Skema Jawapan Pembangunan Dan Perpaduan Untuk Kesejahteraan

Panduan terkini dikemaskini pada 23 Mei 2019 jam 05:49 PM

Berikut dikongsikan tema umum, tugasan spesifik dan skema jawapan untuk Sekarah Kertas 3 SPM bab 8 bertajuk Pembangunan Dan Perpaduan Untuk Kesejahteraan.

Tema Umum : Pembangunan Dan Perpaduan Untuk Kesejahteraan

Kepincangan akibat Dasar British menyebabkan kerajaan berusaha untuk membangunkan ekonomi dan sosial negara bermula dari awal kemerdekaan lagi

Tugasan Spesifik

Dasar-dasar pentadbiran British di Tanah Melayu tidak lari daripada percubaan untuk memaksimumkan keuntungan kewangan. Kesan penjajahan terhadap pembangunan fizikal dan sosial di Tanah Melayu serta hubungkaitnya dengan kemajuan negara Malaysia pada hari ini.

Skema Jawapan Pembangunan Dan Perpaduan Untuk Kesejahteraan

Peringatan; Calon hendaklah menjawab berdasarkan kerangka jawapan di bawah;-

TAJUK 8 :SKEMA JAWAPAN PEMBANGUNAN DAN PERPADUAN UNTUK KESEJAHTERAAN

FORMATPERINCIANMARKAH
Pengenalan1. Latar belakang Rancangan Pembangunan Ekonomi Lima Tahun5
Isi dan huraian2. Perkembangan Rancangan Pembangunan Ekonomi Lima Tahun Tahap Pertama20
3. Perkembangan Rancangan Pembangunan Ekonomi Lima tahun Tahap Kedua20
4. Manfaat yang diperoleh rakyat hasil daripada Rancangan Pembangunan Ekonomi Lima Tahun15
5. Tanggungjawab anda sebagai generasi muda yang berwawasan untuk meletakkan kedudukan Malaysia sebagai sebuah negara maju dan berpendapatan tinggi.10
6. Dasar Pembangunan Ekonomi yang telah dilaksanakan oleh kerajaan telah berjaya membangunkan sosio-ekonomi negara.
Buktikan kebenaran pernyataan tersebut.
10
7. Ramalan anda terhadap potensi Malaysia untuk muncul sebagai sebuah kuasa ekonomi baru duni10
8. Iktibar yang dapat diambil daripada usaha kerajaan membangunkan ekonomi sejak awal kemerdekaan lagi.5
Kesimpulan9. Kesimpulan keseluruhan isi yang telah dibincangkan :

  • (a) Pengetahuan yang diperoleh
  • (b) Iktibar kepada diri, bangsa dan negara.
  • (c) Harapan menjadikan bangsa dan negara Malaysia cemerlang dan terbilang.
5

Peraturan Pemarkahan Tingkatan 5 Bab 8

Berikut adalah skema jawapan buat panduan dan rujukan pelajar :-

KERANGKA JAWAPAN : PEMBANGUNAN DAN PERPADUAN UNTUK KESEJAHTERAAN
SOALANISI DAN HURAIANMARKAH
1PENGENALAN

  • Dilaksanakan melalui Rancangan Pembangunan Lima Tahun
  • Dimulakan oleh kerajaan Parti Perikatan sejak merdeka lagi
  • Peringkat awal, rancangan tersebut memberikan tumpuan terhadap pembangunan kawasan luar Bandar
  • Dilaksanakan dalam dua tahap
  • Tahap pertama dan tahap kedua
  • Rancangan Pembangunan Lima Tahun Tahap Kedua (1971-19900 dikenali juga sebagai Rangka Rancangan Jangka Panjang 1 (RRJP1)
  • Dilaksanakan di bawah Dasar Ekonomi Baru (DEB)

5 x 1m = 6m
( mana-mana JAWAPAN = 5m )

