Perhatian kepada calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia SPM Ulangan (SPMU), tarikh peperiksaan SPMU 2025 telah dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia. Peperiksaan SPM(U) sesi Jun hanya melibatkan maksima 3 kertas subjek iaitu Bahasa Melayu, Matematik dan Sejarah yang dijadualkan berlangsung pada bulan Julai 2025.
Untuk sesi November, calon SPMU akan menduduki kertas peperiksaan dan pada tarikh yang sama dengan calon peperiksaan SPM. Jumlah kertas adalah bergantung kepada pilihan pelajar. Bagi mereka yang merupakan calon persendirian dan ingin mendaftar peperiksaan SPMU 2025, anda boleh berbuat demikian pada bulan Mei hingga Jun 2025.
JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN SPMU SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (ULANGAN) 2025
Berikut adalah tarikh rasmi peperiksaan SPM Ulangan tahun 2025 :-
- Sesi Jun
- Ujian Bertutur : 16 & 17 Julai 2025
- Ujian Bertulis : 15, 16 & 17 Julai 2025
Sesi November
- Ujian Lisan : –
- Ujian Bertulis :-
Jadual lengkap perperiksaan SPMU 2025 RASMI yang akan dilangsungkan selama 3 hari di mana jadual di bawah ini ada memaparkan tarikh peperiksaan/ masa, kod kertas dan tempoh masa peperiksaan akan dijalankan akan dikongsikan selepas diumumkan secara rasmi oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia.
Jadual SPMU 2025 (RASMI)
ARAHAN AM
1.1 Calon wajib menduduki semua kertas peperiksaan bagi mata pelajaran yang didaftar. Calon yang tidak dapat menduduki mana-mana kertas peperiksaan bertulis, ujian mendengar atau melaksanakan ujian bertutur akan dianggap TIDAK HADIR bagi mata pelajaran berkenaan. Calon yang tidak dapat menduduki atau tidak hadir sesuatu kertas peperiksaan dikehendaki mengemukakan dokumen sokongan seperti surat perakuan doktor hospital kerajaan. Dokumen sokongan ini hendaklah diserahkan kepada Ketua Pengawas Peperiksaan sebelum tamat tempoh peperiksaan SPMU 2025.
1.2 Calon hendaklah menyemak butiran pada Pernyataan Pendaftaran Peperiksaan sebelum peperiksaan. Calon hendaklah memaklumkan kepada pihak JPN sekiranya terdapat kesilapan maklumat dan mengisi Borang Pembetulan Maklumat Calon. Calon dikenakan bayaran RM 30.00. Pembayaran hendaklah dibuat kepada pihak JPN atas nama Akauntan Negara Malaysia menggunakan Kiriman Wang/Wang Pos.
1.3 Calon hendaklah mengemukakan Pernyataan Pendaftaran Peperiksaan kepada Ketua Pengawas Peperiksaan di pusat peperiksaan selain dari pusat peperiksaan asal calon. Ketua Pengawas Peperiksaan hendaklah menyemak maklumat calon dan maklumat mata pelajaran sebelum membenarkan calon menumpang di pusat peperiksaan seliaannya.
1.4 Calon hendaklah membaca Garis Panduan dan Arahan Peperiksaan yang dinyatakan dalam Jadual Waktu Peperiksaan SPMU 2025 dan menandatangani Borang Pengakuan Calon.
ARAHAN DI DEWAN/ BILIK PEPERIKSAAN/ BILIK MENUNGGU/ BILIK UJIAN/ BILIK KUARANTIN
2.1 Calon hendaklah berada di tempat duduk di dalam Dewan/Bilik Peperiksaan 15 minit sebelum peperiksaan dimulakan.
2.2 Calon hendaklah berada di Bilik Menunggu 10 minit sebelum aktiviti di Bilik Menunggu dimulakan bagi Ujian Bertutur.
2.3 Calon hendaklah meletakkan Kad Pengenalan atau Dokumen Pengenalan Diri atau Borang Pengenalan Diri Calon (LP/Am 118) atau Surat Perakuan Pengenalan Diri di penjuru kanan sebelah label meja sepanjang waktu peperiksaan. Calon dilarang menduduki peperiksaan tanpa dokumen berkenaan.
2.4 Calon hendaklah mengemukakan Kad Pengenalan atau Dokumen Pengenalan Diri atau Borang Pengenalan Diri Calon (LP/Am 118) atau Surat Perakuan Pengenalan Diri apabila diminta oleh Pengawas Peperiksaan semasa berada di Bilik Menunggu. Calon dilarang menduduki peperiksaan tanpa dokumen berkenaan.
2.5 Calon dibenarkan menduduki peperiksaan atas budi bicara Ketua Pengawas Peperiksaan sekiranya tiba 30 minit selepas peperiksaan dimulakan. Calon hendaklah mengemukakan alasan yang kukuh. Masa gantian tidak akan diberikan.
2.6 Calon boleh membuat bantahan sekiranya telah mendaftar untuk menduduki sesuatu mata pelajaran dalam tempoh pendaftaran tetapi kod kertas peperiksaan tersebut tidak tercatat dalam mana-mana dokumen rujukan calon. Calon hendaklah mengemukakan Pernyataan Pendaftaran Peperiksaan dari Lembaga Peperiksaan yang mengandungi kod kertas, nama kertas dan jenis peperiksaan SPMU 2025 sebagai bukti pendaftaran. Calon tidak dikenakan bayaran. LP berhak untuk tidak mengeluarkan keputusan calon sekiranya tiada bukti pendaftaran telah dilaksanakan.
ARAHAN TENTANG KERTAS PEPERIKSAAN
Calon hendaklah:
3.1 menyemak butiran kod kertas, nama kertas, masa peperiksaan dan arahan pada muka hadapan kertas peperiksaan bagi memastikan calon mendapat kertas peperiksaan yang betul.
3.2 memaklumkan kepada Ketua Pengawas Peperiksaan dengan segera jika menerima kertas peperiksaan yang salah atau tidak lengkap.
3.3 membaca dan mematuhi semua arahan pada muka hadapan dan muka belakang (jika ada) kertas peperiksaan sebelum peperiksaan dimulakan.
Selamat menghadapi peperiksaan SPM Ulangan 2025. Semoga berjaya dengan cemerlang. Jadual RASMI boleh di muat turun di Lembaga Peperiksaan KPM.
Rel : pelajaran malaysia ulangan spmu, 31 disember, 6 februari 2025, ujian amali,