaskini
  • Tingkatan 5 : Akan dikemaskini

4. Peperiksaan Akhir Tahun

  • Tahun 5/ Tingkatan 4 : Akan dikemaskini

Tarikh yang sama boleh digunapakai bagi tahun 1 – 5 dan tingkatan 1, 2 dan 4 untuk kegunaan sekolah masing-masing

Masalah Login ID Dan Lupa Kata Laluan

Guru Matapelajaran (GMP) atau Guru Kelas yang berkenaan perlu memaklumkan masalah tidak dapat lohin atau lupa kata laluan kepada SUP sekolah. SUP akan menyemak terlebih dahulu samada akaun GMP telah pun wujud atau tidak. Jika masih belum wujud, beliau akan menyediakan ID dan kata lauan yang baru. Jika akaun GMP berkenaan telah wujud, SUP boleh memberikan ID dan kata laluan tersebut atau membuat reset kata laluan.

Cara Hubungi

TALIAN SEMENTARA : 012-6497579
Waktu operasi helpdesk SAPS
Isnin – Jumaat 8:30 pg – 5:00 ptg
(kecuali cuti umum)
Rehat 1:00 ptg – 2:00 ptg
(kecuali hari jumaat 12:15 t/hari – 2:45 ptg)

* Nota

Semakan keputusan peperiksaan UPSR, PT3 dan SPM tidak boleh disemak melalui SAPS NKRA. Keputusan peperiksaan berkenaan boleh diperolehi di sekolah masing-masing dan juga melalui semakan online SPPAT

Julat Gred Markah Baru Peperiksaan Dan Ujian Terkini

Terdapat perubahan dalam sistem gred baru pemarkahan peperiksaan dan ujian persekolahan tahun 2016 seperti makluman dari Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS). Perubahan dalam julat gred ini melibatkan tiga peringkat pembelajaran iaitu :-

  1. Julat Gred Sekolah Rendah (SR) 2016
  2. Julat Gred Menengah Rendah (MR) 2016
  3. Julat Gred Menengah Atas (MA) 2016

Untuk maklumat lanjut sila layari Julat Gred Markah Baru Peperiksaan Dan Ujian.

Moga sistem Semakan SAPS Ibu Bapa ini bermanfaat dalam melihat dan mengikuti perkembangan pembelajaran anak-anak kita semua. Moga kewujudan SAPS NKRA mampu meningkatkan pencapaian pelajaran anak anda semua.