5
2TAHAP PERTAMA

  • Membangunkan kawasan luar Bandar
  • Merapatkan jurang perbezaan pendapatan antara penduduk luar bandar dengan penduduk Bandar
  • Mengurangkan kadar kemiskinan penduduk luar Bandar
  • Mempelbagaikan aktiviti ekonomi /sumber pendapatan negara
  • Mengelakkan ekonomi/pendapatan negara daripada terlalu bergantung kepada bijih timah/getah
  • Pembangunan bersepadu yang memberikan penekanan/perhatian serius terhadap sektor ekonomi, sosial, awam
  • Pembukaan tanah baru untuk pertanian digiatkan
  • Penanaman semula getah oleh pekebun kecil/secara ladang digalakkan
  • Hasil keluaran pertanian dipelbagaikan
  • Perusahaan melombong bijih timah diperluas
  • Memberikan perhatian kepada pelbagai perkhidmatan.
  • Contoh kesihatan, pendidikan dan perhubungan
  • memberikan perhatian kepada infrastruktur.
  • Contoh balai polis/ kem tentera/ pejabat pos/ mahkamah/rumah kakitangan kerajaan
  • Ditubuhkan dua agensi utama kerajaan untuk melaksanakan Rancangan Malaya Pertama
  • RIDA ditubuhkan untuk membangunkan masyarakat luar Bandar
  • Berperanan memberikan pinjaman kepada pengusaha pertanian kecil
  • Berperanan membantu pemasaran hasil pertanian
  • Menggalakkan penyertaan orang Melayu dalam sector perniagaan
  • Terus berperanan selepas merdeka dengan membangunkan dan memajukan masyarakat luar bandar
  • FELDA ditubuhkan untuk meningkatkan taraf hidup masyarakat luar Bandar
  • Berperanan untuk meningkatkan hasil pertanian negara
  • Tanah baru dibuka secara besar-besaran untuk pertanian
  • Tanah baru yang dibuka ini juga dijadikan petempatan baru dilengkapi kemudahan asas
  • Penduduk luar Bandar yang miskin dipindahkan ke petempatan baru ini dan menjadi petani moden
  • Jenis tanaman yang diberi tumpuan ialah getah dan kelapa sawit
  • Kerajaan seterusnya menubuhkan Kementerian Pembangunan Negara dan Luar Bandar
  • Berperanan untuk menyelaraskan dan menjayakan segala program pembangunan luar Bandar
  • RIDA/FELDA diletakkan di bawah kementerian ini
  • Pencapaian RMP kurang memberangsangkan kerana ancaman komunis
  • Perbelanjaan negara dialihkan kepada keselamatan negara
  • Pencapaian juga kurang Berjaya kerana kejatuhan harga komoditi getah dan bijih timah di pasaran dunia

Jumlah

32 X 1m = mak 20 m

20
3

RANCANGAN MALAYSIA KEDUA

  • Rancangan Malaysia Kedua merupakan Rancangan Pembangunan Lima Tahun Pertama di bawah DEB
  • Bermatlamat untuk menyelesaikan masalah ekonomidan social antara kaum, kawasan dan wilayah
  • Tumpuan untuk membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum
  • Menambahkan pendapatan dan menyediakan peluang pekerjaan bagi merapatkan jurang ekonomi
  • Menghapuskan identiti kaum mengikut fungsi ekonomi
  • Meneruskan program pembangunan luar Bandar
  • Beberapa agensi ditubuhkan untuk melaksanakan program pembangunan wilayah
  • Agensi juga ditubuhkan untuk membantu petani
  • Agensi juga ditubuhkan untuk menggalakkan perkembangan perusahaan dan perdagangan
  • Agensi juga ditubuhkan untuk memajukan Bandar
  • LPN berfungsi menstabilkan harga padi
  • LKIM berfungsi membangunkan dan memodenkan industry perikanan serta meningkatkan taraf hidup nelayan
  • UDA berfungsi membangunkan Bandar
  • RISDA berfungsi membantu pekebun kecil getah dari segi penyelidikan dan penanaman semula getah
  • LPP berfungsi membantu golongan petani melibatkan diri dalam kegiatan koperasi
  • PETRONAS berfungsi memajukan sector perindustrian dan perniagaan berkaitan dengan petroleum
  • PKEN berfungsi menggalakkan perindustrian dan perdagangan

