Panduan terkini dikemaskini pada

Pendaftaran MUET Sesi 1 2024 (online.mpm.edu.my)

Khas untuk para pelajar yang bercadang untuk menduduki peperiksaan Malaysian University English Test (MUET) bagi sesi terkini tahun 2024. Berikut dikongsikan cara membuat pendaftaran MUET Sesi 1 2024 secara online atau dalam talian buat panduan anda semua.

Pelajar yang ingin mendaftar boleh berbuat demikian mengikut tarikh yang telah ditetapkan berdasarkan kepada Jadual Exam MUET yang dikeluarkan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM).

pendaftaran muet sesi 1,2 3

Pendaftaran MUET Sesi 1 Tahun 2024 Secara Online

Untuk makluman, calon yang ingin menduduki peperiksaan perlulah mendaftar MUET sesi 3 mengikut tarikh yang telah ditetapkan. Anda dinasihati untuk mendaftar awal secara online kerana permohonan pendaftaran yang lambat selepas tarikh tutup tidak akan diterima.

Berikut adalah perkongsian buat calon-calon peperiksaan berkenaan panduan membuat pendaftaran melalui online atau atas talian.

Tarikh Penting

Pendaftaran Malaysian University English Test (MUET) Sesi 1 Tahun 2024 akan dibuka seperti ketetapan tarikh berikut :-

  • 4 Januari 2024 : Tarikh Pendaftaran dibuka
  • 5 Februari 2024 : Tarikh Tutup Pendaftaran
  • 16, 17, 18, 22, 23 dan 24 April 2024 : Tarikh Ujian Lisan (Speaking)
  • 27 April 2024 : Tarikh Ujian Bertulis

Pautan Borang Pendaftaran Secara Online

Pendaftaran adalah secara dalam talian (online). Sila layari portal Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) www.mpm.edu.my atau http://online.mpm.edu.my untuk mengetahui proses dan cara membuat pendaftaran (Laman utama portal MPM>calon peperiksaan>MUET).

  1. Layari aplikasi eSubmission MPM Online
  2. Klik MUET Daftar atau Panduan Pendaftaran untuk Manual Pengguna Calon Persendirian MUET
  3. Klik pada butang ‘Daftar pengguna’ atau hyperlink ‘Daftar Pengguna’

Bagi calon persendirian, sila buat pendaftaran melalui Portal MUET MPM dan rujuk carta alir seperti berikut

carta alir pendaftaran calon persendirian muet

Bayaran Menduduki Ujian MUET & Cara Pembelian Pin MEC

Bayaran untuk menduduki ujian ini ialah RM150.00 (calon Warganegara) dan RM350.00 (calon Bukan Warganegara) serta RM10.00 caj pengeposan Sijil MUET

pewartaan kadar yuran baharu muet

Mulai tahun 2023, pendaftaran MUET bagi Calon Persendirian Individu tidak lagi menggunakan PIN MEC, tetapi bayaran adalah secara perbankan internet secara dalam talian di pautan https://muet.mpm.edu.my

Bagi Calon Sekolah/Institusi yang mendaftar melalui sekolah/institusi pula, pendaftaran masih menggunakan PIN MEC. PIN MEC hanya boleh dibeli oleh:

  • pihak sekolah/insitusi secara pukal di kaunter Bank Simpanan Nasional
  • calon sekolah/institusi juga boleh membeli secara individu di kaunter Bank Simpanan Nasional

Nota: BSN akan mengenakan caj tambahan RM1.00 per calon bagi setiap pembelian nombor PIN MEC.

Bayaran yang telah dibuat akan terpapar pada Penyata Pendaftaran MUET (MUET/PP) untuk rujukan calon selepas selesai pendaftaran secara dalam talian.

Bayaran pembelian PIN MEC tidak akan dikembalikan sekiranya calon gagal mendaftar pada tarikh yang telah ditetapkan. PIN MEC yang telah dibeli itu juga tidak boleh digunakan untuk mendaftar MUET sesi yang berikutnya.

Semakan Slip Daftar MUET

Untuk makluman, Slip Daftar ini perlu ditunjukkan kepada pengawas peperiksaan untuk kebenaran atau kemasukan menduduki ujian MUET.

Calon perlu Semak Slip Daftar Ujian MUET Online ini dan seterusnya mencetak slip sebelum masuk ke dewan peperiksaan MUET.

Calon dikehendaki menyemak status pendaftaran dan tarikh menduduki ujian pada slip daftar MUET (MUET/D) melalui portal MPM mulai tarikh yang akan dikemaskini dan mencetaknya sebagai tiket untuk menduduki ujian.

Jika maklumat calon tiada dalam semakan MUET/D, sila hubungi terus Majlis Peperiksaan Malaysia dengan kadar SEGERA.  Bagi calon sekolah/institusi, sila hubungi Majlis Peperiksaan Malaysia melalui Pengetua sekolah/institusi masing-masing.

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan, sila hubungi MPM (u.p. Bahagian Pengendalian STPM dan MUET) melalui telefon di talian 03-61261661/1662 atau e-mel ke psm@mpm.edu.my.

Related : menduduki peperiksaan muet, laman web, pendaftaran ujian muet, untuk membuat, sila rujuk, muet secara online