RANCANGAN MALAYSIA KETIGA

  • Rancangan Malaysia Ketiga lanjutan RMKedua yang terus mendokong aspirasi DEB
  • Matlamat program pembangunan ekonomi meneruskan usaha membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat
  • Meneruskan program pembangunan pertanian dan perindustrian bagi meningkatkan produktiviti, membuka peluang pekerjaan dan meningkatkan taraf hidup rakyat
  • Pembukaan tanah secara besar-besaran dilaksanakan di bawah program pembangunan wilayah oleh agensi yang dipertanggungjawabkan
  • Contoh agensi KEJORA, KETENGAH, DARA, KESEDAR
  • Tumpuan terhadap penanaman getah dan kelapa sawit untuk keperluan eksport
  • Agensi pembangunan wilayah diluaskan peranannya dalam sektor pembangunan industri dan pembangunan bandar baru

RANCANGAN MALAYSIA KEEMPAT

  • Rancangan Malaysia keempat juga mendukung aspirasi DEB
  • Meneruskan program pembangunan ekonomi dalam Rancangan Malaysia Ketiga
  • Mula memberikan tumpuan kepada perkembangan perusahaan berat yang berasaskan pelaburan modal
  • Juga menumpukan perusahaan berat yang berasaskan penggunaan teknologi tinggi
  • Juga menumpukan perusahaan berat yang berasaskan keperluan tenaga pekerja mahir
  • Kerajaan menubuhkan HICOM
  • Berfungsi untuk mengenalpasti, memulakan dan menguruskan projek industry berat dengan cekap
  • Bagi menggiatkan perindustrian dan menggalakkan pelaburan modal asing, kerajaan telah membuka perusahaan baru
  • Contoh di Skudai/Senawang/Bintulu/Menggatal/Likas
  • Diperkenalkan Zon Perdagangan bebas
  • Contoh di Bayan Lepas/Sg. Way
  • Bagi memastikan keberkesanan projek perindustrian, dua program dilancarkan
  • Program tersebut ialah Kajian Dasar Perindustrian Malaysia dan Pelan Induk Perindustrian
  • KDPM mengenalpasti kelemahan dalam struktur industry negara
  • PIP menyediakan hala tuju pembangunan industry dan strategi pelaksanaannya
  • Kerajaan perkenalkan Dasar Penswastaan dan Dasar Persyarikatan Malaysia untuk menjana pembangunan ekonomi negara
  • Penglibatan sector swasta dapat mengurangkan bebanan kewangan yang ditanggung kerajaan
  • PNB/ASN ditubuhkan/dilancarkan untuk mengimbangi pemilikan harta dan saham perindustrian antara bumiputera dengan bukan bumiputera
  • Sector pertanian terus diberi perhatian dengan melancarkan DPN
  • DPN bermatlamat untuk memodenkan dan menggiatkan semula sector pertanian secara bersepadu
  • Menyediakan infrastruktur dan perkhidmatan sokongan untuk pertanian
  • RM Keempat Berjaya mencatatkan perkembangan KDNK pada kadar 5.8% setahun
  • Juga Berjaya meningkatkan pendapatan perkapita pada kadar 4.4% setahun menjadi RM4000 juta pada tahun 1985

RANCANGAN MALAYSIA KELIMA

  • Rancangan lima tahun ekonomi terakhir untuk merealisasikan aspirasi DEB
  • Memberi penekanan terhadap meningkatkan sector perindustrian dengan melonggarkan peraturan mengawal hak milik syarikat dan pelesenan dalam sector swasta
  • Syarat pelaburan modal asing dilonggarkan untuk meningkatkan pelaburan sector industry berorientasikan eksport
  • Kerajaan berusaha meningkatkan kecekapan pengurusan agensinya agar dapat bekerjasama dengan swasta dengan lebih berkesan
  • Pembangunan kawasan luar Bandar terus diberi perhatian
  • Penggunaan tanah dengan lebih cekap dititikberatkan
  • Industri desa yang berpotensi digalakkan
  • Pelbagai kemudahan disediakan seperti kredit dan insentif
  • Sector pelancongan menjadi perusahaan penting
  • Kerajaan menubuhkan Perbadanan Pelancongan Malaysia
  • Kerajaan juga menumpukan bidang Penyelidikan dan Pembangunan
  • Bidang ini dimajukan untuk meningkatkan keupayaan dan kecekapan guna tenaga tempatan untuk meningkatkan produktiviti negara

mak 20m

20
4
  • Kawasan luar Bandar dibangunkan/dimajukan dengan pesatnya
  • Berjaya membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum
  • Berjaya mengurangkan kadar kemiskinan penduduk luar Bandar
  • Jurang perbezaan pendapatan antara penduduk luar Bandar dengan penduduk Bandar dapat dirapatkan
  • Taraf hidup rakyat Berjaya ditingkatkan terutama luar bandar
  • Wujudnya pelbagai aktiviti ekonomi seperti perindustrian
  • Sumber pendapatan negara tidak lagi terlalu bergantung kepada komoditi utama/bijih timah/kelapa sawit
  • Banyak pembukaan tanah baru untuk pertanian dibuka secara besar-besaran
  • Kegiatan pertanian secara besar-besaran/ladang dengan pesatnya
  • Pelbagai peluang pekerjaan disediakan dalam pelbagai sektor
  • Sektor perindustrian berkembang seperti industry berat
  • Sektor perdagangan berkembang dengan mengutamakan pasaran eksport
  • Zon Perdagangan bebas diwujudkan seperti di Bayan Lepas/Sungai Way
  • KDNK meningkat pada kadar 5.8% setahun
  • Pendapatan perkapita jugaa meningkat pada kadar 4.4% setahun
  • Hak milik modal saham bumiputera meningkat melalui ASN
  • Pelaburan modal asing meningkat dengan syarat pelaburan modal asing dilonggarkan
  • Industry desa dibangunkan seperti kraftangan
  • Bidang Penyelidikan dan Pembangunan dimajukan untuk memastikan produktiviti meningkat
  • Sector pelancongan dipergiatkan untuk mempelbagaikan sumber pendapatan negara
  • Pengurusan sumber ekonomi negara yang cekap melalui pelbagai dasar pembangunan ekonomi yang diperkenalkan
  • Pendapatan pekebun kecil meningkat kerana pemasaran berorientasikan eksport
  • Pendapatan Golongan petani/pekerja desa/orang luar Bandar juga meningkat kerana penglibatan mereka dalam sector pelaburan
  • Beban kewangan kerajaan dapat dikurangkan melalui Dasar Penswastaan
  • Pelbagai perkhidmatan disediakan di luar Bandar seperti kesihatan/pendidikan/perhubungan
  • Pelbagai infrastruktur disediakan seperti balai polis/pejabat pos dll
  • Masyarakat luar Bandar berpeluang menceburi bidang perniagaan dengan pemberian pinjaman daripada RIDA

( Mana-mana jawapan yang munasabah ) Jumlah 15 Markah

15
5
  • Menguasai pelbagai bidang ilmu bagi menyumbang idea kepada pembangunan negara
  • Menguasai pelbagai kemahiran yang diperlukan oleh negara untuk mengelakkan kebergantungan kepada tenaga kerja dari luar negara
  • Menguasai sains dan teknologi bagi meningkatkan produktiviti
  • Mempunyai semangat daya saing yang tinggi bagi memastikan diri tidak ketinggalan dalam arus globalisasi
  • Berfikiran kreatif dan inovatif untuk memenuhi kehendak sector perindustrian yang berkembang pesat
  • Melaksanakan Pembangunan dan Penyelidikan bagi meningkatkan/memajukan sesuatu bidang yang diceburi
  • Berani menghadapi risiko terhadap setiap bidang yang diceburi
  • Tidak terlalu bergantung kepada bantuan/subsidi daripada pihak berkuasa/kerajaan
  • Bijaksana merebut peluang yang ada/disediakan oleh kerajaan bagi memajukan ekonomi sendiri
  • Mengubah minda untuk menjadi usahawan Berjaya berbanding dengan ‘makan gaji’
  • Menyediakan strategi pemasaran yang cekap dan berkesan untuk meningkatkan pendapatan
  • Berusaha meningkatkan kualiti produk bagi menghadapi persaingan
  • Menembusi pasaran global dengan menyediakan laman web/menyertai ‘e-dagang’
  • Menggunakan teknologi pengeluaran yang moden/terkini untuk meningkatkan pengeluaran

( mana-mana jawapan yang munasabah )  10 Markah

10
6
  • Kadar kemiskinan dapat dikurangkan antara kaum/antara wilayah
  • Taraf kehidupan rakyat meningkat terutama luar Bandar
  • Pendapatan perkapita meningkat kerana banyak peluang ekonomi disediakan oleh kerajaan
  • KDNK meningkat kerana perkembangan pesat aktiviti ekonomi
  • Pelaburan asing meningkat dan negara menjadi destinasi pelaburan
  • Banyak peluang pekerjaan untuk rakyat dalam pelbagai sector
  • Prasarana/infrastruktur bertambah baik/lengkap
  • Sector pertanian dimajukan dan dimodenkan
  • Sector pelancongan berkembang pesat dan Malaysia menjadi destinasi pelancongan popular
  • Industry berat bertambah maju seperti Berjaya menghasilkan kereta nasional
  • Status negara berubah daripada negara pertanian kepada negara industry
  • Rakyat berpeluang memiliki saham/ bijak melabur untuk masa depan

( mana-mana jawapan yang munasabah ) 10 Markah

10
7
  • Menjadi pusat pelaburan rantau Asia/Asia Tenggara/dunia
  • Menjadi pusat Bandar silicon yang maju dalam bidang ICT
  • Menjadi pusat pelabuhan antarabangsa
  • Menjadi pusat terminal udara bertaraf antarabangsa
  • Menjadi pengeluar kereta standing dengan negara maju
  • Menjadi pengeluar utama petroleum utama dunia
  • Menjadi hab industry halal dunia
  • Menjadi pengeksport terbesar hasil pertanian
  • Menjadi pengeluar utama makanan dunia
  • Menjadi pusat pelancongan tumpuan dunia
  • Menjadi pengeluar industry kraf terbesar dunia
  • Menjadi hab pendidikan dunia

( mana-mana jawapan yang munasabah ) 5 Markah

10
8
    • Bijaksana menangani masalah yang dihadapi
    • Berfikiran jauh untuk memajukan diri
    • Bertoleransi tanpa ada prejudis terhadap kaum lain/dasar ekonomi kerajaan
    • Tabah menghadapi cabaran dalam kehidupan
    • Menghargai usaha kerajaan/pemerintah yang banyak menyediakan program demi kesejahteraan raakyat
    • Berfikiran positif dalam setiap dasar negara
    • Bijak merebut peluang yang ada disediakan oleh kerajaan
    • Mempunyai daya saing yang tinggi agar setaraf dengan orang/kaum lain
    • Bersyukur terhadap kekayaan negara seperti sumber semula jadi yang dimiliki
  • Inovatif dan kreatif untuk menjadi maju
5
9
  • Pengetahuan yang diperoleh
  • Iktibar kepada diri
  • Iktibar kepada bangsa, masyarakat dan negara
  • Harapan untuk masa depan Malaysia yang lebih cemerlang

5